Pembaharuan dalam negeri yang dijalankan oleh Raja Mongkut merangkumi pelbagai bidang. Baginda membawa perubahan dalam bidang pentadbiran berdasarkan pentadbiran Barat.
(Sumber ubahsuai: hamdansalleh.wordpress.com/2011/12/02)
a
Nyatakan **tiga** kuasa Barat yang menjalin hubungan pentadbiran dengan Thailand.
3 marks
b
Bagaimanakah Thailand mempertahankan kedaulatan negaranya daripada penjajahan Barat?
3 marks
c
Jelaskan iktibar daripada usaha Thailand dalam 1(b).
4 marks
210 marks
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan diadakan pada tahun 1955.
a
Jelaskan maksud pilihan raya.
2 marks
b
Bagaimanakah Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 dilaksanakan?
4 marks
c
Teliti iklan berikut.
Mengapakah pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun di negara ini adalah wajar dilaksanakan?
4 marks
310 marks
Perlembagaan adalah tonggak kepada punca semua undang-undang dalam negara berkenaan.
(Sumber: journalarticle.ukm.my)
a
Nyatakan **dua** ciri Undang-undang Negeri Melayu sebelum kedatangan Barat.
2 marks
Jelaskan ciri moden Perlembagaan Persekutuan berikut:
b(i)
Kerajaan Persekutuan
2 marks
b(ii)
Kewarganegaraan
2 marks
c
Pada pandangan anda, mengapakah perlembagaan penting kepada sesebuah negara?
4 marks
410 marks
Pada hari ini dalam tahun 1965, pengisytiharan pemisahan Singapura daripada Malaysia telah diumumkan secara rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
(Sumber: hids.arkib.gov.my 9 Ogos 1965)
a
Nyatakan **dua** faktor pemisahan Singapura daripada Malaysia.
2 marks
Jelaskan **kedua-dua** faktor pemisahan Singapura daripada Malaysia dalam 4(a).
b(i)
Faktor pertama
2 marks
b(ii)
Faktor kedua
2 marks
c
Gambar berikut menunjukkan pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia dengan Perdana Menteri Singapura untuk mencapai persefahaman dalam pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura melalui Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL).
Mengapakah Malaysia mengutamakan kaedah rundingan dalam penyelesaian sesuatu konflik?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Peta berikut berkaitan dengan lokasi Perang Dunia Pertama.
a
Berdasarkan peta tersebut, mengapakah berlakunya Perang Dunia Pertama?
6 marks
b
Perang Dunia Pertama memberikan kesan besar terhadap negara Eropah dan negara kita. Bincangkan.
6 marks
c
Huraikan pengajaran yang berkaitan dengan peristiwa di 5(a) dan 5(b).
8 marks
620 marks
Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan menggantikan Malayan Union.
a
Jelaskan faktor yang mendorong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
Huraikan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dari aspek berikut:
b(i)
Pentadbiran
3 marks
b(ii)
Kewarganegaraan
3 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan perlembagaan persekutuan.
> Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan negara bangsa Malaysia yang dipersetujui oleh negarawan kemerdekaan negara antaranya, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V T Sambanthan. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman damai dan perpaduan.
>
> Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak negara, iaitu kedudukan Raja Berperlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 menjaga kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
>
> Mengambil kira rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan. Raja Berperlembagaan menjadi simbol perpaduan, bahasa ibunda boleh dipelajari, agama lain diamalkan dan Perkara 153 juga menjamin kepentingan minoriti lainnya.
>
> Hakikatnya, tiada negara dalam dunia tidak memiliki kumpulan etnik yang menjadi pengasasnya. Nyata daripada pembentukan Perlembagaan Persekutuan, Malaysia sebuah negara berasaskan etnik, anak watannya Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan warganegaranya terdiri kepelbagaian etnik dan agama.
>
> (Sumber: https:www.perlembagaan-negara-bangsa)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
Mengapakah perenggan ketiga dianggap keunikan negara Malaysia?
8 marks
720 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan beraja di negara kita.
> Malaysia adalah antara negara yang masih mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan. Sistem ini merupakan warisan sistem politik yang masih kekal sehingga hari ini. Institusi Raja di Malaysia adalah satu institusi tradisional yang sedia ada sebagai teras sistem pemerintahan sesebuah kerajaan Melayu yang telah muncul berabad-abad lamanya.
>
> (Sumber: https://www.mais.gov.my)
a
Apakah yang anda faham tentang konsep Raja Berperlembagaan?
3 marks
b
Rajah berikut berkaitan peranan Yang di-Pertuan Agong.
**Yang di-Pertuan Agong:**
- Kuasa Eksekutif
- Kuasa Perundangan
- Kuasa Kehakiman
Terangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong tersebut.
9 marks
c
Teliti gambar-gambar berikut.
Buktikan konsep "Raja Berjiwa Rakyat" yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong.
8 marks
820 marks
Rukun Negara ialah ideologi negara yang dibentuk sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyatukan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan.
a
Jelaskan matlamat pengenalan Rukun Negara.
4 marks
b
Rukun Negara mempunyai lima prinsip yang perlu dihayati oleh rakyat Malaysia. Jelaskan.
8 marks
c
Bagaimanakah Rukun Negara mampu merealisasikan usaha mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat Malaysia?
8 marks
920 marks
Mengekalkan kelestarian global bermaksud usaha untuk mengekalkan serta memelihara keaslian alam sekitar bagi membolehkannya diwarisi oleh generasi akan datang.
a
Mengapakah Malaysia mengisytiharkan Deklarasi Langkawi?
4 marks
b
Bincangkan peranan Malaysia ketika menyertai Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada 3 hingga 14 Jun 1992.
8 marks
c
Petikan berikut berkaitan dengan pemanasan global.
> Pemanasan global adalah satu fenomena peningkatan suhu bumi yang melebihi paras normal. Fenomena ini telah membentuk satu ketidakseimbangan ekosistem apabila peningkatan suhu berlaku dan terasa lebih panas dari biasa.
>
> (Sumber: tsis.my/wp-content/upload/Impak-pemanasan-global)
Beri cadangan anda untuk mengatasi isu pemanasan global tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open