> Pengiktirafan oleh Pegawai British-Malaya antaranya Newbold memperakui bahawa undang-undang raja yang dilaksanakan oleh kerajaan Melayu walaupun terdapat perbezaan antara satu sama lain, adalah bersumberkan Perlembagaan Melaka yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka.
>
> (Sumber: bharian.com.my/kolumnis 25 Februari 2017)
a
Senaraikan **dua** undang-undang yang digunapakai dalam Kesultanan Melayu Melaka.
2 marks
b
Bagaimanakah hukuman atas perbuatan jenayah dilaksanakan dalam undang-undang di (a)?
4 marks
c
Prinsip kepatuhan kepada undang-undang termaktub dalam Rukun Negara keempat.
**Kedaulatan undang-undang**
Jelaskan kesan pengamalan prinsip tersebut kepada masyarakat di Malaysia?
4 marks
210 marks
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan pada tahun 1955.
a
Mengapakah pilihan raya tersebut diadakan?
2 marks
b
Bagaimanakah Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 dilaksanakan?
4 marks
c
Jadual di bawah menunjukkan perkembangan kerjasama politik di Malaysia.
| Tahun pembentukan | Kerjasama politik |
|---|---|
| 1954 | Parti Perikatan |
| 1974 | Parti Perikatan menukar nama kepada Barisan Nasional |
| 1999 | Barisan Alternatif |
| 2008 | Pakatan Rakyat |
Mengapakah kerjasama politik berkembang dalam amalan demokrasi di negara kita sehingga hari ini?
4 marks
310 marks
Malaysia bukanlah kerajaan beraja yang mutlak ataupun yang turun-temurun tetapi Malaysia mempunyai Raja bergelar Yang di-Pertuan Agong yang bersemayam selama 5 tahun, mengikut satu sistem yang unik di dunia. Baginda dipilih oleh Majlis Raja-raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.
(Sumber: https://www.majlisraja-raja.gov.my)
a
Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dilantik?
2 marks
b
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa yang luas dalam pemerintahan negara meliputi kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman. Jelaskan kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam kuasa perundangan.
4 marks
c
Soalan berdasarkan petikan di bawah.
> Selain itu, Raja-raja Melayu juga telah menjadi benteng penghalang daripada memudahkan imperialis British melakukan penjajahan mutlak. Di samping berperanan menjadi benteng yang memelihara adat dan undang-undang Islam yang diguna pakai ketika itu diubah dan dibuang sepenuhnya oleh penjajah British. British sekadar berupaya memperkenalkan sistem Residen, satu bentuk penjajahan tidak langsung atau pemerintahan *de facto* yang masih mengekalkan kedaulatan Raja Melayu.
>
> (Sumber: https://www.mais.gov.my)
Berdasarkan petikan, mengapakah sistem Raja Berperlembagaan perlu dipertahankan?
4 marks
410 marks
Maklumat berikut berkaitan peristiwa yang menggugat keharmonian negara.
a
> Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 merupakan peristiwa pertumpahan darah yang dahsyat yang hampir menghancurkan negara.
Apakah faktor yang menyebabkan tercetusnya peristiwa tersebut?
2 marks
b
Terangkan langkah yang diambil bagi menghentikan peristiwa rusuhan 13 Mei 1969.
4 marks
c
Teliti maklumat berikut.
> KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, keutuhan keharmonian menerusi gagasan perpaduan berlandaskan prinsip Perlembagaan Persekutuan perlu dijadikan agenda utama, demi negara.
>
> Al-Sultan Abdullah bertitah, semangat muhibah dan saling menghormati antara kaum adalah asas kestabilan, manakala agenda perpaduan dalam konteks kebudayaan juga perlu diberi tumpuan melalui pelaksanaan program berorientasikan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
>
> (Sumber: [email protected], 13 Februari 2023)
Mengapakah keharmonian kaum di negara kita perlu dikekalkan?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Kerajaan British telah mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada 16 Jun 1948 yang berlangsung hingga 1960, iaitu selama 12 tahun. Tempoh ini merupakan titik hitam dalam sejarah negara yang perlu dijadikan bahan renungan generasi terkini.
a
Jelaskan peristiwa yang membawa kepada pelaksanaan darurat di Tanah Melayu.
4 marks
b
Huraikan kesan zaman darurat yang menggugat keamanan dan kestabilan kehidupan penduduk tempatan.
8 marks
c
Teliti pernyataan berikut.
> Bagi rakyat Malaysia hari ini, kita harus menghargai pengorbanan generasi silam yang bertungkus-lumus untuk menjadikan negara ini aman damai sebagai bumi tumpah darah kita yang sewajarnya dipertahankan bersama dengan apa cara juga sekalipun demi kesinambungan generasi sebuah negara tercinta.
>
> (Sumber: Mingguan Siasah, 16 – 22 Mac 2012)
Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan keamanan negara?
8 marks
620 marks
Sistem Ahli yang diperkenalkan pada 1 April 1951 merupakan satu langkah bagi menyediakan Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri.
a
Terangkan ciri-ciri Sistem Ahli.
6 marks
b
Pelaksanaan Sistem Ahli memberi kebaikan kepada penduduk tempatan.
Huraikan penyataan ini.
6 marks
c
Teliti poster berikut.
Sejauh manakah kejayaan yang telah dicapai oleh Sistem Ahli dalam membentuk negara dan bangsa Malaysia sehingga kini?
8 marks
720 marks
Penyataan berikut berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.
> "Di Malaysia, Islam termaktub sebagai agama Persekutuan, namun sudah lama kebebasan beragama diamalkan. Hak ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Bukan semata-mata untuk Islam tetapi hak-hak kepercayaan agama-agama yang lain selama mana ia tidak mengganggu ketenteraman, menyusahkan atau tidak membawa kepada mudarat mana-mana pihak," - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
>
> (Sumber: Harian Metro, 17 April 2021)
a
Jelaskan ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan?
6 marks
b
Terangkan aspek pindaan yang terdapat dalam Pindaan Perlembagaan pada tahun 1963.
6 marks
c
Pindaan Perlembagaan dapat menjaminkan kesejahteraan dan kedaulatan negara sehingga hari ini.
Huraikan kepentingan pindaan perlembagaan dalam mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum?
8 marks
820 marks
a
Jelaskan matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
4 marks
b
Huraikan langkah kerajaan dalam melaksanakan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
8 marks
c
Teliti maklumat berikut.
> Kebanyakan negara di dunia memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi meningkatkan produktiviti dan memastikan ekonomi negara dapat terus bersaing di peringkat antarabangsa. Namun, Malaysia berada pada fasa kebimbangan yang ketara berikutan kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan industri.
>
> Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah institusi pendidikan berorientasikan kemahiran untuk meningkatkan jumlah modal insan berkemahiran tinggi dengan memberi penekanan terhadap amalan industri.
>
> Negara maju seperti Jerman, Korea Selatan dan Singapura menjadikan TVET sebagai tunjang kekuatan sistem pendidikan mereka. Di Jerman, lebih kurang 60 peratus pelajarnya belajar di sekolah vokasional.
>
> Di Malaysia, dua institusi TVET awam iaitu Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) Dusun Tua dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada 1964 untuk memberi latihan kemahiran kepada belia.
>
> Selain itu, negara di seluruh dunia kini menerima kesan pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim. Bencana seperti banjir, tanah runtuh dan gempa bumi cukup memberi kesan dahsyat kepada manusia sehingga ramai pakar tidak dapat menjangka dengan tepat bila dan di mana bencana ini akan berlaku. Bagaimanapun, ada dalam kalangan graduan TVET yang kurang memiliki kemahiran hijau yang diperlukan oleh industri.
>
> (Sumber: https://www.hmetro.com.my/rencana, 8 Februari 2022)
Jelaskan cabaran yang dihadapi negara dan bagaimanakah cara untuk menangani cabaran tersebut?
8 marks
920 marks
Non-Governmental Organization (Pertubuhan Bukan Kerajaan)
Kejadian Tsunami 2004 telah menarik perhatian Malaysia untuk sama-sama membantu. Terdapat NGO yang tampil ke hadapan untuk memberi bantuan.
Terangkan peranan NGO berikut dalam misi kemanusiaan di Aceh dan Sri Lanka.
a(i)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4 marks
a(ii)
Yayasan Restu
4 marks
a(iii)
MERCY Malaysia
4 marks
b
Pada pendapat anda, apakah faedah yang diperolehi oleh Malaysia dengan penglibatan agensi di atas dalam memberi bantuan kepada sesebuah negara?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open