Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menyerahkan Sabah kepada kerajaan British pada 26 Jun 1946.
a
Jelaskan faktor penyerahan tersebut.
3 marks
b
Mengapakah penyerahan tersebut tidak mendapat tentangan daripada penduduk tempatan?
3 marks
c
Baca pernyataan berikut.
> "Janganlah ada dalam kalangan kita yang bersikap mementingkan diri sendiri sehingga kedaulatan negara kita terancam."
> (Sumber: www.sinarharian.com.my, 12 Ogos 2021)
Apakah kepentingan mempertahankan kedaulatan negara kita?
4 marks
210 marks
Jadual berikut berkaitan dengan Sistem Ahli 1951-1955.
| Ahli | Portfolio |
|---|---|
| Dato' Onn Jaafar | Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri |
a
Nyatakan tanggungjawab Dato' Onn Jaafar dalam portfolio tersebut.
2 marks
b
Mengapakah British melaksanakan Sistem Ahli?
4 marks
c
Sekiranya dilantik sebagai Ahli dalam Sistem Ahli, apakah usaha anda untuk mempertahankan hak dan maruah bangsa?
4 marks
310 marks
Kekukuhan sistem Persekutuan di Malaysia adalah berkait rapat dengan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
a
Jelaskan cara penyelarasan pentadbiran antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
2 marks
b
Bagaimanakah keluhuran perlembagaan mengukuhkan sistem Persekutuan?
4 marks
c
Pada pendapat anda, mengapakah pentingnya pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
4 marks
410 marks
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merupakan institusi Hak Asasi Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.
a
Nyatakan ***dua*** bentuk kebebasan asasi.
2 marks
b
Jelaskan bentuk kebebasan asasi di 4(a).
4 marks
c
Mengapakah kebebasan asasi perlu dikawal oleh perlembagaan?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Kesedaran nasionalisme telah ditelusuri sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga awal abad ke-20.
a
Jelaskan latar belakang kesedaran nasionalisme di negara kita.
6 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
- Media cetak
- Penulisan kreatif
- Sistem pendidikan
Terangkan faktor tersebut.
6 marks
c
Baca petikan berikut.
> "Bagi mengembalikan semangat patriotisme, sejarah dan sivik mesti dijadikan landasan kerana melaluinya manusia semasa dapat mempelajari segala liku-liku yang terpaksa ditempuhi oleh generasi sebelumnya untuk mewariskan sebuah kehidupan bagi generasi berikutnya. Pengorbanan tokoh-tokoh zaman silam mestilah dikenang dengan sebaik-baiknya kerana mereka merupakan sejarah perjuangan gemilang untuk memartabatkan patriotisme negara"
> (Sumber: https://www.sinarharian.com.my, Patriotisme Bukan Sekadar Semangat, @2018 Hakcipta terpelihara Kumpulan Karangkraf)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan berikan kesan sekiranya perkara itu diabaikan.
8 marks
620 marks
Detik bersejarah kemerdekaan diingati dan pelbagai persediaan pemasyhuran dibuat serta meninggalkan kesan penting untuk dihayati oleh generasi kini.
Jelaskan peranan jawatankuasa berikut.
a(i)
Persediaan Fizikal.
3 marks
a(ii)
Sambutan.
3 marks
b
Terangkan kesan kemerdekaan dalam aspek ekonomi dan sosial sehingga kini.
6 marks
c
Telitikan sedutan lirik lagu berikut.
> **Bahtera Merdeka**
>
> Jiwa dan raga
> Buktikanlah pada nusa bangsa
> Supaya negara maju jaya
> Aman merdeka
>
> Duhai Ibu Pertiwi
> Putra-putri datang sujud bakti
> Ingin menunaikan
> Ingin menunaikan sumpah dan janji
>
> (Sumber: Musixmatch; Pencipta lagu: Kassim Masdor/ S Sudarmaji)
Jelaskan lirik lagu tersebut dan iktibar kepada generasi hari ini.
8 marks
720 marks
Selepas Pembentukan Malaysia 1963 Parti Komunis Malaya (PKM) memberi ancaman keselamatan terhadap kerajaan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
a
Apakah bentuk ancaman tersebut?
6 marks
b
Terangkan usaha kerajaan mengatasi ancaman tersebut.
6 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Keganasan yang dicetuskan oleh pihak komunis di Sarawak bertujuan untuk menguasai pentadbiran dan menjadikannya sebagai sebuah negara satelit China. Perkembangan propaganda dan kekacauan awal yang dibuat bagi membuktikan kekuatan mereka kepada masyarakat di samping melakukan keganasan terhadap pihak keselamatan di Sarawak.
>
> Selain itu, bantuan yang datang secara dalaman dan luaran termasuk pihak Indonesia yang beraliran Komunisme, pemberontak dari Brunei serta parti politik dalaman memperkuatkan agenda pihak komunis untuk mencapai hasrat yang diingini. Sebelum berkembangnya gerakan ini juga pihak komunis berjaya menguasai dan menyelinap masuk ke dalam parti politik dominan dan kesatuan sekerja sejak dari tahun 1920-an lagi menerusi kaedah paksaan, tipu helah dan kekerasan.
>
> Gerakan ini akhirnya mulai lemah selepas satu persatu kekuatan mereka termasuk sokongan luar dilemahkan melalui berpuluh operasi pihak keselamatan dan bantuan pihak luar yang anti-komunis.
>
> (Sumber: Jurnal Perspektif (2020) Jil. 12 Bil. 2 (52-62) December 2021)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
820 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang dilaksanakan selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Malaysia.
**Strategi DPN**
- Sosial
- Ekonomi
- Kemudahan Fizikal dan Alam Sekitar
a
Jelaskan usaha untuk mencapai strategi tersebut.
4 marks
b
Pelaksanaan DEB dan DPN telah membawa kemajuan kepada penduduk. Buktikan pernyataan tersebut.
8 marks
c
Teliti poster berikut.
Huraikan maklumat dalam poster tersebut.
8 marks
920 marks
Malaysia memainkan peranan penting dalam isu kemanusiaan dan keamanan pada peringkat antarabangsa dan serantau.
a
Terangkan penglibatan Malaysia dalam menangani isu Palestin.
4 marks
b
Mengapakah krisis kemanusiaan dan keamanan masih berterusan sehingga ke hari ini?
8 marks
c
Baca petikan berikut.
> Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) ingin berterima kasih terhadap tindakan tegas Parlimen Malaysia menggesa penyingkiran Israel daripada keahlian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan membantah rancangan Israel menceroboh wilayah.
>
> Tindakan tegas ini mencerminkan prinsip mulia yang diperjuangkan Malaysia dan membuktikan penyatuan kukuh kepimpinan dalam kalangan ahli Parlimen Malaysia tanpa mengira latar belakang parti politik sama ada kerajaan atau pun pembangkang.
>
> (Luqman Arif Abdul Karim; Sumber: https://www.bharian.com.my, 17 Julai 2020)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open