Gerakan nasionalisme yang berlaku di negara Barat telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Asia dan Asia Tenggara.
a
Apakah maksud nasionalisme?
2 marks
Jelaskan faktor tercetusnya gerakan nasionalisme berikut:
b(i)
Revolusi Keagungan (1688)
2 marks
b(ii)
Revolusi Amerika (1776)
2 marks
c
Apakah iktibar yang diperolehi daripada peristiwa revolusi yang berlaku di Barat?
4 marks
210 marks
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949 yang menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum.
a
Apakah matlamat penubuhan CLC?
2 marks
b
Bagaimanakah CLC berperanan untuk menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum?
4 marks
c
Teliti maklumat berikut.
> Usaha mengekalkan keharmonian negara yang memiliki masyarakat berbilang kaum dilihat bukan satu perkara yang mudah dan boleh dipandang enteng. Justeru, semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing.
>
> (Sumber ubah suai: www.sinarharian.com.my)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
4 marks
310 marks
Kebebasan asasi adalah penting kepada setiap umat manusia kerana ia merupakan kebebasan yang dimiliki oleh setiap umat manusia sejak dilahirkan di dunia ini.
(Sumber: https://doi.org./10.17576/juum-2016-20-01)
a
Nyatakan tiga cabang amalan demokrasi yang diamalkan dalam sistem pemerintahan di negara kita.
3 marks
b
Takrifkan kebebasan asasi berdasarkan perlembagaan persekutuan.
3 marks
c
Mengapakah kebebasan asasi penting kepada individu?
4 marks
410 marks
Usul pembentukan Malaysia dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961 dan mendapat sokongan majoriti ahli dewan.
Bagaimanakah langkah berikut memainkan peranan dalam Pembentukan Malaysia?
a(i)
Suruhanjaya Cobbold
3 marks
a(ii)
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
3 marks
b
Ramalkan keadaan sekiranya Suruhanjaya Cobbold tidak dibentuk pada bulan Januari 1962.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 adalah lambang kejayaan perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan maruah bangsa dan negara.
a
Terangkan faktor-faktor yang mendorong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
b
Jelaskan ciri-ciri yang terkandung dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
c
Baca petikan berikut.
> Dalam konteks Malaysia, patriotisme perlu ada pada diri setiap rakyat Malaysia. Ini kerana kemerdekaan yang kita kecapi bukan dicapai dalam masa yang singkat. Sebaliknya, berlangsung dalam suasana dramatik dan tidak harus dilupakan bagi mengekalkan kesinambungan kemerdekaan dicapai.
>
> Semangat patriotisme terhadap negara tidak sewajarnya timbul hanya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan atau apabila negara berada dalam ancaman musuh semata-mata.
>
> Dalam keadaan aman umpamanya, semangat patriotisme seharusnya menjadi pendorong setiap rakyat yang cintakan negaranya untuk bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh bagi membangun dan memajukan negaranya.
>
> (Sumber: www.bharian.com.my)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan berikan komen anda.
8 marks
620 marks
Antara tugas Suruhanjaya Reid termasuklah membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka.
a
Jelaskan Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
6 marks
b
Huraikan memorandum yang dikemukakan oleh parti politik dan pihak awam dalam langkah penggubalan perlembagaan tersebut.
6 marks
c
Permuafakatan menjamin kestabilan politik negara.
Bincangkan.
8 marks
720 marks
Rajah berikut berkaitan struktur pentadbiran Persekutuan berteraskan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
- **Yang di-Pertuan Agong** (di atas)
- **Majlis Raja-Raja** (bersambung dengan Yang di-Pertuan Agong)
- Di bawahnya: **Badan Perundangan** | **Badan Eksekutif** | **Badan Kehakiman**
a
Apakah fungsi Majlis Raja-Raja dalam sistem pemerintahan di atas?
4 marks
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa pemerintahan yang luas di negara kita. Jelaskan kuasa baginda dalam aspek berikut.
b(i)
Kuasa Eksekutif
4 marks
b(ii)
Kuasa Perundangan
4 marks
c
Mengapakah institusi Raja Berperlembagaan perlu dipertahankan?
8 marks
820 marks
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat pada 17 Jun 1991.
a
Terangkan strategi pelaksanaan Dasar Pembangunan Negara di negara kita.
6 marks
b
Huraikan usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dalam pelaksanaan DPN.
6 marks
c
Teliti maklumat berikut.
> Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.
>
> Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan;
>
> DPN telah mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini.
>
> (Sumber ubah suai: https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/08DASAR_PEMBANGUNAN_NASIONAL.pdf)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan cadangkan langkah memajukan Malaysia.
8 marks
920 marks
Jadual berikut menunjukkan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau.
| TAHUN | PERTUBUHAN |
| --- | --- |
| 1961 | Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) |
| 1963 | Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) |
| 1967 | Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) |
a
Jelaskan latar belakang kewujudan pertubuhan tersebut.
4 marks
b
Terangkan pelibatan Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk kemajuan dan kemakmuran bersama.
8 marks
c
> Suara Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN terus dihormati dan menjadi contoh kepada negara-negara lain dalam menangani isu-isu global.
>
> (Sumber ubah suai: moha.gov.my 2017)
Beri ulasan anda.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open