Rajah berikut menunjukkan perundangan dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
- Undang-undang Melaka
- Hukum Kanun Melaka
- Undang-undang Laut Melaka
a
Nyatakan perkara-perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut.
(i) …
(ii) …
2 marks
b
Kedua-dua undang-undang di atas menyatakan tentang perbuatan dan hukuman terhadap kesalahan jenayah. Buktikan.
4 marks
c
Mengapakah kedua-dua sumber undang-undang tersebut perlu dipelihara?
4 marks
210 marks
Pada 1 Julai 1946, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
a
Mengapakah berlakunya penyerahan tersebut?
(i) …
(ii) …
(iii) …
3 marks
b
Rakyat Sarawak tidak bersetuju dengan penyerahan tersebut. Apakah faktor yang mendorong penentangan mereka?
3 marks
c
Penentangan rakyat Sarawak terhadap penyerahan negeri mereka kepada British adalah wajar. Berikan ulasan anda.
4 marks
310 marks
Pindaan perlembagaan di negara kita antaranya telah dilaksanakan pada tahun 1963 dan tahun 1965.
a
Mengapakah kedua-dua pindaan perlembagaan tersebut dilakukan?
1963: …
1965: …
2 marks
b
Jelaskan perkara yang terkandung dalam pindaan perlembagaan pada tahun 1963.
4 marks
c
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah perlembagaan perlu dipinda dari semasa ke semasa? Berikan penjelasan anda.
4 marks
410 marks
Pernyataan berikut menerangkan kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Negara.
> Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah memperuntukkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
a
Senaraikan **dua** langkah untuk mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
(i) …
(ii) …
2 marks
b
Pada pandangan anda, mengapakah penguasaan bahasa kebangsaan masih kurang diyakini dalam kalangan segelintir masyarakat kita?
4 marks
c
Petikan akhbar berikut berkaitan usaha memartabatkan Bahasa Melayu.
> "Tempoh lebih 60 tahun negara merdeka harus mematangkan kita. Kita tidak boleh berbahas lagi soal bahasa daripada suku kaum. Tugas kita sekarang adalah memartabatkan bahasa Melayu, mengangkat kedudukannya. Ini tanggungjawab pimpinan dan sebab itu kita nak pastikan penggunaan bahasa Melayu bukan untuk bahasa pengantar semata-mata."
> (Sumber: Berita Harian, 7 September 2019)
Berikan cadangan anda untuk memartabatkan penggunaan Bahasa kebangsaan dalam masyarakat masa kini.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Sistem Ahli dilaksanakan dari bulan Januari 1951 hingga bulan Jun 1955, iaitu sebelum pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dijalankan pada bulan Julai 1955.
a
Terangkan latar belakang Sistem Ahli.
6 marks
b
Jelaskan ciri-ciri Sistem Ahli.
6 marks
c
Sejauh manakah pelaksanaan Sistem Ahli memberikan faedah kepada pemerintahan negara?
8 marks
620 marks
Maklumat berikut berkaitan erti kemerdekaan.
> …merdeka bukan sekadar bebas dari cengkaman kuasa dan minda penjajah. Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara dengan apa-apa cara sekalipun.
> (Sumber: Teks ucapan Hari Merdeka 2018 dalam www.pmo.gov.my)
a
Bincangkan kesan kemerdekaan kepada negara kita.
6 marks
b
Gambar 1 berkaitan sambutan kemerdekaan negara kita.
Sekiranya anda turut berada di Stadium Merdeka semasa pemasyhuran kemerdekaan negara, gambarkan perasaan anda ketika itu.
6 marks
c
Peristiwa kemerdekaan negara perlu dihayati oleh generasi masa kini supaya kedaulatan negara terus terpelihara dan dinikmati generasi akan datang.
Beri ulasan anda.
8 marks
720 marks
Petikan berikut berkaitan peranan dan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat.
- Kerjasama pembangunan sosioekonomi
- Kerjasama pembangunan khazanah negara
- Kerjasama pembangunan perumahan rakyat
a
Jelaskan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pembangunan ekonomi.
6 marks
b
Terangkan strategi kerajaan untuk memastikan rakyat dapat memiliki rumah sendiri.
6 marks
c
Petikan berikut berkaitan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dalam memberikan kesejahteraan pada negeri dan rakyat.
> "Prinsip kuasa eksekutif yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah pada setiap masa bagi menjaga hak semua Kerajaan Negeri dan kebajikan rakyat negeri dengan adil."
> (Sumber: BH online 21 Oktober 2017)
Sejauh manakah tanggungjawab tersebut ditunaikan?
8 marks
820 marks
Idea pembentukan Malaysia telah dikemukakan pada akhir abad ke-19 yang melibatkan pihak British dan penduduk tempatan.
a
Jelaskan cadangan yang pernah dikemukakan oleh pegawai British ke arah pembentukan Malaysia.
4 marks
b
Terangkan langkah-langkah yang telah diambil ke arah pembentukan Malaysia.
8 marks
c
Jelaskan manfaat pembentukan Malaysia kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Malaysia?
8 marks
920 marks
Gambar menunjukkan logo Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN yang ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 berikutan termeterainya Deklarasi Bangkok.
a
Jelaskan matlamat penubuhan persatuan tersebut.
4 marks
b
Terangkan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan tersebut.
8 marks
c
> "……Kekuatan ASEAN, ini banyak didokong oleh prinsip tidak campur tangan yang 'dilahirkan' bersama dan prinsip ini banyak menunjangi kerjasama dalam pertubuhan tersebut….."
> (Sumber: Researchgate.net/publication)
Mengapakah dasar tersebut perlu dikekalkan?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open