Kesultanan Melayu Melaka mempunyai ciri-ciri negara bangsa yang tersendiri dan mencapai kegemilangan kerana keunggulan undang-undangnya.
a
Nyatakan **dua** ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
2 marks
b
Berikut adalah undang-undang yang dilaksanakan semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
- Hukum Kanun Melaka
- Undang-Undang Laut Melaka
Jelaskan isi kandungan undang-undang tersebut.
4 marks
c
Baca pernyataan berikut.
> Perlembagaan serta undang-undang negara perlu difahami dan dihayati untuk mengelak tercetusnya rasa tidak puas hati, khususnya melibatkan masyarakat majmuk di negara ini.
> (Sumber: Diubah suai daripada http://www.astroawani.com)
Huraikan pernyataan tersebut.
4 marks
210 marks
Selepas Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, beberapa perubahan berlaku secara berperingkat di negara kita.
Jadual berikut berkaitan perubahan komposisi ahli Majlis Perundangan Persekutuan.
| Komposisi Ahli MPP | Keanggotaan |
|---|---|
| 52 orang | **X** |
| 35 orang | Ahli lantikan mewakili kumpulan yang berkepentingan seperti keusahawanan, perlombongan, perindustrian dan pertanian. |
| 11 orang | Menteri Besar mewakili negeri. |
| 2 orang | **Y** |
| **Jumlah 100** | |
a
Nyatakan keanggotaan **X** dan **Y**.
2 marks
b
Terangkan kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan.
4 marks
c
Gambar berikut menunjukkan persidangan anggota Dewan Rakyat.
Beri ulasan anda.
4 marks
310 marks
Malaysia mengamalkan Sistem Persekutuan bagi melicinkan pentadbiran negara.
a
Apakah maksud Persekutuan?
2 marks
b
Jelaskan peranan Kerajaan Tempatan.
4 marks
c
- Kerajaan Persekutuan
- Kerajaan Negeri
- Kerajaan Tempatan
Jelaskan kepentingan jalinan hubungan baik antara ketiga-tiga kerajaan tersebut.
4 marks
410 marks
Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan diperakui melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971.
a
Nyatakan matlamat dasar tersebut.
2 marks
b
Senaraikan dua prinsip utama dasar tersebut.
2 marks
c
Berikan dua agensi pelaksana yang terlibat.
2 marks
d
Poster berikut menggambarkan aktiviti di bawah Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam poster tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, British telah memperkenalkan Malayan Union yang telah mengejutkan seluruh rakyat Tanah Melayu.
(Sumber: Diubah suai daripada https://pustakailmu.arkib.gov.my)
a
Jelaskan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union.
4 marks
Terangkan penentangan terhadap Malayan Union daripada golongan berikut:
b(i)
Raja-raja Melayu
4 marks
b(ii)
Rakyat
4 marks
c
Baca petikan berikut.
> Pelbagai masalah yang tercetus dalam masyarakat kita hari ini, antaranya kerana gagal menyelusuri dan memahami sejarah. Ada yang mempertikaikan institusi raja dan membangkitkan hak orang Melayu. Mengambil iktibar dari peristiwa lalu, jelas kepada kita bahawa kekuatan sesuatu bangsa dan negara terletak pada kekukuhan jati diri setiap warganya, kewibawaan pemimpin dan kedaulatan raja-raja.
>
> Malah pengorbanan pemimpin terdahulu dalam memerdeka dan membangunkan negara ini wajar dihargai dan dijadikan teladan oleh semua. Raja-raja Melayu pula berperanan sebagai penaung dan tonggak perpaduan bagi semua rakyat tidak mengira kaum, bangsa dan agama yang dianuti.
>
> Dalam sekian lama mempertahankan hak dan kedaulatan orang-orang Melayu, Raja-raja Melayu tidak sekali-kali mengenepikan hak kaum lain. Sebagai rakyat kita perlu meletakkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap raja kita. Ketelusan, kebijaksanaan dan kewibawaan pemimpin pula akan membawa rakyat dan negara ke arah kemajuan yang seimbang, kemakmuran dan kesejahteraan.
> (Sumber: Diubah suai daripada https://pustakailmu.arkib.gov.my)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan mempertahankan negara.
8 marks
620 marks
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada Mac 1956.
a(i)
Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
3 marks
a(ii)
Nyatakan Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
3 marks
b
Jelaskan langkah penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
6 marks
c
Baca petikan berikut.
> Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak negara, iaitu kedudukan Raja Berperlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 menjaga kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
>
> Mengambil kira rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan, Raja Berperlembagaan menjadi simbol perpaduan, bahasa ibunda boleh dipelajari, agama lain diamalkan dan Perkara 153 juga menjamin kepentingan minoriti lainnya.
>
> Hakikatnya, tiada negara dalam dunia tidak memiliki kumpulan etnik yang menjadi pengasasnya. Nyata daripada pembentukan Perlembagaan Persekutuan, Malaysia sebuah negara berasaskan etnik, anak watannya Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan warganegaranya terdiri kepelbagaian etnik dan agama.
> (Sumber: Diubah suai daripada Berita Harian.com.my, 12 Disember 2018)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
720 marks
Malaysia mengamalkan amalan demokrasi dengan melaksanakan konsep pengasingan kuasa.
Jelaskan pengasingan kuasa berikut:
a(i)
Badan Perundangan
2 marks
a(ii)
Badan Eksekutif
2 marks
a(iii)
Badan Kehakiman
2 marks
b
Mengapakah amalan demokrasi berparlimen di negara kita unik?
6 marks
c
Baca petikan berikut.
> Doktrin pengasingan kuasa penting bagi memerangi rasuah dalam politik. Merupakan prinsip yang perlu diutamakan dalam sistem demokrasi selain wajar dipertingkatkan serta dihormati oleh setiap pemimpin. Doktrin itu merealisasikan prinsip semak dan imbang dengan setiap cabang melibatkan eksekutif, perundangan, dan kehakiman mempunyai kuasa untuk menyemak dan mengimbangi satu sama lain.
>
> Selain itu, politik harus memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara, menyatupadukan atau mengukuhkan masyarakat selain memastikan keselamatan, melindungi rakyat daripada bahaya serta meningkatkan kualiti hidup harian mereka.
>
> Penguatkuasaan undang-undang yang tidak berkesan, nepotisme, kronisme, dan kekurangan ketelusan mewujudkan ruang bagi membolehkan rasuah berkembang maju dalam politik. Ruang-ruang tersebut menimbulkan budaya yang memupuk rasuah dalam landskap politik.
>
> Apabila kepentingan peribadi diutamakan, penyalahgunaan kuasa dan kedudukan boleh membawa kepada ketidakadilan dan penghakisan keadilan yang sah. Akhirnya, politik menjadi lembah rasuah yang mencemarkan nama baiknya. Marilah kita semua menjadi generasi baharu yang memulakan revolusi nilai ini serta membina integriti politik untuk membasmi rasuah.
> (Sumber: Diubah suai daripada https://www.sinarharian, 27 Mei 2023)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan langkah-langkah membasmi amalan rasuah di negara kita.
8 marks
820 marks
Ancaman komunis masih berlaku di Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu selepas pembentukan Malaysia.
a
Jelaskan ancaman komunis tersebut.
6 marks
b
Bagaimanakah pihak kerajaan menangani ancaman komunis tersebut?
6 marks
c
Teliti poster berikut.
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
8 marks
920 marks
Malaysia mengamalkan dasar luar berbaik-baik dengan semua negara.
a
Apakah faktor yang menentukan dasar luar negara kita?
6 marks
b
Jelaskan peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN.
6 marks
c
Infografik berikut berkaitan penubuhan ASEAN di rantau Asia Tenggara.
Huraikan maklumat yang terkandung dalam infografik tersebut dan langkah mengukuhkan pertubuhan ASEAN.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open