Perkembangan idea nasionalisme di Barat telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Asia Tenggara pada abad ke-20.
a
Apakah maksud nasionalisme?
3 marks
b
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kemunculan gerakan nasionalisme berlaku pada abad ke-20?
3 marks
c
Semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda semakin luntur.
Bagaimanakah cara untuk meningkatkan semangat nasionalisme pada hari ini?
4 marks
210 marks
Penyerahan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946 telah menimbulkan pelbagai reaksi.
a
Mengapakah Sarawak diserahkan kepada British?
3 marks
b
Jelaskan tindakan Vyner Brooke yang membawa kepada reaksi penentangan penduduk tempatan.
3 marks
c
Wajarkah penduduk Sarawak melakukan penentangan tersebut?
4 marks
310 marks
Kerajaan Malaysia komited ke arah memastikan persediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.
a
Namakan TIGA program perumahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.
3 marks
b
Bagaimanakah Kerajaan Negeri berganding bahu bersama Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan perumahan rakyat?
3 marks
c
Mengapakah isu perumahan diberikan tumpuan oleh kedua-dua kerajaan tersebut?
4 marks
410 marks
> Pembentukan Malaysia berjaya direalisasikan pada 16 September 1963. Walau bagaimanapun, pada peringkat awal penubuhan, negara terpaksa berhadapan dengan cabaran kerana mempunyai penduduk yang pelbagai latar belakang kaum dan etnik. Malahan kegiatan komunis menjadi ancaman kepada keselamatan negara sejak sebelum merdeka dan berterusan sehingga selepas pembentukan Malaysia. Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Akhir sekali, pada 13 Mei 1969, berlaku peristiwa hitam dalam sejarah negara kita apabila terjadinya rusuhan kaum di Kuala Lumpur dan Selangor.
>
> (Sumber: Buku Teks KSSM Sejarah Tingkatan 5)
a
Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan cabaran yang dihadapi selepas pembentukan Malaysia 1963.
3 marks
b
Huraikan salah satu cabaran yang dinyatakan di (a).
3 marks
c
Usaha mengekalkan keharmonian negara yang memiliki masyarakat berbilang kaum bukan satu perkara yang mudah dan boleh dipandang enteng.
Cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi menjaga keharmonian yang telah kita kecapi selama ini.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember 1941.
a
Apakah faktor dasar peluasan kuasa Jepun di Asia Pasifik?
4 marks
b
Bagaimanakah dasar pendudukan Jepun di negara kita dari aspek sosial?
8 marks
c
Pada pandangan anda, mengapakah Jepun mudah menguasai negara kita?
8 marks
620 marks
> Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya, iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga.
>
> (Petikan kata Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia Pertama)
a
Apakah pengertian kemerdekaan?
4 marks
b
Jelaskan persediaan yang dibuat untuk menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara.
8 marks
c
Pada pendapat anda, apakah kepentingan mengekalkan kedaulatan negara pada masa kini?
8 marks
720 marks
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.
a
Terangkan ciri-ciri tradisional yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
4 marks
b
Jelaskan Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang berlaku pada tahun 1963 dan 1965.
8 marks
c
Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah anda menghormati perlembagaan negara?
8 marks
820 marks
Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
a
Nyatakan langkah yang dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.
4 marks
b
Terangkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.
8 marks
c
Jelaskan langkah yang boleh diambil oleh generasi kini bagi memperkasakan bahasa kebangsaan.
8 marks
920 marks
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada tahun 1945 dan Malaysia telah bergiat secara aktif sebagai ahli setelah mencapai kemerdekaan.
Jelaskan peranan Malaysia dalam membantu PBB menjaga keamanan dunia di negara yang berkonflik khasnya melalui misi berikut:
b(i)
Misi Pengaman
4 marks
b(ii)
Misi Pegawai Pemerhati
4 marks
c
Pernyataan berikut menjelaskan peranan Majlis Keselamatan dalam PBB.
> Majlis Keselamatan PBB merupakan organisasi yang berfungsi untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan dalam kalangan negara anggota.
>
> (Sumber: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ms.wikipedia.org)
Anda adalah sebahagian daripada generasi muda warga dunia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan.
Jelaskan kepentingan keamanan dunia.
9 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open