Kelewatan pendaratan semula tentera British menyebabkan berlakunya kekosongan politik selama 14 hari di Tanah Melayu. Peristiwa itu merupakan “*Mimpi Ngeri*” buat penduduk Tanah Melayu pada masa tersebut.
a
Siapakah pihak yang menguasai Tanah Melayu dalam jangka masa 14 hari tersebut?
2 marks
b
[Sumber: Buku teks Tingkatan 4, Halaman 84-85]
Bagaimanakah pemimpin di atas melindungi orang tempatan daripada tindakan pihak 1(a) tersebut?
4 marks
c
Apakah usaha-usaha dijalankan untuk memelihara keharmonian dalam kalangan masyarakat dunia pada ketika ini?
4 marks
210 marks
Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 merupakan satu detik yang sememangnya dinantikan oleh seluruh rakyat di negara kita.
a
Nyatakan **tiga** persediaan fizikal yang dibuat oleh kerajaan bagi menyambut persediaan Pemasyhuran Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 1957.
3 marks
b
Perihalkan peristiwa bersejarah yang berlaku pada 31 Ogos 1957, jam 8.15 pagi di Stadium Merdeka.
3 marks
c
Fahami petikan berikut.
> **“Mulai 31 Ogos, 1957, (kita) akan menjadi sebuah negara berdaulat demokratik untuk selama-lamanya, yang dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan sentiasa memperjuangkan kebebasan dan keadilan serta sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya”**
>
> **– Tunku Abdul Rahman**
Berikan ulasan anda berkaitan petikan di atas.
4 marks
310 marks
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Persekutuan. Persekutuan termasuklah wujudnya Kerajaan Persekutuan (Kerajaan Pusat) dan Kerajaan Negeri serta pembahagian kuasa dalam sistem pentadbiran.
Apakah bidang kuasa bagi kerajaan berikut?
a(i)
Kerajaan Persekutuan
1 marks
a(ii)
Kerajaan Negeri
1 marks
b
Berdasarkan soalan 3(a), mengapakah Perlembagaan Persekutuan mewujudkan pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?
4 marks
c
Kerajaan Tempatan merupakan pihak berkuasa yang telah diberi tanggungjawab bagi mengurus dan mentadbir sesebuah kawasan tempatan atau daerah kecil yang diwartakan.
Bagaimanakah anda sebagai penduduk tempatan memainkan peranan dalam membantu melicinkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Tempatan di kawasan tempat tinggal anda?
4 marks
410 marks
Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi selepas negara mencapai kemerdekaan.
a
Nyatakan **tiga** langkah dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
3 marks
b
Jelaskan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam meningkatkan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
3 marks
c
“Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan”.
(Sumber: https://dewanbahasa.jendeladbp.my 09 Februari 2022)
Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Perkembangan idea nasionalisme di Barat telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Asia dan Asia Tenggara termasuklah di negara kita. Gerakan nasionalisme yang berkembang telah memberikan kesan kepada usaha membina tamadun bangsa dan negara.
a
Berikan maksud nasionalisme.
4 marks
b
Perkembangan nasionalisme di Barat telah mencetuskan Revolusi Keagungan (1688) dan Revolusi Amerika (1776). Huraikan perjuangan kedua-dua revolusi tersebut.
8 marks
c
Petikan di bawah berkaitan semangat nasionalisme yang telah menyuntik semangat perjuangan di negara kita.
> Nasionalisme dapat memupuk perpaduan antara kaum dan bangsa. Secara umumnya, nasionalisme berjaya melahirkan rakyat yang saling bekerjasama antara satu sama lain. Apabila semangat nasionalisme diamalkan semua kaum dapat mengamalkan kebudayaan dan adat resam masing-masing tanpa adanya persengketaan kaum. Semangat nasionalisme mendorong kita membebaskan negara daripada penjajahan untuk membentuk negara merdeka dan berdaulat.
>
> (Sumber: https://www.bharian.com.my)
Jelaskan iktibar yang diperolehi daripada pernyataan di atas.
8 marks
620 marks
Setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu, kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid.
a
Perihalkan tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
4 marks
b
Beberapa langkah telah diambil sejak pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Antaranya termasuklah mendapatkan memorandum daripada pelbagai pihak.
Jelaskan.
8 marks
c
Sikap keterbukaan dengan menerima pandangan daripada pelbagai pihak perlu dipertahankan agar negara kekal maju dan harmoni.
Beri pandangan anda.
8 marks
720 marks
Malaysia sebuah negara yang unik yang mempunyai perlembagaan berasaskan ciri tradisional dan moden. Kedua-dua ciri ini saling melengkapi antara satu sama lain. Apabila Malaysia dibentuk pada tahun 1963, pindaan perlembagaan dilakukan bagi menyesuaikannya dengan Sarawak dan Sabah. Pindaan perlembagaan yang dilakukan pada tahun 1965 menyaksikan pemisahan Singapura dari Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab mempertahankan perlembagaan demi kedaulatan negara.
a
Jelaskan ciri moden yang telah digabungkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
6 marks
b
Terangkan kesan pindaan perlembagaan yang dilakukan pada tahun 1963.
6 marks
c
Soalan 7(c) berdasarkan jadual di bawah.
| Tahun | 1963 | 1965 |
|---|---|---|
| Pindaan Perkara | Penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura | Pemisahan Singapura dari Malaysia |
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dipinda dari semasa ke semasa.
Pada pandangan anda, sejauh manakah pindaan perlembagaan negara yang dilaksanakan memberi manfaat dalam sistem pemerintahan di negara kita?
8 marks
820 marks
Peristiwa rusuhan antara kaum berlaku pada 13 Mei 1969, bermula beberapa hari setelah diadakan Pilihan Raya Umum Ketiga. Rusuhan yang berlaku lebih tertumpu di Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan di sekitarnya.
a
Mengapakah peristiwa rusuhan tersebut berlaku?
4 marks
b
Bagaimanakah kerajaan mengatasi peristiwa rusuhan itu daripada merebak ke kawasan lain?
8 marks
c
> “…sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan patriotik adalah menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan provokasi dan keganasan yang akan mengakibatkan konflik dan kekacauan.
>
> (Sumber: Berita Harian Online, 9 September 2019)
Huraikan kesan terhadap negara sekiranya kewajipan dalam petikan di atas gagal dilaksanakan.
Gunakan pengetahuan sejarah dan pengetahuan am anda.
8 marks
920 marks
Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas selari dengan perkembangan yang berlaku dalam ekonomi antarabangsa.
a
Bagaimanakah cara negara maju mengekalkan dominasi ekonomi?
3 marks
b
Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha untuk membangunkan ekonomi di peringkat serantau dan antarabangsa. Buktikan.
9 marks
c
Teliti maklumat yang terkandung di dalam gambar berikut.
Huraikan maklumat yang terkandung di dalam gambar dan kesan kepada negara sekiranya langkah tersebut tidak diambil.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open