Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat.
a
Namakan dua undang-undang tersebut.
2 marks
b
Huraikan kandungan satu undang-undang yang terdapat dalam (a) di atas dari aspek jenayah.
4 marks
c
Prinsip yang berikut adalah prinsip keempat Rukun Negara.
> Kedaulatan undang-undang
Sebagai rakyat yang patriotik, bagaimana anda menghayati prinsip di atas?
4 marks
210 marks
Perang Dunia Kedua (1939-1945) berlaku di dua medan pertempuran iaitu di Eropah dan Asia Pasifik melibatkan dua pakatan iaitu Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu.
Namakan negara-negara yang terlibat dalam perang tersebut.
a(i)
Kuasa Paksi
1 marks
a(ii)
Kuasa Bersekutu
1 marks
b
Mengapakah Perang Dunia Kedua berlaku di Eropah?
4 marks
c
Gambar berikut menunjukkan tindakan Amerika Syarikat yang menggugurkan bom atom di dua buah bandar di Jepun.
Apakah mesej yang kita perolehi berdasarkan gambar di atas?
4 marks
310 marks
Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri tradisional dan moden yang menjadikan perlembagaan di negara kita unik.
Rajah: "Ciri Tradisional" bercabang kepada empat petak:
- X
- Y
- Bahasa Melayu
- Agama Islam
a
Apakah **X** dan **Y**?
2 marks
b
Jelaskan **dua** daripada ciri tradisional yang terdapat dalam 3(a) di atas.
4 marks
c
Baca petikan berikut.
> "Mungkin telah ada dalam fikiran pencipta perlembagaan itu bahawa unsur-unsur tradisional ini diperlukan untuk kestabilan serta kemajuan negara dan memainkan peranan penting dalam perjalanan perlembagaan"
> (Sumber: Tun Mohd Salleh Abas, 1985. Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Apakah kepentingan Perlembagaan Persekutuan kepada negara kita?
4 marks
410 marks
Seiring dengan kemerdekaan negara, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
a
Nyatakan **dua** langkah memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
2 marks
b
Jelaskan peranan institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan oleh kerajaan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
4 marks
c
Baca pernyataan berikut.
> "Tempoh lebih 60 tahun negara merdeka harus mematangkan kita. Kita tidak boleh berbahas lagi soal bahasa daripada suku kaum. Tugas kita sekarang adalah memartabatkan bahasa Melayu dan mengangkat kedudukannya. Ini adalah tanggungjawab pimpinan dan sebab itu kita ingin memastikan penggunaan bahasa Melayu bukan untuk bahasa pengantar semata-mata".
> (Sumber: Berita Harian, 7 September 2019)
Ulaskan pernyataan di atas.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Perkembangan idea nasionalisme di Barat telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Asia dan Asia Tenggara.
a
Jelaskan maksud nasionalisme.
4 marks
b
Huraikan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di negara kita pada abad ke-20.
8 marks
c
Baca petikan berikut.
> Pada zaman kolonial, rakyat mengalami penindasan dan eksploitasi oleh penjajah. Hal ini menyebabkan timbulnya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat untuk memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah. Beberapa tokoh nasionalis terkenal pada masa itu seperti Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn Jaafar dan Dr. Burhanuddin al-Helmy memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan kesedaran rakyat.
>
> Setelah merdeka pada tahun 1957, semangat nasionalisme terus berkembang di negara kita. Rakyat mula memperjuangkan hak-hak mereka dan membangunkan negara yang merdeka dan berdaulat. Setelah itu, berlaku beberapa peristiwa penting yang mencorakkan semangat nasionalisme di negara kita seperti pembentukan Malaysia, pemisahan Singapura dan tragedi 13 Mei yang membawa kepada pembentukan Rukun Negara.
> (Sumber: Diubah suai daripada https://cerdika.com/my/nasionalisme-di-malaysia)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan di atas.
8 marks
620 marks
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid memulakan tugas pada akhir bulan Jun 1956.
a
Apakah terma rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?
4 marks
b
Jelaskan langkah penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
8 marks
c
Berikut adalah gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Rajah "Gerak Kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu":
1. Meminta cadangan daripada semua penduduk yang berminat secara bertulis atau lisan. Suruhanjaya ini menerima memorandum bertulis daripada pelbagai pihak untuk diteliti.
2. Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Persekutuan. Menghadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri. Mereka juga bermesyuarat dan melawat negeri Melayu serta Negeri-negeri Selat.
3. Mengadakan persidangan untuk membincangkan pelbagai isu. Sebanyak 118 perjumpaan diadakan dari bulan Jun hingga bulan Oktober 1956. Mengkaji dan membuat laporan serta cadangan membentuk perlembagaan bagi sebuah negara merdeka.
Huraikan maklumat yang terkandung dalam rajah di atas dan iktibar yang boleh diambil.
8 marks
720 marks
Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi dan menjadi panduan dalam sistem pemerintahan negara.
a
Jelaskan ciri tradisional dan ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan.
6 marks
b
Huraikan perkara yang dipinda dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963 dan 1965.
6 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia yang merupakan prinsip ketiga dalam Rukun Negara. Tiada satu institusi pun boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan. Ketiga-tiga badan kerajaan yang merujuk doktrin pengasingan kuasa iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang di-Pertuan Agong, tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
>
> Undang-undang Persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah, jika bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
>
> Maka pemahaman masyarakat terhadap rasional sesuatu peruntukan terkandung dalam Perlembagaan seperti hal berkaitan agama Islam dan orang Melayu adalah penting untuk dijelaskan. Masyarakat perlu diberikan rasional kenapa orang Melayu mendapat kedudukan istimewa, kenapa Islam menjadi agama Persekutuan, kenapa bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan kenapa pula institusi beraja dikekalkan dalam struktur pemerintahan Malaysia.
> (Sumber: Diubah suai daripada Prof Madya Dr Nazri Muslim, BH Online, Januari 26, 2019)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan di atas.
8 marks
820 marks
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ditubuhkan di Singapura pada 23 Julai 1961.
a
Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut?
6 marks
b
Perjanjian Julai 1963 yang turut dikenali sebagai Perjanjian Malaysia atau Malaysia Agreement (MA63) ialah sebuah dokumen yang ditandatangani oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura. Perjanjian ini ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London.
Jelaskan inti pati Perjanjian Malaysia 1963.
6 marks
c
Teliti poster berikut.
Jelaskan maklumat yang terdapat pada poster di atas dan langkah untuk mengukuhkan perpaduan rakyat.
8 marks
920 marks
Dasar luar Malaysia memasuki fasa baharu sejak tahun 1970-an. Tempoh masa ini menjadi penting dalam sejarah dasar luar Malaysia kerana merupakan tempoh pengukuhan serta menguji kemampuan Malaysia menghadapi cabaran dalam aspek politik, pertahanan dan ekonomi.
a
Jelaskan cabaran politik dalam mengukuhkan dasar luar Malaysia.
4 marks
Malaysia memberikan perhatian yang serius dalam hubungannya dengan negara serantau.
Huraikan peranan Malaysia dalam:
b(i)
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
4 marks
b(ii)
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
4 marks
c
Pelibatan Malaysia secara aktif dalam pertubuhan serantau telah memberi manfaat kepada negara.
Buktikan.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open