Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat.
a
Nyatakan undang-undang yang tersebut.
2 marks
b
Bagaimanakah Hukum Kanun Melaka berjaya mewujudkan kegemilangan dalam Kesultanan Melayu Melaka?
4 marks
c
Apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat negara kita tidak mematuhi undang-undang?
4 marks
210 marks
Perkembangan pengaruh komunis di negara kita berlaku sebelum Perang Dunia Kedua.
a
Senaraikan pihak yang menyebarkan ideologi komunis di negara kita.
2 marks
b
Bagaimanakah komunis melumpuhkan ekonomi negara?
4 marks
c
Kehidupan rakyat semasa zaman darurat menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan akibat kekejaman Parti Komunis Malaya.
Beri komen anda.
4 marks
310 marks
Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan yang mempunyai 3 peringkat pentadbiran iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
a
Nyatakan bidang kuasa bagi Kerajaan Negeri.
2 marks
b
Mengapakah terdapat pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?
4 marks
c
Teliti gambar di bawah.
Buktikan Kerajaan Tempatan telah memberikan perkhidmatan terbaik di kawasan tempat tinggal anda.
4 marks
410 marks
Selepas pembentukan Malaysia, pelbagai cabaran dalaman perlu ditangani antaranya pembangunan ekonomi dan persaingan politik yang boleh menggugat perpaduan kaum.
a
Jelaskan cabaran pembangunan sosioekonomi di Sabah dan Sarawak.
2 marks
b
Mengapakah berlaku krisis perlembagaan di Sarawak?
4 marks
c
Baca pernyataan berikut.
> Usaha untuk menangani ketidakseimbangan wilayah akan dipergiat untuk merapatkan jurang pembangunan sosioekonomi antara wilayah dan negeri. Oleh itu setiap negeri akan dikategorikan mengikut kluster berdasarkan sempadan geografi kerana Kerajaan perlu merangsang aktiviti ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
> (Sumber: Diubah suai daripada Berita Bernama, 18 Oktober 2018)
Beri ulasan anda.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Perkembangan idea nasionalisme Barat mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Asia dan Asia Tenggara.
a
Jelaskan maksud nasionalisme.
4 marks
Jelaskan perkembangan revolusi berikut:
b(i)
Revolusi Keagungan (1688)
4 marks
b(ii)
Revolusi Amerika (1776)
4 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Patriotisme adalah satu perkara yang amat penting kepada rakyat setiap negara. Perkataan ini bukan sekadar luahan perasaan tetapi menuntut kepada penghayatan oleh setiap warganegara. Patriotisme juga bukan sekadar semangat, tetapi ia merupakan sesuatu yang agung melibatkan soal keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan, jati diri dan kedaulatan.
>
> Nasionalisme adalah gerakan mencipta masyarakat yang lebih terbuka untuk mendapatkan kebahagiaan perseorangan, bagi menjamin kemerdekaan warganegara dan membebaskan akal dan fikiran. Dengan kata lain, nasionalisme itu adalah satu semangat.
>
> Oleh itu, kebudayaan seperti agama, bahasa dan lain-lain boleh menimbulkan semangat nasionalisme. Melalui elemen-elemen tersebut juga, nasionalisme mampu mewujudkan semangat yang dapat melahirkan satu identiti baharu bagi negara yang dijajah. Semangat nasionalisme juga dapat melahirkan perasaan bersatu padu antara rakyat yang dijajah.
> (Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/99031)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan mengapakah semangat nasionalisme perlu dipupuk kepada generasi masa ini?
8 marks
620 marks
Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948.
a
Mengapakah British memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
4 marks
b
Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
8 marks
c
Teliti poster berikut.
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
8 marks
720 marks
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan selepas negara mencapai kemerdekaan.
a
Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dipilih?
4 marks
b
Jelaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong berdasarkan perlembagaan negara.
8 marks
c
Teliti petikan berikut.
> Institusi Raja Berperlembagaan merupakan tiang seri negara yang penting untuk dikekalkan. Hal ini adalah bagi memastikan bahawa demokrasi berparlimen yang diamalkan negara ini sejak mencapai kemerdekaan terus terpelihara secara adil dan saksama. Ini kerana institusi berkenaan bersifat neutral serta tidak berpihak kepada mana-mana parti dalam menentukan kerajaan yang akan mentadbir negara. Melalui Raja Berperlembagaan semua rakyat tanpa mengira bangsa, kaum disatukan dan sambil memelihara agama Islam, pengamalan agama lain turut dibenarkan di negara ini.
> (Sumber: http://www.astroawani.com)
Berdasarkan pernyataan tersebut ulaskan kepentingan mengekalkan Institusi Raja Berperlembagaan di negara kita.
8 marks
820 marks
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan DEB berakhir pada tahun 1990 dan diteruskan pula oleh Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
a
Jelaskan latar belakang pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
4 marks
b
Jelaskan strategi yang digunakan dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk mencapai matlamatnya.
8 marks
c
Teliti maklumat dalam petikan berikut.
> Masalah kemiskinan berlaku apabila sesuatu keluarga dikatakan miskin jika memperoleh pendapatan rendah sehingga menyebabkan tidak mampu menyara kehidupan keluarga, terutama di kawasan bandar. Pemilikan aset yang tidak stabil dari segi tempat tinggal, pendidikan, akses kesihatan dan simpanan wang menyumbang ke arah penurunan kualiti hidup yang rendah.
>
> Ini menjadi lebih parah apabila peluang pekerjaan semakin terhad di kawasan bandar mencetuskan peningkatan jenayah dalam kalangan rakyat. Kerajaan harus mempergiatkan pertumbuhan ekonomi dengan komited dan bekerjasama dengan pihak swasta dalam membasmi kemiskinan tegar.
> (Sumber: www.beritaharian.com)
Beri komen anda terhadap maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
920 marks
Hubungan luar di negara ini bermula sejak zaman Kerajaan Melayu lagi terus berkembang sehingga hari ini.
a
Jelaskan faktor penggubalan dasar luar Malaysia.
4 marks
b
Terangkan pelibatan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel.
8 marks
c
Teliti infografik tersebut.
Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah peperangan memberi kesan besar kepada dunia berdasarkan infografik tersebut?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open