Kebijaksanaan pemerintah Thailand telah berjaya mempertahankan negaranya daripada dijajah oleh kuasa asing.
a
Senaraikan **dua** orang Raja Thailand yang berjaya mengekalkan kedaulatan Thailand.
2 marks
b
Jelaskan kepentingan memiliki pemimpin yang berwibawa.
4 marks
c
Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada gerakan nasionalisme di Thailand?
4 marks
210 marks
Pada 8 Mac 1956, setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu, kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Tanah Melayu.
a
Nyatakan tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
2 marks
Jelaskan kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dalam aspek berikut:
b(i)
Kewarganegaraan
2 marks
b(ii)
Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum lain
2 marks
c
Petikan menjelaskan kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang menjadi asas kepada pembentukan negara bangsa pada hari ini.
> Melalui kontrak sosial itu, semua kaum diberikan jaminan hak timbal balas kepada kerelaan mereka melepaskan sebahagian daripada hak yang lain. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan, jaminan kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, tanah rizab Melayu dan hak-hak yang lain.
>
> Kaum lain mendapat jaminan hak mengamalkan adat resam, bahasa dan agama masing-masing. Di samping hak mereka yang terpenting iaitu hak kewarganegaraan untuk berkongsi hidup sebagai rakyat di bumi Malaya ini.
> (Sumber: https://www.sinarharian.com.my)
Mengapakah kontrak sosial tersebut perlu dipelihara dan dipertahankan?
4 marks
310 marks
Perlembagaan merupakan dokumen undang-undang bertulis yang menjadi teras pada sistem pemerintahan negara.
a
Nyatakan dua undang-undang bertulis yang terdapat di negeri-negeri Melayu.
2 marks
b
Terangkan ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan.
4 marks
c
Jelaskan kesan sekiranya rakyat tidak patuh kepada undang-undang.
4 marks
410 marks
Maklumat berikut berkaitan ideologi negara kita.
> Rukun Negara dibentuk ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara dibentuk hasil perbincangan dan pemikiran Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dibentuk oleh MAGERAN.
> (Sumber: Buku teks halaman 157)
a
Apakah matlamat Rukun Negara diperkenalkan?
2 marks
b
Bagaimanakah matlamat di (a) dapat dicapai?
4 marks
c
> Kepercayaan Kepada Tuhan
Mengapakah prinsip tersebut penting?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Gambar menunjukkan pendudukan Jerman di Rhineland pada tahun 1936.
a
Apakah faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah?
4 marks
b
Jelaskan peristiwa perang di (a).
8 marks
c
Cadangkan langkah untuk memastikan konflik dunia tidak berulang.
8 marks
620 marks
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949 yang menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum.
a
Jelaskan usaha jawatankuasa tersebut untuk menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum.
4 marks
b
Tindakan yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut dikatakan berjaya memberi kesan ke arah perpaduan, permuafakatan dan toleransi antara kaum.
Buktikan pernyataan tersebut.
8 marks
c
Teliti poster berikut.
Huraikan maklumat yang terkandung dalam poster di atas dan manfaat sekiranya perpaduan kaum berjaya dipertahankan.
8 marks
720 marks
Perjanjian Malaysia atau Malaysia Agreement (MA63) ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London.
a
Jelaskan inti pati Perjanjian Malaysia.
4 marks
b
Terangkan peristiwa pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963.
6 marks
c
Maklumat berikut berkaitan peristiwa konfrontasi Indonesia terhadap negara kita setelah pembentukan Malaysia diisytiharkan.
**Peristiwa Penentangan Indonesia Terhadap Malaysia**
- 20 Januari 1963 – Melancarkan "Ganyang Malaysia"
- 16 Januari – 27 Mac 1963 – Melancarkan serangan gerila di Sarawak
- Ogos-Disember 1964 – Pendaratan gerila di Johor
Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa konfrontasi tersebut.
10 marks
820 marks
Rajah menunjukkan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
**Dasar Pembangunan Nasional (DPN)**
- Pembasmian Kemiskinan
- Penyusunan Semula Masyarakat
a
Nyatakan usaha kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut.
6 marks
b
Jelaskan kejayaan Dasar Pembangunan Nasional dalam aspek sosial.
6 marks
c
Dasar Pembangunan Nasional dapat merealisasikan hasrat Malaysia untuk mencapai taraf negara maju.
Buktikan.
8 marks
920 marks
Malaysia memberikan komitmen dan kerjasama yang penuh kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejajar dengan pendirian Malaysia dalam soal antarabangsa iaitu "hidup bersama secara aman".
a
Jelaskan latar belakang PBB.
3 marks
b
Bagaimanakah Malaysia memberi komitmen dan kerjasama terhadap PBB?
9 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Dalam soal keselamatan, Malaysia antara negara penyumbang terbesar dalam Misi Pengaman PBB, iaitu berada di tangga ke-26 daripada 119 negara. Buat masa ini, seramai 838 anggota pengaman PBB dari Malaysia terbabit dalam misi pengaman PBB di Lubnan, Sahara Barat, Sudan/Sudan Selatan dan Congo. Selain itu, Malaysia juga antara negara konsisten memperjuangkan pelucutan dan pengharaman senjata pemusnah besar-besaran, termasuk senjata nuklear.
>
> Dalam soal hak asasi manusia, Malaysia antara negara paling tegas menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk memiliki negara merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara. Malaysia juga konsisten mengutuk sekeras-kerasnya perancangan terbaru Israel untuk mengilhakan sebahagian wilayah Tebing Barat, termasuk Lembah Jordan.
>
> Malah, ketika menganggotai Majlis Keselamatan PBB sebagai Ahli Tidak Tetap bagi penggal 2015-2016, Malaysia antara negara peneraju bagi pembentangan Resolusi 2334 Majlis Keselamatan yang menjadi satu-satunya resolusi penempatan haram Israel diluluskan Majlis Keselamatan PBB dalam tempoh 36 tahun.
> (Sumber: Diambil dan diubahsuai https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/10/745612/malaysia-komited-sokong-pbb-perjuang-keamanan-dunia)
Apakah mesej yang disampaikan dalam petikan tersebut dan mengapakah Malaysia mengutamakan isu keselamatan dunia?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open