Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat Kesultanan Melayu Melaka.
- Hukum Kanun Melaka
- Undang-undang Laut Melaka
a
Berikan **dua** perkara yang terkandung dalam undang-undang di atas.
2 marks
b
Jelaskan hukuman bagi kesalahan jenayah.
4 marks
c
Mengapakah undang-undang digubal oleh Kesultanan Melayu Melaka?
4 marks
210 marks
Pembentukan sistem pendidikan kebangsaan merupakan usaha ke arah melahirkan identiti bangsa dan negara.
a
Senaraikan **dua** jenis persekolahan semasa di bawah pentadbiran British.
2 marks
b
Jelaskan laporan yang dikeluarkan dalam usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan.
4 marks
c
Teliti petikan berikut.
> Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) seiring dengan matlamat utama Pendidikan kebangsaan negara sejak merdeka iaitu untuk perpaduan bangsa Malaysia. Sebab itu sekolah memainkan peranan yang penting untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa untuk menjalinkan hubungan baik dan saling bertoleransi.
> (Sumber: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan (SOSIOHUMANIS) e-ISSN 2622-6855 2022. Vol 4, No.1)
Berikan komen anda.
4 marks
310 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
**Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri** (rajah: empat kotak bercabang daripada tajuk ini)
- **X**
- Pemeliharaan Khazanah Negara
- **Y**
- Keselamatan
Nyatakan **X** dan **Y**.
2 marks
b
Bagaimanakah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menangani masalah di soalan 3(a)?
4 marks
c
> Masyarakat luar bandar hari ini berdepan dengan masalah ketidakcukupan bekalan rumah mampu milik dan harga sewa rumah yang tidak masuk akal sehingga menyebabkan mereka tiada pilihan melainkan bersesak dengan ibu bapa dan ahli keluarga lain di dalam satu rumah.
> (Sumber: https://harakahdaily.bajet-2023-isu-pemilikan-rumah/)
Ulaskan pernyataan tersebut.
4 marks
410 marks
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan berlaku ketegangan hubungan antara kaum.
a
Apakah faktor yang menyebabkan rusuhan kaum?
2 marks
b
Jelaskan langkah yang diambil bagi mengatasi masalah di soalan 4(a).
4 marks
c
Huraikan iktibar daripada peristiwa rusuhan kaum.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Penguasaan Bintang Tiga melalui MPAJA telah menimbulkan keadaan huru-hara di Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun.
a
Jelaskan tindakan yang dilakukan oleh Bintang Tiga.
4 marks
Terdapat pelbagai reaksi terhadap keganasan Bintang Tiga dalam kalangan penduduk Tanah Melayu.
b(i)
Reaksi orang Melayu.
4 marks
b(ii)
Reaksi pemimpin dan Raja-raja Tanah Melayu.
4 marks
c
Bagaimanakah langkah yang boleh diambil bagi mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?
8 marks
620 marks
Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menandatangani perjanjian dengan kerajaan British bagi menyerahkan Sabah kepada pihak British pada 26 Jun 1946.
a
Jelaskan faktor penyerahan Sabah kepada kerajaan British.
6 marks
b
Mengapakah rakyat tempatan tidak melakukan penentangan terhadap penyerahan tersebut?
6 marks
c
Bagaimanakah mewujudkan kerjasama dalam menjaga kedaulatan negara?
8 marks
720 marks
Idea pembentukan Malaysia telah dikemukakan pada akhir abad ke-19 yang melibatkan pihak British dan penduduk tempatan.
a
Jelaskan idea pembentukan Malaysia.
4 marks
b
Terangkan langkah-langkah pembentukan Malaysia.
8 marks
c
Teliti maklumat dalam petikan berikut.
> **KUALA LUMPUR**: Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan dan perlu dijiwai oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik.
>
> Temenggong Bidayuh Bahagian Kuching Datuk Austin Dimin berkata, "ia kerana sambutan berkenaan antara lain dapat memastikan perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan negara dipelihara selain membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan belia."
>
> "Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha pengorbanan pejuang-pejuang kita yang terdahulu. Tidak kurang juga ada dalam kalangan rakyat yang mengimbau kembali bibit perjuangan dan pengorbanan dilalui oleh ahli keluarga atau mungkin nenek moyang dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan dan kesejahteraan negara seperti yang dikecapi hari ini."
>
> "Mungkin bagi generasi baharu, perjuangan dan pengorbanan itu hanya didengar dan difahami daripada kisah diceritakan oleh ibu bapa atau datuk nenek selain menerusi buku teks sekolah, gambar, video, lokasi sejarah, serta mungkin artifak yang dapat diakses daripada pelbagai medium," katanya.
>
> Justeru, beliau berkata, "aktiviti promosi dan hebahan Hari Malaysia perlu diteruskan dan dipupuk supaya generasi akan datang terus memahami susur galur sejarah negara yang penuh dengan perjuangan dan pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu dalam usaha membina negara."
> (Sumber: https://www.astroawani.com)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan usaha-usaha untuk menghargai perjuangan tokoh-tokoh negara.
8 marks
820 marks
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar ekonomi Malaysia yang telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991 dan telah digunakan dari tahun 1991 hingga 2000.
(Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Pembangunan_Nasional)
a
Jelaskan strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
4 marks
b
Terangkan pelaksanaan kerajaan untuk mencapai Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
8 marks
c
Telitikan infografik berikut.
Huraikan maklumat yang terkandung dalam infografik tersebut.
8 marks
920 marks
Penggubalan dasar luar Malaysia dilaksanakan berpandukan perkembangan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat domestik dan antarabangsa.
a
Apakah matlamat penggubalan dasar luar?
4 marks
b
Huraikan pelibatan Malaysia dalam ASEAN.
8 marks
c
Gambar menunjukkan pemimpin ASEAN.
Bagaimanakah pemimpin ASEAN dapat menjalinkan persahabatan serantau yang kukuh?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open