Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada dua, iaitu golongan pemerintah dan diperintah.
a
Nyatakan golongan pemerintah.
2 marks
b
Jelaskan peranan pemerintah di 1(a).
4 marks
c
Maklumat berikut berkaitan hubungan secara timbal balik antara pemerintah dengan rakyat.
> Titah baginda, "Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumah ke bawah kaki ke atas". Maka sembah Demang Lebar Daun, "Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya".
> (Waadat antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. Sumber: W.G. Shellabear, 1995. Sejarah Melayu)
Beri ulasan anda.
4 marks
210 marks
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibarisi oleh 10 orang menteri dan turut dianggotai tiga orang pegawai British.
a
Namakan **dua** orang wakil pemimpin tempatan yang menganggotai kabinet tersebut.
2 marks
b
Jelaskan peranan kabinet pertama.
4 marks
c
Kerjasama pemimpin pelbagai kaum membawa kesejahteraan kepada negara.
Bincangkan.
4 marks
310 marks
Perlembagaan Persekutuan mempunyai keunikan kerana mengandungi ciri tradisional dan moden.
Jelaskan ciri utama Perlembagaan Persekutuan.
a(i)
Ciri tradisional
3 marks
a(ii)
Ciri moden
3 marks
b
Baca maklumat berikut.
> Kestabilan masyarakat hanya boleh dijamin dengan menggariskan peruntukan undang-undang yang jelas bagi menghalang perbuatan yang mampu mengganggu gugat ketenteraman awam. Masyarakat bertanggungjawab memastikan prinsip moral dijaga dengan baik supaya tidak menimbulkan kegelisahan awam.
> (Sumber: https://wafiq-moralitimasyarakat/malaysia)
Huraikan peranan masyarakat Malaysia bagi mendukung prinsip keluhuran perlembagaan.
4 marks
410 marks
Rajah berikut menunjukkan ancaman komunis selepas pembentukan Malaysia.
**Ancaman komunis:**
- Ancaman keselamatan di Sarawak
- Ancaman keselamatan di Semenanjung Malaysia
a
Apakah bentuk ancaman tersebut?
2 marks
b
Jelaskan langkah yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi ancaman di 4(a).
4 marks
c
> Kestabilan politik perlu diutamakan pada masa ini demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
> (Sumber: https://www.astroawani.com)
Mengapakah kestabilan politik penting kepada sesebuah negara?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
a
Jelaskan faktor penubuhan persekutuan tersebut.
6 marks
b
Huraikan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
c
Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 diterima oleh penduduk tempatan?
8 marks
620 marks
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah digubal oleh Suruhanjaya Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid.
a
Jelaskan langkah penggubalan perlembagaan tersebut.
6 marks
b
Terangkan inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
6 marks
c
Baca petikan tersebut.
> Keluhuran perlembagaan adalah prinsip bahawa kuasa kerajaan diperoleh dan dihadkan oleh badan undang-undang. Dalam erti kata lain, tiada seorang rakyat atau pemimpin berhak membuat apa-apa keputusan tanpa merujuk kepada perlembagaan negara.
>
> Di negara ini, konsep keluhuran perlembagaan adalah teras kepada sistem demokrasi yang melindungi hak asasi semua rakyat untuk membentuk kesejahteraan rakyat dan negara. Keluhuran perlembagaan memastikan pentadbiran negara dapat berfungsi dengan baik, adil, teratur dan mematuhi prinsip keadilan sosial.
>
> Perlembagaan Persekutuan menjadi dokumen penting melindungi hak rakyat daripada dicabuli pemimpin atau pun ahli politik berkepentingan sendiri. Tanpa sesebuah perlembagaan, pemimpin negara mungkin menggunakan kedudukan mereka sebagai justifikasi untuk mengubah undang-undang di negara ini tanpa semak dan imbang.
> (Sumber ubah suai: https://www.bharian.com.my)
Beri komen anda terhadap maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
720 marks
Sistem persekutuan di negara kita terbentuk berdasarkan landasan sejarah tersendiri. Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri memberikan manfaat kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
a
Jelaskan latar belakang sistem persekutuan di negara kita.
4 marks
Huraikan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam aspek berikut:
b(i)
Sosioekonomi
4 marks
b(ii)
Keselamatan dan kedaulatan negara
4 marks
c
Baca petikan berikut.
> Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, sama ada seiring jajaran politik atau tidak, perlu diperkukuh demi kepentingan rakyat keseluruhannya. Ini untuk membentuk (Malaysia) menjadi sebuah negara yang stabil politiknya dan pertumbuhan ekonominya semakin rancak kerana kita mahu pelaburan masuk. Pertumbuhan ekonomi (negara) perlu diberikan keutamaan kerana yang penting adalah kesejahteraan rakyat, bukan lagi masalah politik.
> (Sumber ubah suai: https://malaysiagazette.com/2023)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan dan cadangkan langkah untuk mengukuhkan sistem persekutuan negara kita.
8 marks
820 marks
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirangka khusus untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berdasarkan Wawasan 2020.
a
Jelaskan pelaksanaan DPN.
6 marks
b
Huraikan kebaikan DPN dalam aspek sosial.
6 marks
c
Teliti poster berikut.
Jelaskan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
8 marks
920 marks
Dasar luar negara merupakan tindakan pihak kerajaan dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain.
a
Jelaskan cabaran dalam mengukuhkan dasar luar Malaysia.
4 marks
Terangkan peranan Malaysia dalam pertubuhan berikut:
b(i)
Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)
4 marks
b(ii)
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
4 marks
c
Baca petikan berikut.
> Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian yang serius dalam aspek hubungan luar Malaysia terutama dalam menyelesaikan isu cabaran ketidaktentuan ekonomi dan politik global. Hubungan ekonomi dan perdagangan penting untuk mempelbagaikan sumber perdagangan dan pelaburan, seterusnya mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada satu-satu negara. Rakyat tanpa mengira fahaman politik perlu memberi sokongan padu kepada kerajaan bagi menghadapi cabaran luar mendatang dalam usaha mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara.
> (Sumber ubah suai: https://www.bharian.com.my)
Pada pendapat anda, bagaimanakah hubungan Malaysia dengan negara luar dapat diperkukuh?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open