Peta berikut berkaitan negara yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama di Eropah.
a
Nyatakan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama.
3 marks
b
Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara Eropah.
3 marks
c
Pada pandangan anda, mengapakah peperangan harus dielakkan?
4 marks
210 marks
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949 yang menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum.
a
Senaraikan anggota jawatankuasa tersebut.
2 marks
b
Jelaskan peranan jawatankuasa tersebut dalam membentuk persefahaman antara pemimpin.
4 marks
c
Pepatah berikut menggambarkan amalan pemuafakatan dalam masyarakat di negara kita.
> Bulat air kerana pembentung
> Bulat manusia kerana muafakat
Mengapakah amalan tersebut penting dalam menjamin keharmonian?
4 marks
310 marks
Sukan adalah medium memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia.
a
Nyatakan **dua** aktiviti sukan di negara kita.
2 marks
b
Apakah usaha kerajaan dalam memartabatkan sukan di peringkat antarabangsa?
4 marks
c
Gambar berikut menunjukkan atlet yang telah berjaya dalam kejohanan sukan di negara kita.
Bagaimanakah sukan dapat merealisasikan gagasan 'Keluarga Malaysia'?
4 marks
410 marks
Dasar luar Malaysia turut mencakupi isu-isu yang berkaitan kelestarian alam sekitar.
a
Nyatakan usaha negara dalam melaksanakan Deklarasi Langkawi.
3 marks
b
Terangkan pelibatan Malaysia dalam isu Antartika.
3 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Di Malaysia, banjir besar melanda negara pada hujung tahun lalu, meragut puluhan nyawa dan puluhan ribu mangsa terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala ramai hilang tempat tinggal.
> (Sumber: https://www.bharian.com.my/)
Apakah persediaan negara bagi menghadapi fenomena bencana alam?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Sebelum Perang Dunia Kedua, kegiatan penulisan dan persatuan menjadi medium perjuangan golongan intelektual mendaulatkan negara bangsa di Tanah Melayu.
a
Jelaskan perjuangan golongan intelektual melalui penulisan karya kreatif.
4 marks
Bagaimanakah persatuan berikut menggerakkan nasionalisme di Tanah Melayu?
b(i)
Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
4 marks
b(ii)
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
4 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> **KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2021** : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru rakyat Malaysia untuk mengimbau kembali semangat patriotisme dan cintakan tanah air yang telah tertanam sejak enam dekad lalu.
>
> Dalam kenyataan media Istana Negara hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa, semangat itulah yang telah menyatu-padukan rakyat sekaliannya dengan tekad dan iltizam, untuk bangkit menentang penjajah, sehingga kemerdekaan yang diidamkan menjadi sebuah realiti.
> (Sumber: http://astroawani.com/316985/2021/08)
Jelaskan mesej yang terdapat dalam petikan tersebut dan cabaran mempertahankan kemerdekaan negara.
8 marks
620 marks
Maklumat berikut berkaitan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
> Sebuah Suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan mengesyorkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
> (Sumber: http://www.arkib.gov.my)
a
Jelaskan Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
4 marks
b
Huraikan langkah penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
8 marks
c
Kebijaksanaan pemimpin memacu kemajuan negara.
Kemukakan hujah anda untuk menyokong pernyataan tersebut.
8 marks
720 marks
Perlembagaan Persekutuan mempunyai keunikan kerana mengandungi ciri tradisional dan moden.
a
Jelaskan ciri tradisional perlembagaan Persekutuan Malaysia.
6 marks
b
Perlembagaan Persekutuan telah dipinda beberapa kali selepas negara mencapai kemerdekaan.
Mengapakah pindaan tersebut dilakukan?
6 marks
c
Sebagai generasi muda, bagaimanakah anda mendaulatkan undang-undang negara?
8 marks
820 marks
Terdapat beberapa persidangan dan jawatankuasa dibentuk dalam membincangkan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Persekutuan Malaysia.
(Sumber: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/09)
a
Jelaskan siri lawatan pemimpin negara dalam usaha pembentukan gagasan Malaysia.
4 marks
Terangkan tentang jawatankuasa berikut:
b(i)
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)
4 marks
b(ii)
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
4 marks
c
Hari Malaysia memberikan makna yang cukup besar kepada rakyat kerana ia adalah detik penting dalam menyatukan rakyat di ketiga-tiga wilayah pada ketika itu.
(Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/38440)
Jelaskan iktibar yang boleh dipelajari daripada pembentukan Malaysia.
8 marks
920 marks
Gambar berikut berkaitan dengan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
a
Jelaskan latar belakang penubuhan ASEAN.
4 marks
b
Huraikan sumbangan Malaysia dalam ASEAN.
8 marks
c
Malaysia memilih untuk menyelesaikan masalah dengan negara lain melalui perundingan atau meja bulat dan menolak sekeras kerasnya pendebatan apatah lagi secara kekerasan dan paksaan.
(Sumber: https://www.pmo.gov.my)
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan dasar berbaik-baik Malaysia dengan semua negara?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open