Rajah berikut menunjukkan undang-undang yang dilaksanakan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.
| Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka | |
|---|---|
| Hukum Kanun Melaka | Undang-Undang Laut Melaka |
a
Nyatakan perkara yang dibincangkan dalam undang-undang di atas.
2 marks
b
Jelaskan tentang perbuatan jenayah yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka.
4 marks
c
Mengapakah penguatkuasaan undang-undang penting dalam sesebuah negara?
4 marks
210 marks
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 30 April 1930 untuk menyebarkan fahaman komunis di Tanah Melayu.
a
Nyatakan cara PKM menyebarkan pengaruh komunis di Tanah Melayu.
2 marks
b
Jelaskan tindakan komunis dalam melumpuhkan ekonomi dan merosakkan infrastruktur.
4 marks
c
Gambar di bawah memaparkan anggota polis yang telah terkorban dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong.
Bincangkan tindakan kita untuk mengelakkan tragedi berdarah ini berulang kembali.
4 marks
310 marks
Gambar berikut berkaitan dengan Kerajaan Tempatan.
a
Apakah yang anda faham tentang Kerajaan Tempatan?
2 marks
b
Jelaskan fungsi Kerajaan Tempatan.
4 marks
c
Kerajaan Tempatan memainkan peranan penting untuk menjamin kehidupan yang selesa.
Berikan pandangan anda.
4 marks
410 marks
Gambar di bawah merupakan peta selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Jelaskan cabaran yang dihadapi selepas pembentukan Malaysia.
a(i)
Cabaran politik di Sarawak.
3 marks
a(ii)
Cabaran perpaduan kaum.
3 marks
b
Gambar berikut adalah berkaitan dengan perpaduan.
Jelaskan mesej yang terdapat dalam gambar tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Gerakan nasionalisme telah memberikan impak yang besar terhadap perkembangan sesebuah negara dalam melahirkan negara yang lebih berdaulat.
a
Apakah maksud nasionalisme?
4 marks
Huraikan perkembangan nasionalisme yang berikut:
b(i)
Revolusi Amerika (1776)
4 marks
b(ii)
Revolusi Perancis (1789)
4 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk nasionalisme. Terdapat kekurangan dalam kurikulum dan pendekatan pengajaran yang tidak mempromosikan nilai-nilai kebangsaan.
>
> Untuk membina nasionalisme yang berkesan, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil. Pertama, pendidikan nasionalisme perlu diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara. Pendidikan nasionalisme membantu memupuk semangat patriotisme dan rasa tanggungjawab terhadap negara. Kedua, perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat perlu diperkukuhkan. Ini boleh dicapai melalui program-program yang mempromosikan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat. Ketiga, identiti kebudayaan negara perlu dijaga dan dipromosikan. Ini boleh dicapai melalui program-program yang mempromosikan kebudayaan negara seperti pameran seni dan budaya.
>
> Kesimpulannya, pembangunan nasionalisme di Malaysia memerlukan usaha yang berterusan dan bersepadu dari semua pihak. Kita juga perlu memastikan bahawa kita mempunyai sistem politik dan sosial yang stabil dan adil untuk memastikan keamanan dan kesatuan negara.
>
> (Sumber Diubahsuai: https://mycerdika.com/nasionalisme-di-malaysia/)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
620 marks
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasminya pada 1 Februari 1948 setelah Raja-raja Melayu menandatangani perjanjian tersebut.
a
Apakah sebab Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibentuk?
4 marks
b
Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
8 marks
c
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mewujudkan keharmonian negara dan bangsa Tanah Melayu ketika itu.
Beri komen anda.
8 marks
720 marks
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.
a
Nyatakan cara pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong.
4 marks
b
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dari Johor telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Bagaimanakah baginda menjalankan kuasanya dalam bidang eksekutif?
8 marks
c
Poster berikut merupakan Rukun Negara.
Mengapakah kesetiaan kepada raja dan negara menjadi salah satu prinsip dalam Rukun Negara?
8 marks
820 marks
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan untuk meneruskan hasrat mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
a
Terangkan latar belakang pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
4 marks
b
Jelaskan strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
8 marks
c
Bagaimanakah kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dihapuskan?
8 marks
920 marks
Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia menggubal dasar luar yang dinamik demi menjamin kedaulatan negara.
a
Jelaskan matlamat penggubalan dasar luar Malaysia.
4 marks
b
Bincangkan penyertaan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel.
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus melaksanakan dasar luar yang pragmatik, bebas, berprinsip dan berkecuali berlandaskan nilai keamanan, keadilan dan kesaksamaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
>
> Beliau berkata, tidak kira sebarang perubahan serantau dan antarabangsa, dasar luar Malaysia akan kekal konsisten dan tidak berubah.
>
> "Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang teguh kepada prinsip kewujudan bersama secara aman antara negara-negara lain. Kami akan kekal memilih penyelesaian aman terhadap sebarang pertelagahan berbanding cuba mempamerkan kekuatan tentera."
>
> "Kami akan terus menghormati kemerdekaan, kedaulatan serta integriti wilayah negara lain serta memupuk prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain," katanya ketika melancarkan Kerangka Kerja Dasar Luar bertajuk "Focus in Continuity: A Framework for Malaysia's Foreign Policy in a Post-Pandemic World".
>
> (Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/176583/berita/nasional/dasar-luar-malaysia-kekal-pragmatik-bebas-berprinsip-berkecuali)
Jelaskan maklumat dalam petikan tersebut dan kepentingan menjaga hubungan baik dengan negara lain.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open