Dialog tersebut berkaitan waadat antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.
> **Sang Sapurba:** Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.
>
> **Demang Lebar Daun:** Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah.
>
> (Sumber: W.G. Shellabear, 1995, Sejarah Melayu. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.)
a
Apakah yang anda faham tentang konsep waadat?
2 marks
b
Jelaskan peranan rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka yang selaras dengan konsep waadat.
4 marks
c
Apakah kesan jika waadat tersebut tidak berlaku?
Beri penjelasan anda.
4 marks
210 marks
a
Nyatakan dua negara yang mengamalkan ideologi komunis.
2 marks
b
Jelaskan usaha kerajaan untuk menangani ancaman komunis di negara kita.
4 marks
c
Baca pernyataan berikut.
> Komunis ialah satu fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara.
Mengapakah fahaman tersebut perlu ditolak oleh penduduk di negara kita?
4 marks
310 marks
Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi dan menjadi panduan dalam sistem pemerintahan negara.
Jelaskan ciri Perlembagaan Persekutuan berikut:
a(i)
Ciri tradisional
3 marks
a(ii)
Ciri moden
3 marks
b
> Perlembagaan merupakan dokumen penting membentuk asas dan struktur negara berdaulat. Perlembagaan bertujuan menjamin kestabilan politik dan keadilan sosial.
>
> (Sumber diubahsuai daripada: https://www.bharian.online, September 2023)
Ulaskan petikan tersebut.
4 marks
410 marks
Rancangan Malaysia Pertama diperkenalkan oleh kerajaan untuk menangani isu pembangunan dan ekonomi negara selepas pembentukan Malaysia.
a
Apakah isu pembangunan ekonomi tersebut?
3 marks
b
Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi isu di 4(a).
3 marks
c
Kemakmuran ekonomi dapat menjamin kesejahteraan rakyat di negara kita.
Beri komen anda.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
a
Jelaskan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
b
Mengapakah penduduk tempatan tidak menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
6 marks
c
Persekutuan Tanah Melayu 1948 merintis kepada wujudnya kerjasama pelbagai kaum di negara kita sehingga kini.
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
8 marks
620 marks
Peta berikut menunjukkan perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London.
a
Jelaskan perjalanan rombongan tersebut.
6 marks
b
Huraikan kejayaan rundingan kemerdekaan.
6 marks
c
Teliti maklumat dalam petikan berikut.
> Malaysia sangat unik kerana kita mencapai kemerdekaan secara aman tanpa pertumpahan darah dan masyarakat tidak melalui penderitaan seperti negara lain. Pemimpin kita mementingkan rundingan sebagai saluran terbaik dengan strategi bijaksana membuahkan pencapaian kemerdekaan.
>
> Kemerdekaan dicapai melalui semangat perpaduan dan permuafakatan pelbagai bangsa. Kebijaksanaan pemimpin terdahulu perlu diteladani pemimpin sekarang kerana mereka menyelamatkan negara ini daripada kekacauan dan konflik yang boleh membawa kesengsaraan kepada rakyat.
>
> (Sumber ubah suai: https://www.bharian.com.my, 29 Ogos 2023)
Berdasarkan petikan tersebut, ulaskan keunikan Malaysia mencapai kemerdekaan.
8 marks
720 marks
Malaysia mengamalkan prinsip demokrasi sebagai salah satu asas pemerintahan negara.
a
Jelaskan sistem pilihan raya dalam amalan demokrasi di negara kita.
6 marks
b
Mengapakah amalan demokrasi perlu dikekalkan?
6 marks
c
Teliti gambar berikut.
Huraikan maklumat yang terkandung dalam gambar tersebut.
8 marks
820 marks
a
Jelaskan sejarah pembentukan Rukun Negara.
4 marks
b
Rukun Negara mempunyai lima prinsip yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia.
Terangkan prinsip tersebut.
8 marks
c
Baca petikan berikut.
> Lima prinsip Rukun Negara bukan hanya setakat perlu dihafal dan dihayati, sebaliknya ia perlu dipraktikkan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini, agar perpaduan lebih utuh dan elakkan sengketa antara kaum. Kelima-lima prinsip Rukun Negara seharusnya dijunjung oleh rakyat Malaysia pada setiap masa.
>
> Semua rakyat telah didedahkan dengan lima prinsip Rukun Negara ketika di bangku sekolah sejak ia diperkenalkan pada tahun 1970, dengan menghafal dan menghayati setiap daripada prinsipnya.
>
> Pengamalan Rukun Negara dalam kehidupan seharian dilihat masih banyak kekurangannya dan kerana itulah banyak isu membabitkan perkauman dan keagamaan sering timbul, sehingga mewujudkan sengketa dalam kalangan pelbagai kaum.
>
> Malaysia memerlukan kekuatan dan komitmen seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, bagi melonjakkan negara ke tahap terbaik dan bermaruah, selain tidak boleh menyisihkan atau memusuhi mana-mana kelompok serta kaum sama ada majoriti mahupun minoriti atas apa jua alasan.
>
> (Sumber ubah suai: Astroawani.com, 11 April 2024)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan huraikan kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara.
8 marks
920 marks
a
Jelaskan matlamat dasar luar Malaysia.
4 marks
b
Terangkan faktor penggubalan dasar luar Malaysia.
8 marks
c
Infografik berikut berkaitan dengan keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa.
**KEANGGOTAAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SERANTAU DAN ANTARABANGSA**
| Logo | Pertubuhan |
|---|---|
| Logo ASEAN | **Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)** — Ditubuhkan pada tahun 1967; Meningkatkan semangat setiakawan dalam kalangan negara serantau |
| Logo OIC | **Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)** — Ditubuhkan pada tahun 1969; Mewujudkan kerjasama di antara umat Islam sedunia |
| Logo PBB | **Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)** — Ditubuhkan pada tahun 1945; Mengekalkan keamanan dan kestabilan dunia |
Mengapakah Malaysia perlu memperkukuhkan keanggotaan dalam pertubuhan tersebut?
Berikan penjelasan anda.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open