Nasionalisme mempunyai pelbagai tafsiran berdasarkan sejarah corak perjuangan dan karisma pemimpin.
a
Jelaskan maksud nasionalisme.
2 marks
b
Terangkan faktor yang mendorong kemunculan dan perkembangan nasionalisme di negara kita pada abad ke-20.
4 marks
c
Jelaskan peranan golongan intelektual dalam memajukan sesuatu bangsa.
4 marks
210 marks
Gambar menunjukkan proses pengundian Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955 bagi Persekutuan Tanah Melayu.
a
Apakah syarat yang ditetapkan untuk menjadi calon dalam pilihan raya?
2 marks
b
Jelaskan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
4 marks
c
Andaikan anda telah dipilih menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum negara.
Apakah strategi berkempen yang akan anda gunakan?
4 marks
310 marks
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Hal ini adalah sejajar dengan konsep raja dalam Perlembagaan Persekutuan.
a
Terangkan cara pemilihan Yang di-Pertuan Agong.
2 marks
b
Jelaskan kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam kuasa perundangan.
4 marks
c
Gambar menunjukkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Mengapakah sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen perlu dipertahankan?
4 marks
410 marks
Rukun Negara dibentuk untuk mendukung cita-cita mencapai beberapa matlamat bagi melahirkan sebuah negara yang rakyatnya hidup bersatu padu, aman dan sejahtera.
a
Jelaskan matlamat Rukun Negara.
2 marks
b
Prinsip Rukun Negara tonggak utama untuk mengekalkan perpaduan kaum dan kesejahteraan negara.
Jelaskan.
4 marks
c
Rukun Negara bukan sekadar dilafazkan semasa perhimpunan sekolah tetapi perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Berikan pendapat anda.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Pemerintahan Jepun di negara kita adalah Pemerintahan Tentera. Perubahan drastik berlaku dalam semua aspek semasa Jepun menjajah negara kita.
a
Huraikan dasar pendudukan Jepun di negara kita dalam aspek politik dan ekonomi.
6 marks
b
Jelaskan penentangan terancang oleh penduduk negara kita.
6 marks
c
Percaya kuasa luar akan mengubah nasib bangsa dan negara adalah suatu kesilapan.
Berikan pendapat anda.
8 marks
620 marks
Semenjak pentadbiran British di Tanah Melayu, sistem persekolahan vernakular mula berkembang. Sistem ini menghalang perpaduan rakyat di negara ini.
a
Apakah maksud sekolah vernakular?
4 marks
b
Jelaskan usaha yang telah diambil untuk melahirkan pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah antara tahun 1951-1956.
8 marks
c
Jelaskan kepentingan pembentukan sistem pendidikan kebangsaan kepada negara kita.
8 marks
720 marks
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Suruhanjaya Reid) berperanan merangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.
a
Apakah isu-isu yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid bagi merangka dan menyusun perlembagaan?
4 marks
b
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah menjadi asas kepada pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia hari ini.
Berikan ulasan anda.
8 marks
c
Toleransi antara penduduk Tanah Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dan pengiktirafan terhadap hak-hak istimewa orang Melayu.
Pada pendapat anda, mengapakah persetujuan tersebut perlu difahami oleh generasi pada hari ini?
8 marks
820 marks
Kerajaan memperkenalkan Rancangan Malaysia Pertama dalam usaha menangani isu pembangunan ekonomi negara. Pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani isu-isu yang timbul melalui rancangan ini.
a
Jelaskan isu-isu pembangunan dan ekonomi yang dihadapi negara.
6 marks
b
Terangkan usaha-usaha yang telah diambil bagi mengatasi isu-isu tersebut.
6 marks
c
Isu-isu yang dihadapi berjaya ditangani di bawah pemerintahan pemimpin negara kita yang berwibawa.
Buktikan bahawa pencapaian Malaysia hari ini kesan daripada kewibawaan pemimpin negara.
8 marks
920 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan pakatan serantau.
> Pada 8 Ogos 1967, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan berikutan termeterainya Deklarasi Bangkok.
a
Jelaskan latar belakang penubuhan pakatan serantau tersebut.
4 marks
b
Huraikan sumbangan Malaysia kepada pertubuhan serantau tersebut.
8 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan pelaksanaan dasar luar Malaysia.
> Dasar luar Malaysia mengutamakan kesejahteraan serta keamanan serantau dan dunia telah memberikan kebaikan kepada negara kita.
Jelaskan pernyataan tersebut berdasarkan pengetahuan sejarah anda.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open