Maklumat berikut berkaitan perkembangan nasionalisme di Barat.
| Tahun | Peristiwa |
|---|---|
| 1688 | Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) |
| 1776 | Revolusi Amerika |
| 1789 | Revolusi Perancis |
a
Bagaimanakah rakyat Amerika menentang penjajahan British di negara tersebut?
2 marks
b
Huraikan gerakan nasionalisme antiraja di Barat.
4 marks
c
Teliti maklumat dalam petikan tersebut.
> Ketika kemerdekaan hendak dicapai, semangat nasionalisme berperanan dalam mengukuhkan kedaulatan dan membentuk identiti negara. Matlamatnya bukan sahaja membebaskan diri daripada penjajah tetapi nasionalisme memperkukuh perpaduan dalam masyarakat yang pernah dijajah.
> (Sumber ubah suai: https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2024/01)
Beri ulasan anda.
4 marks
210 marks
Gambar berikut berkaitan kemusnahan bandar utama di Sabah selepas tentera Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua.
a
Nyatakan sebab penyerahan Sabah oleh Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kepada British selepas pendudukan Jepun.
2 marks
b
Mengapakah penyerahan Sabah kepada kerajaan British tidak mendapat penentangan daripada rakyat tempatan?
4 marks
c
Mengapakah British berjaya menguasai Sabah dengan mudah?
4 marks
310 marks
Parti Komunis Malaya (PKM) meneruskan kegiatan mengancam keselamatan di Semenanjung Malaysia.
a
Bagaimanakah ancaman tersebut berlaku?
3 marks
b
Jelaskan usaha kerajaan Malaysia membanteras ancaman keselamatan tersebut.
3 marks
c
Infografik tersebut berkaitan Kertas Putih Pertahanan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memperkasakan pertahanan negara.
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kerajaan memfokuskan kepada pertahanan negara berbanding perkara lain?
4 marks
410 marks
Kerajaan Melayu Melaka menjalinkan hubungan dengan kerajaan-kerajaan lain sama ada di Alam Melayu atau luar Alam Melayu.
a
Nyatakan **dua** bentuk hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan luar.
2 marks
b
Namakan **dua** kerajaan yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kesultanan Melayu Melaka.
2 marks
c
Jelaskan kepentingan Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan dengan kerajaan luar pada abad ke-15.
2 marks
d
Teliti pernyataan berikut berkaitan pengamalan dasar luar Malaysia.
> Salah satu prinsip Malaysia ialah 'menyelesaikan masalah menerusi rundingan'. Malaysia mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain di samping bersedia menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan negara kita.
> (Sumber: https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/DASAR_LUAR_NEGARA.pdf)
Beri komen anda terhadap pernyataan tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Konflik dunia merangkumi Perang Dunia Kedua (1939-1945) di Eropah tercetus akibat daripada persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi.
a
Jelaskan latar belakang Perang Dunia Kedua.
4 marks
b
Mengapakah Perang Dunia Kedua berlaku?
8 marks
c
Gambar berikut berkaitan kesan Perang Dunia Kedua kepada keharmonian dunia.
Apakah mesej yang anda boleh sampaikan kepada pemimpin dunia pada hari ini untuk mengelakkan peperangan pada masa hadapan?
8 marks
620 marks
Maklumat berikut merujuk kepada gabungan pertubuhan PUTERA-AMCJA.
| PUTERA | AMCJA |
|---|---|
| PKMM, API, GERAM, Hizbul Muslimin, BATAS, AWAS | Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU), Malayan Democratic Union (MDU), Malayan Indian Congress (MIC) |
**TINDAKAN:**
- Menentang rangka Persekutuan Tanah Melayu 1948
- Mencadangkan Perlembagaan Rakyat
a
Mengapakah PUTERA-AMCJA menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
4 marks
b
Jelaskan kandungan Perlembagaan Rakyat.
8 marks
c
Pernyataan berikut berkaitan penganjuran hartal oleh PUTERA-AMCJA.
| Tarikh | 20 September 1947 |
|---|---|
| Tindakan | Semua peniaga menutup kedai sebagai tanda bantahan terhadap Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. |
Wajarkah tindakan PUTERA-AMCJA menganjurkan hartal tersebut? Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, beri alasan anda.
8 marks
720 marks
Maklumat berikut menunjukkan amalan sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan dalam sistem pentadbiran negara.
- Amalan pilihan raya
- Jaminan kebebasan asasi
- Pembahagian kuasa dalam pemerintahan
Jelaskan amalan Demokrasi Berparlimen berikut:
a(i)
Amalan pilihan raya
3 marks
a(ii)
Jaminan kebebasan asasi
3 marks
b
Terangkan keunikan amalan Demokrasi Berparlimen di negara kita.
6 marks
c
Teliti poster berikut.
Huraikan maklumat yang terkandung dalam poster tersebut.
8 marks
820 marks
Pembentukan Sistem Persekutuan merupakan penerusan tradisi yang berakar umbi daripada pemerintahan beraja dan berkaitan peluasan kuasa British di Tanah Melayu.
Jelaskan latar belakang pembentukan Sistem Persekutuan tersebut:
a(i)
Kesatuan Malayan Union
2 marks
a(ii)
Persekutuan Tanah Melayu 1948
2 marks
a(iii)
Persekutuan Tanah Melayu 1957
2 marks
b
Terangkan faktor yang mengukuhkan Persekutuan di negara kita.
6 marks
c
Baca petikan berikut.
> GEORGE TOWN - Memiliki sebuah kerajaan negeri yang sehaluan dengan kerajaan Persekutuan adalah sesuatu yang amat penting dalam menyegerakan usaha bagi mencapai sasaran menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2028, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
>
> Beliau berkata pertumbuhan ekonomi negeri lebih mudah untuk dipercepatkan sekiranya Kerajaan Negeri dan Persekutuan adalah sehaluan.
>
> Beliau memberi contoh Pulau Pinang, yang lebih mudah untuk maju kerana ia sudah cukup matang, mempunyai infrastruktur serta rekod yang baik, di samping memiliki pemain industri dalam kalangan pihak swasta dengan rangkaian kerja global.
> (Sumber: Astroawani.com.my, 18 Mac 2023)
Huraikan maklumat yang terdapat dalam petikan tersebut dan apakah kesannya jika hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan tidak sehaluan?
8 marks
920 marks
Rajah berikut berkaitan langkah-langkah ke arah perpaduan kaum.
**Perpaduan** → Bahasa Melayu; Dasar Kebudayaan Kebangsaan; Rukun Negara
a
Apakah langkah yang dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu?
4 marks
Jelaskan pelaksanaan langkah-langkah berikut:
b(i)
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
4 marks
b(ii)
Rukun Negara
4 marks
c
Teliti infografik tersebut.
Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah kerajaan bersungguh-sungguh memberi fokus kepada perpaduan negara?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open