Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran dan undang-undang yang tersusun sehingga berjaya menjadi sebuah kerajaan yang unggul.
a
Senaraikan **dua** pembesar dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan.
2 marks
b
Jelaskan isi kandungan Hukum Kanun Melaka.
4 marks
c
Huraikan kepentingan mematuhi undang-undang untuk kesejahteraan negara.
4 marks
210 marks
Ideologi komunis disebarkan di negara kita bermula sejak tahun 1920-an. Ideologi ini telah dibawa oleh Parti Komunis Malaya (PKM).
a
Nyatakan **dua** cara PKM menyebarkan ideologi mereka.
2 marks
b
Jelaskan tindakan komunis yang mengancam ketenteraman di negara ini.
4 marks
c
Jelaskan kesan sekiranya ancaman komunis gagal diatasi.
4 marks
310 marks
Rajah menunjukkan pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
a
Senaraikan **tiga** bidang kuasa senarai bersama.
3 marks
b
Mengapakah pembahagian kuasa penting dalam sistem persekutuan di Malaysia?
3 marks
c
> Di samping itu, hubungan akrab antara pusat dan negeri memberi gambaran bahawa suatu kerjasama mesti berlaku yang memerlukan libat urus. Pertemuan, perbincangan dan perkongsian maklumat mesti dilakukan atas semangat saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Teladan profesional kepimpinan negeri dan Persekutuan atas konsep 'federalisme' akan memberi pengharapan kepada seluruh rakyat.
>
> (Laman web Majlis Keselamatan Negara)
Huraikan kepentingan sikap kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri dalam membangunkan negara.
4 marks
410 marks
Negara kita menghadapi pelbagai cabaran selepas pembentukan Malaysia.
a
Nyatakan dua cabaran dalam pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah.
2 marks
b
Jelaskan kedua-dua cabaran dalam 4(a).
4 marks
c
Teliti poster berikut.
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat. Contoh nasionalisme anti raja ialah Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis manakala idea nasionalisme dikaitkan dengan perjuangan iaitu Revolusi Amerika.
a
Apakah maksud nasionalisme?
4 marks
Jelaskan peristiwa yang membawa kepada tercetusnya revolusi berikut:
b(i)
Revolusi Keagungan di England
4 marks
b(ii)
Revolusi Perancis
4 marks
c
Gerakan nasionalisme di Barat telah mencetuskan kesedaran dan kebangkitan memperjuangkan kedaulatan negara.
Apakah iktibar yang boleh diambil daripada gerakan nasionalisme tersebut?
8 marks
620 marks
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948 antara Sultan dengan Edward Gent, wakil kerajaan British di King's House, Kuala Lumpur.
(Sumber: Raja, Negeri dan Perlembagaan, *Sejarah Masih Relevan*)
a
Mengapakah Perjanjian Persekutuan ini diterima oleh kedua-dua pihak?
6 marks
b
Jelaskan ciri-ciri persekutuan tersebut.
6 marks
c
Baca maklumat dalam petikan tersebut.
> Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan pada 1 April 1946 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948, meskipun telah melahirkan sebuah negara bangsa baru, namun dari segi perundangan dan struktur pemerintahannya memperlihatkan pertentangan yang ketara. Perlembagaan Malayan Union, memindahkan segala kekuasaan Raja-raja Melayu kepada Raja Britain sekaligus telah melenyapkan kedaulatan para baginda. Manakala dalam Perlembagaan Persekutuan 1948, kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan.
>
> (Sumber: https://eprints.um.edu.my/17835/1/DR_AHMAD_KAMAL.pdf)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan di atas.
8 marks
720 marks
Gambar berikut merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong Ketujuh Belas.
a
Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dipilih?
4 marks
b
Terangkan bidang kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia.
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan tersebut.
> Majlis Raja-Raja mempunyai hubungan dengan Kesultanan Melayu bukan sahaja kerana raja-raja menjadi anggota majlis berkenaan, tetapi kerana majlis juga diberi tanggungjawab mengambil alih kuasa pengampunan di peringkat negeri. Majlis Raja-Raja juga berada dalam kedudukan menjadi jurubicara bagi institusi beraja dan pihak yang mempertahankan kepentingan dan kehormatan institusi berkenaan.
>
> Majlis Raja-Raja juga boleh berfungsi sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong. Nasihat yang boleh diberikan perlu dibataskan kepada soal-soal yang bersifat budi bicara, yang tidak terletak di bawah penguasaan kabinet. Hubungan Majlis Raja-Raja dengan institusi beraja wujud dalam pelbagai bentuk. Yang terpenting ialah kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja sebagai pihak berkuasa yang diberi kuasa mempertahankan segala keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja daripada dikurangi oleh Parlimen. Kuasa ini dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan sejak tahun 1957.
>
> (Sumber ubah suai: Abdul Aziz Bari, 2002. Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia, DBP. Kuala Lumpur)
Jelaskan maklumat dalam petikan tersebut dan mengapakah institusi ini perlu dikekalkan.
8 marks
820 marks
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diluncurkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat pada 17 Jun 1991.
a
Apakah yang anda faham tentang dasar ini?
4 marks
Bagaimanakah dasar ini menyelesaikan isu berikut:
b(i)
Pembasmian kemiskinan
4 marks
b(ii)
Penyusunan semula masyarakat
4 marks
c
Poster berkaitan Dasar Membeli Barangan Buatan Malaysia.
Huraikan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut.
8 marks
920 marks
Malaysia melaksanakan dasar luar yang pragmatik, bebas, berprinsip dan berkecuali. Justeru, Malaysia terus komited berganding bahu membina semangat setia kawan dan bekerjasama dengan Komanwel, sebuah badan antarabangsa yang dianggotai oleh negara bekas tanah jajahan dan naungan British yang telah merdeka.
(Sumber ubah suai: https://www.andrewchoo.edu.my/wp-content/uploads/2016)
a
Jelaskan faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar negara kita.
4 marks
b
Bincangkan manfaat Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel.
8 marks
c
Gambar menunjukkan pendirian Malaysia dalam isu Palestin.
Jelaskan pendirian Malaysia dalam isu tersebut dan rasional pemimpin kita mengambil pendirian sedemikian.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open