Tokoh berikut penting dalam gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.
a
Namakan tokoh:
- X
- Y
2 marks
b
Mengapakah tokoh di 1(a) melakukan gerakan nasionalisme?
4 marks
c
Kewibawaan pemimpin memberi kejayaan kepada negara.
Jelaskan pernyataan tersebut.
4 marks
210 marks
Kesungguhan Raja-raja Melayu, para pemimpin dan rakyat dalam usaha menuntut kemerdekaan telah membawa misi kemerdekaan ke London yang akhirnya menghasilkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
a
Perihalkan perjalanan rombongan ke London.
2 marks
b
Jelaskan inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
4 marks
c
Toleransi antara kaum membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.
Berikan pandangan anda.
4 marks
310 marks
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kuasa yang khusus antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
a
Nyatakan perkara yang terkandung dalam Senarai Bersama.
3 marks
b
Berikan fungsi Kerajaan Tempatan.
3 marks
c
Bagaimanakah rakyat membantu memperkasakan Kerajaan Tempatan?
4 marks
410 marks
Perpaduan kaum dan integrasi nasional dicapai oleh negara melalui pemerkasaan bahasa Melayu.
a
Nyatakan langkah-langkah bagi memartabatkan bahasa Melayu.
2 marks
b
Bagaimanakah langkah-langkah tersebut dapat dicapai?
4 marks
c
Masih ada dalam kalangan warganegara Malaysia pada hari ini yang tidak mampu berbahasa Melayu dengan baik walaupun lahir dan membesar di negara ini.
Mengapakah perkara tersebut berlaku?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union 1946.
a
Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditubuhkan?
6 marks
b
Huraikan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
c
Baca petikan berikut.
> Perlembagaan Malayan Union memindahkan segala kekuasaan Raja-raja Melayu kepada Raja Britain sekali gus telah melenyapkan kedaulatan para baginda. Manakala dalam Perlembagaan Persekutuan 1948, kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan. Walau bagaimanapun, dalam Perlembagaan Persekutuan 1948, para baginda perlu menyerahkan sebahagian daripada kekuasaan baginda bagi membolehkan kerajaan pusat yang dibentuk dapat berfungsi dalam sistem pemerintahan persekutuan. Perlembagaan Malayan Union juga dilihat memperuntukkan pelaksanaan pemerintahan bersifat kesatuan. Kerajaan pusatnya diketuai oleh seorang Gabenor yang diperuntukkan kuasa yang begitu luas. Kerajaan negeri sungguhpun dikekalkan namun tidak ditetapkan sebarang bidang kuasa kecuali jika diturunkan oleh kerajaan pusat.
>
> Perlembagaan Persekutuan 1948 pula meletakkan negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka di bawah sistem persekutuan yang menggariskan pemisahan kuasa yang jelas antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Memandangkan perbincangan mengenai Malayan Union dan Persekutuan 1948 telah banyak diperkatakan oleh para sarjana, maka kertas ini akan lebih difokuskan kepada persoalan-persoalan seperti sejauh mana mudahnya MacMichael memperoleh tandatangan Raja-raja Melayu, pelaksanaan Perlembagaan Malayan Union dan sejauh mana Perlembagaan Persekutuan 1948 telah menetapkan Raja-raja Melayu pada kedudukan seperti mana sebelum tercetusnya perang.
> (Sumber: Ubah suai daripada tulisan Mohd Rus, Ahmad Kamal Ariffin (2017) Malayan Union dan Persekutuan 1948. In: Seminar Guru Sejarah: Pemantapan dan Pengisian Ilmu Sejarah Topik Terpilih dalam Sukatan Tingkatan 5, 10-11 Ogos 2017, Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan iktibar yang boleh diambil.
8 marks
620 marks
Komunisme ialah ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Penyebaran fahaman komunis dibawa dari negara China dan Indonesia.
a
Terangkan cara kemasukan pengaruh komunis di negara kita.
6 marks
b
Ancaman komunis telah memberi impak yang besar terhadap negara kita.
Jelaskan.
6 marks
c
Gambar menunjukkan kekejaman yang dilakukan oleh pihak komunis.
Berdasarkan gambar tersebut, jelaskan kehidupan rakyat ketika zaman darurat.
8 marks
720 marks
Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan yang luas dalam pemerintahan negara.
a
Jelaskan kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
4 marks
b
Terangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
8 marks
c
Institusi Yang di-Pertuan Agong perlu dikekalkan.
Bincangkan.
8 marks
820 marks
Pembentukan Malaysia merupakan peristiwa penting dalam sejarah negara. Beberapa langkah dibuat untuk menjayakan pembentukan Malaysia.
Jelaskan tentang jawatankuasa berikut:
a(i)
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM).
4 marks
a(ii)
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).
4 marks
b
Huraikan cabaran selepas pembentukan Malaysia.
4 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> 31 Ogos 1957 dan 16 September 1963, merupakan dua hari keramat bagi negara kita. Jadi oleh yang demikian, mari kita raikan dan tunjukkan bahawa kita adalah satu generasi rakyat yang faham perjuangan bapa-bapa dan ibu-ibu kita mencapai kemerdekaan. Bagaimana harus kita tunjukkan kesetiaan dan kecintaan kita? Tidak lain dan tidak bukan adalah menerusi pematuhan terhadap semangat dan prinsip perlembagaan, di samping meraikan, menyantuni dan menjayakan hari keramat 31 Ogos. Saya syorkan mulai sekarang sehingga 31 Ogos Hari Kemerdekaan Negara dan seterusnya Hari Malaysia 16 September, kita kibarkan Jalur Gemilang dengan megah di setiap kenderaan, bangunan pejabat, di rumah dan di mana sahaja untuk menunjukkan bahawa Malaysia sekarang bangkit sebagai sebuah negara yang bersatu padu yang mempunyai cita-cita dan idealisme untuk menghayati semangat kemerdekaan itu. Mulai hari ini sehingga 31 Ogos, Hari Kemerdekaan Tanah Melayu dan 16 September, Hari Malaysia kibarkan bendera Malaysia ‘Jalur Gemilang’. Ini merupakan satu cetusan semangat baharu dan petanda perubahan dalam negara kita.
> (Sumber diubah suai daripada petikan ucapan khas Perdana Menteri, 22 Ogos 2023)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam ucapan tersebut dan langkah-langkah untuk mengukuhkan negara bangsa Malaysia.
8 marks
920 marks
Maklumat berikut merupakan isu yang dibangkitkan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa.
- Isu Palestin
- Isu Syria
a
Mengapakah isu tersebut berlaku?
4 marks
b
Bagaimanakah Malaysia menangani isu tersebut?
8 marks
c
Gambar berikut berkaitan isu keamanan dan kemanusiaan pada masa kini.
(Sumber: https://www.penerangan.gov.my/konflik-timur-tengah-2/)
Jelaskan mesej yang disampaikan melalui gambar tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open