Golongan Intelektual (cerdik pandai) memainkan peranan penting dalam perkembangan nasionalisme di negara kita.
Jelaskan peranan golongan intelektual berikut.
a(i)
Intelektual Melayu
3 marks
a(ii)
Intelektual Inggeris
3 marks
b
> Golongan intelektual mempunyai peranan besar dalam pembinaan dan pembangunan negara bangsa.
> (Sumber: bharian.com.my, 20 Februari 2021)
Berikan ulasan anda.
4 marks
210 marks
> Perlaksanaan Sistem Ahli banyak memberi kebaikan kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
> (Sumber: Mohd Isa Othman: Sejarah Malaysia 1800-1963)
a
Jelaskan latar belakang pembentukan Sistem Ahli.
3 marks
b
Apakah ciri-ciri Sistem Ahli?
3 marks
c
Sistem Ahli banyak memberi manfaat kepada penduduk tempatan.
Beri penjelasan anda.
4 marks
310 marks
Perlembagaan Persekutuan 1957 melambangkan kedaulatan negara kita yang merdeka namun telah mengalami pindaan utama pada tahun 1963 dan 1965.
a
Apakah maksud perlembagaan?
2 marks
b
Nyatakan perkara yang dipinda dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963 dan 1965.
4 marks
c
Terdapat segelintir masyarakat yang cuba menggugat perlembagaan negara kita pada masa ini.
Sebagai pemimpin, apakah langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya?
4 marks
410 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa yang menjejaskan keamanan negara.
> Peristiwa rusuhan kaum berlaku pada 13 Mei 1969 mencetuskan huru-hara dalam negara.
a
Nyatakan faktor tercetusnya peristiwa tersebut.
3 marks
b
Jelaskan langkah yang diambil bagi mengatasi peristiwa tersebut.
3 marks
c
Mengapakah keharmonian kaum di negara kita perlu dikekalkan?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
> Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948 antara Sultan dengan Edward Gent, wakil kerajaan British di King's House, Kuala Lumpur.
> (Sumber: Abdullah Zakaria Ghazali, 2008. "Raja, Negeri dan Perlembagaan" dlm. Sivachandralingam Sundara Raja (ed.), Sejarah Masih Relevan. Shah Alam: Karisma Publications)
a
Jelaskan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
b
Huraikan kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia.
6 marks
c
"Negara Kita Tanggungjawab Kita"
(Tema Hari Kebangsaan Tahun 1998)
Pada pandangan anda, apakah tanggungjawab rakyat terhadap negara?
8 marks
620 marks
Kemerdekaan negara 31 Ogos 1957 merupakan peristiwa yang penuh bermakna kepada rakyat dan negara.
a
Apakah yang anda faham tentang kemerdekaan?
4 marks
b
Terangkan kesan kemerdekaan terhadap negara kita.
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Menikmati kemerdekaan adalah impian hidup setiap rakyat bagi negara yang dijajah British. Kemerdekaan tidak ternilai nikmatnya kerana ia memberi peluang kepada sesebuah negara menentukan hala tuju dan masa depan.
>
> Kemerdekaan negara ini dikongsi oleh tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India serta lain-lain etnik di Sabah dan Sarawak. Pelbagai suka duka dilalui rakyat negara ini sehingga kita menikmati pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai lapangan. Kemajuan negara bukan sahaja sumbangan besar kepemimpinan negara, malah pelbagai lapisan masyarakat atau rakyat bekerja keras dalam memastikan kehidupan kita berubah.
>
> Pelbagai dasar membabitkan aspek sosioekonomi dilaksanakan kerajaan demi menjamin rakyat menikmati keselesaan dalam mengharungi perjalanan hidup. Walaupun ia dinikmati bangsa Melayu, bangsa lain juga mendapat limpahan nikmatnya. Bumi Malaysia sungguh bertuah buat pelbagai bangsa hasil tadbir urus negara sekian lama yang mementingkan kestabilan politik dan ekonomi.
>
> (Sumber: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/hargai-nikmat-kemerdekaan)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan cara anda menghargai kemerdekaan negara.
8 marks
720 marks
Majlis Raja-raja merupakan sebahagian daripada institusi Raja Berperlembagaan di negara kita.
a
Jelaskan kedudukan Majlis Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan.
4 marks
b
Huraikan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam pemerintahan negara.
8 marks
c
Petikan berikut berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
> Yang di-Pertuan Agong ialah lambang perpaduan. Baginda ialah sumber kekuatan kepada kepelbagaian dan menjadi kemuncak kepada keadilan dan keseimbangan di antara warga Malaysia.
>
> Dalam aspek keselamatan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Fungsi ini amat penting bagi keselamatan negara. Perkara ini dinyatakan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
>
> Lazimnya dalam sejarah sistem beraja, tidak mudah untuk seseorang Raja berkongsi kedaulatan bersama-sama Raja lain. Namun, atas sifat muafakat, Institusi Beraja peringkat Persekutuan kekal sehingga kini. Permuafakatan itu jelas terpancar dan kita mengharapkan ia akan terus menjadi amalan, memberi sinar yang berpanjangan kepada agama dan negara.
>
> (Sumber: Diubahsuai daripada http://www.bernama.com 2019/yang-di-pertuan-agong-lambang-permuafakatan)
Apakah mesej yang terkandung dalam petikan tersebut?
8 marks
820 marks
Rajah berikut berkaitan dengan langkah kerajaan ke arah memupuk perpaduan kaum di negara kita.
- **Perpaduan** → Bahasa Melayu
- **Perpaduan** → Sukan
a
Jelaskan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
6 marks
b
Bagaimanakah cara memupuk perpaduan kaum melalui sukan?
6 marks
c
Pada pendapat anda, apakah kepentingan perpaduan kepada negara kita?
8 marks
920 marks
Selepas mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa dan bergiat aktif seperti dalam Pergerakan Negara-Negara Tanpa Pihak (NAM) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
a
Jelaskan peranan Malaysia dalam NAM.
6 marks
b
Terangkan pelibatan Malaysia dalam OIC.
6 marks
c
Maklumat berikut adalah berkaitan dengan dasar luar Malaysia.
> - Dasar keamanan dan berkecuali
> - Dasar berbaik-baik dengan semua negara
>
> (Sumber: http://www.un.org)
Mengapakah dasar tersebut harus diamalkan oleh pemimpin negara kita?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open