Undang-undang Melaka merupakan undang-undang bertulis yang wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Undang-undang tersebut berasaskan syariah dan hukum adat.
a
Namakan undang-undang tersebut.
2 marks
b
Jelaskan hukuman terhadap perbuatan jenayah yang terdapat dalam undang-undang di 1(a).
4 marks
c
Huraikan kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara?
4 marks
210 marks
Pada 8 Mac 1956, kerajaan British dengan persetujuan Raja-raja Melayu mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid.
a
Nyatakan Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
3 marks
b
Bagaimanakah suruhanjaya tersebut melaksanakan tugasnya?
3 marks
c
Baca pernyataan berikut.
> Sikap keterbukaan amatlah penting dalam menghasilkan daya pemikiran yang kreatif dalam kalangan warga organisasi. Warga kerja akan berasa lebih dihargai dan terus menjana idea-idea dan kadang kala idea tersebut di luar daripada apa yang dijangkakan.
>
> (Sumber: https://www.bernama.com)
Huraikan pernyataan tersebut.
4 marks
310 marks
Kedaulatan merupakan aspek penting kepada sesebuah negara.
Huraikan kepentingan kedaulatan dari aspek berikut:
a(i)
Keberkesanan Pentadbiran
3 marks
a(ii)
Kecemerlangan Hubungan Luar Negara
3 marks
b
Teliti lirik lagu di bawah.
> Demi negara yang tercinta
> Dicurahkan bakti penuh setia
> Demi raja yang disanjung tinggi
> Kesetiaan tak berbelah bagi
> Kepada pemimpin, kepada rakyat
> Khidmat diberi penuh taat
> Sama bekerja sama berusaha
> Setia berkhidmat untuk semua
> Rela berkorban apa saja
>
> (Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=T5ghOn7DIt0)
Berdasarkan lirik tersebut, jelaskan peranan rakyat untuk mengekalkan kedaulatan negara.
4 marks
410 marks
Jadual berikut menunjukkan kegiatan komunis yang mengancam keselamatan negara.
| Tahun | Peristiwa |
|---|---|
| 05 Ogos 1952 | Batu Kitang, Sarawak diserang oleh komunis |
a
Nyatakan bentuk ancaman komunis yang telah menggugat keselamatan di Sarawak.
2 marks
b
Terangkan pelaksanaan perang saraf di Sarawak bagi membanteras kegiatan komunis.
4 marks
c
Pihak kerajaan mengambil tindakan tegas membendung ideologi komunis di negara kita. Beri ulasan anda.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
a
Terangkan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
b
Huraikan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
c
Baca petikan berikut.
> Apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 digubal bagi maksud pembentukan sebuah persekutuan, perkara yang menyentuh kepentingan orang Melayu sebagai bangsa asal terus diberi perhatian.
>
> Hal ini tidak pelik kerana melalui kuat kuasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Raja-Raja Melayu juga memperkenankan bangsa dan kaum asing diterima masuk sebagai warganegara.
>
> Lantaran itu, kedudukan istimewa orang Melayu diletak di bawah tanggungjawab khas Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan, yang juga berfungsi untuk memelihara kepentingan sah kaum lain. Realiti yang ada pada hari ini menunjukkan ekonomi dan kekayaan Malaysia masih dikuasai kaum bukan Melayu dan bukan anak-anak negeri.
>
> Kedudukan itu bukti kukuh bahawa Perkara 153 bukanlah satu dasar yang menghalang kaum bukan Melayu dan anak negeri untuk meraih kekayaan, jauh sekali bersifat diskriminasi yang bercanggah dengan prinsip keadilan.
>
> (Diubah suai dari sumber: Berita Harian.com.my)
Beri ulasan anda berkaitan pernyataan tersebut.
8 marks
620 marks
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) berperanan menyelesaikan isu yang melibatkan pertikaian pelbagai kaum.
a
Jelaskan peranan CLC dalam menyelesaikan isu tersebut.
6 marks
b
Terangkan kesan tindakan Jawatankuasa tersebut ke arah perpaduan kaum.
6 marks
c
Teliti petikan akhbar berikut.
> Seiring hasrat Perdana Menteri untuk membangun Malaysia Madani, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menghasilkan Kerangka Membangun Malaysia Madani melalui perpaduan dalam kepelbagaian menyepadukan program melalui Flagship Kembara Perpaduan.
>
> Dengan penambahan peruntukan melalui Bajet 2024, KPN akan melipatgandakan usaha melaksana pelbagai strategi melahirkan bangsa patriotik dalam mengukuhkan tapak integrasi nasional dan ekosistem perpaduan negara.
>
> Antara inisiatif baharu dirancang kementerian termasuk pemerkasaan Model Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang akan berperanan sebagai penggerak utama dan penjalin hubung (bridge builder) bagi merealisasikan aspirasi masyarakat progresif sambutan Minggu Perpaduan dan Harmoni Madani, inisiatif baru ini akan dijalankan bagi memupuk semangat penerimaan dan budaya hormat menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia.
>
> (Sumber: https://www.hmetro.com.my)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan cabaran mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita kini.
8 marks
720 marks
> Kejayaan pemulihan ekonomi negara, kestabilan politik dan kesejahteraan sosial yang sedang dikecapi ketika ini, adalah hasil kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang sentiasa berganding bahu menyalurkan keperluan rakyat Malaysia.
>
> (Sumber: www.sinarharian.com.my)
a
Jelaskan kerjasama tersebut dalam aspek penyediaan perumahan rakyat.
6 marks
Terangkan aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh agensi berikut:
b(i)
Rajang Area Security Command (RASCOM)
3 marks
b(ii)
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM)
3 marks
c
Teliti poster berikut.
Huraikan maklumat yang terkandung dalam poster tersebut.
8 marks
820 marks
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) adalah kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan melalui Rancangan Jangka Panjang sejak negara mencapai kemerdekaan.
a
Pelaksanaan DPN merangkumi bidang ekonomi, sosial serta kemudahan fizikal dan alam sekitar.
Huraikan strategi yang digunakan dalam merealisasikannya.
6 marks
b
Penyusunan semula masyarakat dan pembangunan wilayah mampu memperbaik ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum.
Bagaimanakah DPN dilaksanakan?
6 marks
c
Teliti poster berikut.
Berikan maklumat yang terkandung dalam poster tersebut dan cadangkan langkah-langkah membasmi kemiskinan.
8 marks
920 marks
Malaysia adalah antara negara pelopor kepada pertubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan aktif dari awal pertubuhan sehingga kini.
Jelaskan sumbangan Malaysia dalam aspek berikut:
a(i)
Penyelesaian Konflik Serantau
4 marks
a(ii)
Kerjasama Ekonomi
4 marks
a(iii)
Kerjasama Sosial
4 marks
b
Teliti infografik berikut.
Berdasarkan infografik tersebut, huraikan manfaat Go Digital ASEAN terhadap negara dan beri ulasan anda.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open