Rajah 1 berkaitan Sistem Pembesar Empat Lipatan dalam Kesultanan Melayu Melaka.
**Rajah 1**
- Sultan
- **X**
- **Y**
- Temenggung
- Laksamana
(Sultan di atas; X di bawah Sultan; Y, Temenggung dan Laksamana di bawah X.)
a
Apakah **X** dan **Y**?
X: …
Y: …
2 marks
b
Apakah peranan pembesar di soalan 1(a)?
4 marks
c
Telitikan gambar dalam poster berikut.
Ulaskan nilai patriotik yang digambarkan dalam poster tersebut.
4 marks
210 marks
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949 dengan menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum.
a
Nyatakan **dua** anggota Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).
2 marks
b
Jelaskan isu yang dibincangkan dalam CLC.
4 marks
c
Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada pembentukan CLC dalam usaha melahirkan masyarakat yang saling bertolak ansur?
4 marks
310 marks
Pada 20 Januari 1963, Indonesia telah mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia.
a
Nyatakan secara ringkas tentang dasar konfrontasi Indonesia.
3 marks
b
Jelaskan usaha-usaha yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi konfrontasi tersebut.
3 marks
c
Tindakan Indonesia melancarkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia telah memberi impak kepada kedua-dua negara. Beri pendapat anda.
4 marks
410 marks
Sukan merupakan medium untuk memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional di Malaysia.
a
Namakan **dua** sukan yang dianjurkan di Malaysia bagi mengeratkan perpaduan dan integrasi nasional.
2 marks
b
Penganjuran sukan di 4(a) mampu mengeratkan perpaduan dan integrasi nasional. Berikan pendapat anda.
4 marks
c
Penganjuran sukan pada peringkat serantau dan antarabangsa mampu memberi manfaat kepada negara kita. Jelaskan.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Perang Dunia Pertama (1914-1918) yang berlaku dalam kalangan negara Eropah telah memberi kesan besar terhadap Eropah dan juga negara kita.
a
Apakah faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama?
4 marks
b
Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama kepada Eropah dan negara kita.
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> IPOH - Malaysia tidak terlepas daripada berdepan kesan negatif termasuk ancaman bekalan makanan sekiranya konflik Rusia-Ukraine berlarutan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
>
> Baginda bertitah, kesan langsung dan tidak langsung daripada konflik yang berterusan akan mempengaruhi persekitaran inflasi dan kadar faedah serta menyebabkan pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan dan berkurangan antara 10 hingga 20 peratus.
>
> Titah baginda, bagi tahun 2022, Tabung Kewangan Antarabangsa mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia sekitar 5.7 peratus, dipacu oleh peningkatan signifikan dalam perdagangan global, harga komoditi yang stabil, pembendungan pandemik serta sentimen pengguna dan perniagaan yang kian meningkat.
>
> "KDNK Malaysia mencatatkan penguncupan 5.6 peratus pada tahun 2020 dan pada 2021, membayangkan pelangi pemulihan, mencatatkan pertumbuhan positif pada kadar 3.1 peratus.
>
> "Risiko rantaian bekalan global yang berada dalam keadaan rapuh, kini beralih daripada menghadapi bencana pandemik kepada konflik Russia-Ukraine yang mengakibatkan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik, sudah pun menyebabkan harga minyak dan gas asli dunia melonjak lebih tinggi, memburukkan keadaan bagi syarikat dalam banyak industri terutama yang sangat bergantung pada sumber tenaga minyak.
>
> (Sumber: www.sinarharian.com.my/article/195039/2022/03)
Ulaskan maklumat yang anda peroleh daripada sumber di atas. Apakah kesan terhadap negara kita sekiranya masalah ini berlanjutan?
8 marks
620 marks
Rundingan kemerdekaan berlangsung dari 18 Januari 1956 hingga 6 Februari 1956, antara wakil Raja-raja Melayu, Parti Perikatan dengan British di Lancaster House, London.
a
Jelaskan kronologi perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London.
4 marks
b
Beberapa perkara telah dirundingkan antara British dengan Perwakilan Tanah Melayu. Bincangkan.
8 marks
c
Gambar 3 menunjukkan peristiwa sambutan hari kemerdekaan negara kita.
Berdasarkan pemerhatian anda, nyatakan perasaan individu-individu yang terdapat dalam gambar di atas. Pada pendapat anda mengapakah sambutan hari kemerdekaan perlu diadakan setiap tahun?
8 marks
720 marks
Gambar 4 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
a
Bagaimanakah cara pemilihan Yang di-Pertuan Agong Malaysia?
4 marks
b
Terangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
8 marks
c
Yang di-Pertuan Agong berperanan penting dalam mengekalkan kestabilan dan keamanan negara. Beri penjelasan anda.
8 marks
820 marks
Dasar Pembangunan Nasional merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru yang dirangka untuk tempoh 10 tahun (1991 – 2000) melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2).
a
Jelaskan strategi pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
4 marks
Huraikan usaha-usaha pelaksanaan DPN untuk mencapai hasrat berikut:
b(i)
Penyusunan Semula Masyarakat
4 marks
b(ii)
Pembangunan Wilayah
4 marks
c
Kelestarian alam sekitar perlu dijaga seiring dengan arus pembangunan ekonomi.
Bagaimanakah rakyat memainkan peranan dalam menjaga kelestarian alam sekitar?
8 marks
920 marks
Penglibatan Malaysia dalam negara serantau membolehkan negara kita menjadi anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
a
Terangkan sejarah penubuhan ASEAN.
4 marks
Jelaskan kerjasama Malaysia dalam ASEAN dari segi:
b(i)
Kerjasama ekonomi
4 marks
b(ii)
Kerjasama sosial
4 marks
c
Gambar 6 berkaitan dengan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke Malaysia.
Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya isu ini tidak dibendung dan langkah untuk mengatasinya?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open