Kesedaran awal semangat nasionalisme dapat ditelusuri sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Semangat tersebut terus berkembang selepas kedatangan penjajah British di negara kita.
a
Apakah maksud nasionalisme?
2 marks
b
Jelaskan kesedaran nasionalisme di negara kita sehingga awal abad ke-20.
4 marks
c
Perkembangan nasionalisme di negara luar turut memberi kesan ke atas negara kita.
Beri penjelasan anda.
4 marks
210 marks
Sabah menjadi tanah jajahan British apabila Syarikat Borneo Utara British menandatangani perjanjian penyerahan Sabah kepada kerajaan British pada 26 Jun 1946.
a
Senaraikan **dua** faktor penyerahan tersebut.
2 marks
b
Jelaskan kedua-dua faktor penyerahan dalam 2(a).
4 marks
c
Teliti poster berikut.
Beri cadangan anda untuk menyemai semangat patriotik berdasarkan poster tersebut.
4 marks
310 marks
Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa seiring dengan kemerdekaan negara kita. Gabungan unsur tradisional dan moden menunjukkan keunikan sistem perlembagaan tersebut.
a
Apakah yang anda faham tentang Perlembagaan Persekutuan?
2 marks
Jelaskan ciri utama Perlembagaan Persekutuan berikut:
b(i)
Ciri tradisional
2 marks
b(ii)
Ciri moden
2 marks
c
Baca petikan berikut.
> Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan ini penting kerana bahasa merupakan jambatan penghubung antara masyarakat yang berbilang budaya dan etnik.
> (Sumber: Diubah suai daripada Sari – International Journal of the Malay World and Civilisation 29 (1) (2011))
Berikan ulasan anda.
4 marks
410 marks
Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal untuk membentuk kebudayaan kebangsaan dan melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu.
a
Nyatakan **dua** prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
2 marks
b
Senaraikan **dua** matlamat pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
2 marks
c
Namakan **dua** agensi yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan dasar tersebut.
2 marks
d
Kebudayaan kebangsaan perlu dipelihara bagi mengekalkan perpaduan kaum.
Ulaskan.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang bertulis iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
Jelaskan kandungan Hukum Kanun Melaka dalam aspek berikut:
a(i)
Kekeluargaan
4 marks
a(ii)
Ekonomi
4 marks
b
Pernyataan berikut berkaitan undang-undang di Melaka.
> Hukuman bunuh akan dijatuhkan kepada mereka yang melakukan kesalahan
Huraikan kesalahan tersebut.
4 marks
c
Baca petikan berikut.
> Keadaan tegang yang menggugat perpaduan juga tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia sekiranya kita leka dan tidak mendukung prinsip keempat Rukun Negara yang mendaulatkan undang-undang. Tujuan penguatkuasaan undang-undang itu bukan medium untuk menghukum, tetapi untuk memastikan kerukunan sesuatu perkara dapat berlangsung dengan sempurna demi kebaikan bersama, menurut Pakar Perlembagaan Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz.
>
> "Kerajaan dan rakyat keseluruhannya terikat dengan undang-undang dan wajib mematuhinya. Inilah prinsip utama dalam konsep kedaulatan undang-undang. Kedudukan semua warganegara sama di sisi undang-undang, dari individu biasa hingga pimpinan tertinggi. Apabila undang-undang diutamakan, tiada lagi ruang yang wujud untuk tindakan sewenangnya," katanya kepada Bernama sempena sambutan ulang tahun Rukun Negara ke-50 bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan 2020, yang dijadual pada 9 Julai ini.
>
> Menjelaskan lebih lanjut prinsip keempat Rukun Negara itu, Shamrahayu berkata rakyat Malaysia dilihat sebagai sebuah bangsa yang sentiasa bersedia mendepani cabaran dengan penuh disiplin yang menjadi kunci keamanan dikecapi negara sehingga hari ini.
> (Sumber: Bernama Online, 2020)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
620 marks
Majlis Perundangan Persekutuan dibentuk pada tahun 1948. Selepas pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 beberapa perubahan berlaku yang membawa kepada penubuhan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.
Jelaskan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan berikut:
a(i)
Majlis Perundangan Persekutuan 1948
3 marks
a(ii)
Majlis Perundangan Persekutuan 1955
3 marks
b
Terangkan peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.
6 marks
c
Baca petikan berikut.
> Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang dikenali dengan kemajmukan kaumnya, mengambil pendekatan kesamarataan dalam menggubal sebarang dasar secara berhati-hati. Ketaksuban memperkenalkan konsep kesamarataan pastinya akan membunuh konsep keadilan.
> (Sumber: Diubah suai daripada malaysiagazette.com, 23 April 2024)
Berikan ulasan anda.
8 marks
720 marks
Maklumat berikut merupakan peringkat pentadbiran negara berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
- Kerajaan Persekutuan
- Kerajaan Negeri
- Kerajaan Tempatan
a
Bagaimanakah pembahagian kuasa tersebut dilaksanakan?
4 marks
b
Jelaskan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam rajah berikut.
Rajah: "Kerajaan Persekutuan – Kerajaan Negeri" di tengah atas, dihubungkan dengan tiga bidang:
- Pembangunan sosioekonomi
- Pemuliharaan khazanah negara
- Perumahan rakyat
8 marks
c
Petikan berikut berkaitan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
> Melalui kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, kebahagiaan dan kepuasan rakyat dalam hidup boleh dicapai. Kedua-dua kerajaan saling membantu menyediakan keperluan asas dan kemudahan perumahan. Walaupun keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya, kerajaan akan terus komited menjalankan usaha-usaha menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk. Penyelarasan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri amat penting untuk mengukuhkan persekutuan. Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri diadakan untuk membincangkan pelaksanaan dasar kerajaan.
> (Sumber: https://mytownnet.planmalaysia.gov.my)
Mengapakah kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri penting berdasarkan petikan tersebut?
Bagaimanakah sistem persekutuan dapat diperkukuh?
8 marks
820 marks
Rancangan pembangunan lima tahun selepas pembentukan Malaysia bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).
a
Jelaskan isu pembangunan dan ekonomi pada masa tersebut.
4 marks
b
Bagaimanakah isu tersebut diatasi oleh kerajaan?
8 marks
c
Teliti gambar berikut.
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam gambar tersebut dan berikan pandangan anda.
8 marks
920 marks
Dasar luar Malaysia memasuki fasa baharu sejak tahun 1970-an dalam bidang ekonomi, sosial dan politik di peringkat antarabangsa.
a
Jelaskan cabaran dalam usaha mengukuhkan dasar luar Malaysia.
6 marks
Terangkan pelibatan Malaysia dalam kerjasama berikut:
b(i)
Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
3 marks
b(ii)
Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)
3 marks
c
Teliti sajak berikut.
> **Makna Sebuah Rantau**
> - dari semangat pembentukan ASEAN
>
> Ketika digagaskan gabungan
> Negarawan mengintikan perpaduan.
>
> Suluh rantau yang berpetak
> Seringkali sukar mempersandingkan gerak.
>
> Mengambil iktibar lidi sebatang
> Kekuatan ASEAN rentang-merentang.
>
> Silih berganti upaya dikisar
> Suara yang kecil berubah besar.
>
> Ketika rantau diberikan nama
> Letak dan duduknya sejajar saksama.
>
> Lalu bertali-temalilah sidang dan rancang
> Pupuk-memupuk ke pelangi pencapaian.
>
> Dinamika itu gugus prakarsa
> Tawa dan tangis negarawan memeriksa.
>
> ASEAN pohon teguh menembus ruang
> Saat dijanakan seluruh perjuangan.
>
> Sentiasa mengutuskan warkah berpaksi
> Dunia memandang ufuk lebih bersegi.
>
> Ketika sempadan negara dirapatkan
> Terbetik impian mengikat kebangkitan.
>
> (Pencipta: Lim Swee Tin, 2015)
Jelaskan mesej yang terkandung dalam sajak tersebut dan manfaat bersahabat dengan negara jiran.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open