Negeri Sembilan Trial 2022 Sejarah Kertas 2 · MPSM
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Sejarah
Negeri Sembilan Trial 2022 Sejarah Kertas 2 · MPSM
Negeri Sembilan Trial MPSM · 2022
9 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 4
110 marks
Rajah berikut menunjukkan sistem Pembesar Empat Lipatan yang diamalkan dalam Kesultanan Melayu Melaka.
a
Nyatakan jawatan **X** dan **Y**.
2 marks
b
Jelaskan sistem pentadbiran kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
4 marks
c
Sebagai seorang pemimpin, apakah yang anda perlu lakukan untuk memajukan negara?
4 marks
210 marks
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949 yang menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum.
a
Jelaskan objektif pembentukan CLC.
2 marks
b
Huraikan kejayaan CLC dalam menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum.
4 marks
c
Semangat kerjasama antara kaum penting dalam memastikan keharmonian di negara kita.
Ulas pernyataan tersebut.
4 marks
310 marks
Pindaan Perlembagaan Persekutuan dilakukan bertujuan menyesuaikan peruntukan negeri baharu ke dalam perlembagaan tanpa mengubah kedudukan negeri yang sedia ada.
Jelaskan pindaan Perlembagaan Persekutuan tersebut:
a(i)
Pindaan Perlembagaan 1963.
3 marks
a(ii)
Pindaan Perlembagaan 1965.
3 marks
b
Pada pandangan anda, apakah kesan sekiranya rakyat Malaysia tidak menghormati perlembagaan negara?
4 marks
410 marks
Maklumat berikut berkaitan Dasar Pembangunan Nasional.
> Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991 menandakan bermulanya satu lagi era baru dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
>
> (Sumber: https://www.pmo.gov.my)
a
Mengapakah dasar tersebut dilaksanakan?
2 marks
b
Jelaskan strategi DPN.
4 marks
c
Pelibatan golongan belia dalam pembangunan negara dapat memacu kemajuan masa hadapan.
Bincangkan.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Perang Dunia Kedua (1939-1945) berlaku di dua medan pertempuran iaitu di Eropah dan Asia Pasifik.
a
Terangkan faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah.
6 marks
b
Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland pada September 1939.
Jelaskan perkembangan peristiwa tersebut.
6 marks
c
Teliti gambar berikut.
Sejauh manakah peperangan membawa kemusnahan kepada sesebuah negara?
8 marks
620 marks
Kerajaan British telah mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 8 Mac 1956 setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu.
a
Jelaskan peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
4 marks
b
Huraikan langkah penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan tersebut.
> Rata-rata kita menyangka Perlembagaan Persekutuan dirangka oleh Suruhanjaya Reid. Jika diteliti dari perspektif sejarah, ia terhasil daripada keringat dan idea Raja-Raja Melayu, pemimpin dan persatuan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Malah, permuafakatan politik atau dikenali juga kontrak sosial antara pemimpin pelbagai kaum inilah yang menjadi resipi perpaduan dan integrasi rakyat berbilang kaum hingga hari ini.
>
> Di sinilah letaknya nilai kerjasama dan tolak ansur yang seharusnya dicontohi oleh generasi akan datang. Kebijaksanaan pemimpin terdahulu begitu terserlah apabila wujud **quid pro quo** atau tawar-menawar berkaitan empat perkara teras iaitu hak kerakyatan kaum bukan Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu.
>
> Hal ini dapat mewujudkan kesedaran bahawa Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja mempertahankan kepentingan hak penduduk asal, malah tidak mengetepikan kepentingan sah kaum lain.
>
> (Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan sekiranya tiada permuafakatan dalam negara kita.
8 marks
720 marks
Rajah berikut berkaitan ciri demokrasi dalam sistem pemerintahan negara kita.
**Ciri demokrasi:**
- Pilihan raya
- Kebebasan asasi
- Pengasingan kuasa
a
Jelaskan kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
4 marks
b
Terangkan pengasingan kuasa yang diamalkan oleh negara kita sejak mencapai kemerdekaan.
8 marks
c
Berikan ulasan anda berdasarkan petikan di bawah.
> Pengasingan kuasa merupakan satu doktrin perlembagaan yang mengesyorkan pengasingan fungsi dan kuasa kerajaan supaya ianya dikuatkuasakan oleh beberapa orang atau institusi yang berlainan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya ketidakadilan yang dijangka akan wujud jika kuasa itu dipegang oleh seorang individu. Pengasingan kuasa pada amnya berkisar pada fungsi berlainan yang dijalankan oleh badan atau institusi pemerintahan yang berlainan. Fungsi-fungsi ini dijalankan oleh badan-badan tertentu mengikut bidang kuasa masing-masing.
>
> (Sumber: https://ejournal.um.edu.my)
8 marks
820 marks
Peristiwa rusuhan antara kaum berlaku pada 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam negara kita. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pergaduhan antara kaum yang tertumpu di Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan sekitarnya.
a
Mengapakah rusuhan antara kaum tersebut berlaku?
4 marks
b
Jelaskan langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut.
8 marks
c
Apakah pengajaran atau iktibar yang berkaitan peristiwa di **8**(a)?
8 marks
920 marks
Dasar luar Malaysia memasuki fasa baharu sejak tahun 1970-an. Tempoh masa ini menjadi penting dalam sejarah dasar luar Malaysia kerana merupakan tempoh pengukuhan serta menguji kemampuan Malaysia menghadapi cabaran baharu.
a
Jelaskan cabaran politik dalam mengukuhkan dasar luar Malaysia.
4 marks
Malaysia memberikan perhatian yang serius dalam hubungannya dengan negara serantau.
Huraikan peranan Malaysia dalam:
b(i)
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
4 marks
b(ii)
Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)
4 marks
c
Pelibatan Malaysia secara aktif dalam pertubuhan serantau telah memberi manfaat kepada negara.
Buktikan.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open