Pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka telah lahir dua buah undang-undang.
(Sumber: jmm.gov.my)
a
Senaraikan **dua** undang-undang tersebut.
2 marks
b
Jelaskan undang-undang di (1a).
4 marks
c
Berikut adalah prinsip Rukun Negara yang keempat.
> Kedaulatan undang-undang
Mengapakah prinsip tersebut dijadikan sebagai prinsip Rukun Negara?
4 marks
210 marks
Sistem Ahli dilaksanakan pada bulan April 1951 hingga bulan Jun 1955.
(Sumber: www.academia.edu)
a
Nyatakan ***tiga*** portfolio yang terdapat dalam sistem tersebut.
3 marks
b
Jelaskan kepentingan sistem di atas.
3 marks
c
Baca pernyataan berikut.
> Sistem Ahli disifatkan satu simbol penyatuan kaum yang tercapai atas dasar persefahaman dan tolak ansur.
> (Sumber ubah suai: utusan.com.my)
Jelaskan pernyataan berikut.
4 marks
310 marks
Kewujudan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja berperanan sebagai juruaudit tambahan dari segi perlembagaan.
(Sumber: bharian.com.my)
a
Nyatakan **dua** peranan Majlis Raja-Raja di negara ini.
2 marks
b
Jelaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam perlantikan jawatan penting negara.
4 marks
c
Baca petikan berikut.
> Institusi Raja berperanan sebagai penyemak dan pengimbang dalam demokrasi pemerintahan negara bagi memastikan kemakmuran dan kestabilan negara.
> (Sumber: dspace.unimap.edu.my)
Berikan ulasan anda.
4 marks
410 marks
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.
(Sumber ubah suai: malaysia.gov.my)
a
Apakah pengertian bahasa rasmi?
2 marks
b
Jelaskan usaha kerajaan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.
4 marks
c
Baca pernyataan berikut.
> Malaysia menjadi negara pengguna sains dan teknologi terbesar dunia, kita terpaksa menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan ekonomi dan perniagaan global.
> (Sumber ubah suai: bharian.com.my)
Huraikan pernyataan tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-raja Melayu menandatangani perjanjian tersebut.
(Sumber: arkib.gov.my)
a
Mengapakah persekutuan di atas ditubuhkan?
6 marks
b
Jelaskan kesan penubuhan persekutuan tersebut terhadap penduduk Tanah Melayu.
6 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Di bawah perjanjian itu, walaupun kebanyakan kuasa penting masih dipegang oleh kerajaan pusat, tetapi kedudukan kuasa penting sebagai pemerintah berdaulat di negeri masing-masing dikekalkan. Raja-Raja kini bertindak melalui sebuah badan yang dikenali sebagai "Majlis Raja-Raja".
>
> Selain itu, sebarang perubahan yang melibatkan undang-undang imigresen, skim gaji untuk pegawai-pegawai awam atau cadangan untuk menyusun semula jentera kerajaan mestilah dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan sebelum dilaksanakan. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu juga telah mengurangkan kebimbangan orang Melayu terhadap kerajaan British.
>
> Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu juga telah melahirkan keinginan kerajaan United Kingdom dan Raja-Raja Melayu ke arah pembentukan "kerajaan sendiri". Selaras dengan itu, Pilihan Raya Persekutuan Pertama diadakan pada tahun 1955 untuk memilih 52 orang anggota Majlis Undangan Persekutuan.
>
> (Sumber ubah suai: Fajar Bakti 2003)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
620 marks
Pada 16 Jun 1948, Tanah Melayu telah memasuki zaman darurat.
(Sumber: myjurnal.mohe.gov.my)
a
Mengapakah pihak kerajaan mengisytiharkan darurat?
4 marks
b
Terangkan kesan zaman darurat terhadap politik negara.
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Pengajaran dari darurat secara tidak langsung dapat memupuk kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat. Melalui cerita-cerita lalu digabungkan dengan rasa hormat menghormati dapat membentuk rasa kekitaan dalam diri setiap warganegara sekali gus memupuk perpaduan. Begitulah juga kita di Malaysia yang masih berusaha mengenali diri masing-masing. Kenal mengenali di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan etnik adalah penting kerana kebutaan dan kegagalan masyarakat negara ini mengenali sesama sendiri bermakna mereka juga tidak mengetahui sejarah negara ini dan akan mendatangkan bahaya serta menjadi ancaman kepada proses perpaduan dan perkembangan negara secara menyeluruh dan apa yang lebih menakutkan ialah berulangnya tragedi berdarah 1969.
>
> Masyarakat dan negara pada masa kini dan masa hadapan akan dapat mengkaji dan seterusnya cuba menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai cara yang lain pula. Ini bermakna sejarah boleh menjadi guru yang paling baik kerana dapat memberi panduan dan pengajaran yang berguna dari melakukan kesalahan yang sama dapat dielakkan daripada berulang semula.
>
> (Sumber: repo.uum.edu.my)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
720 marks
"Kerjasama kerajaan Persekutuan, negeri beri manfaat kepada rakyat".
(Sumber: berita.rtm.gov.my)
a
Jelaskan kerjasama dalam aspek penyediaan perumahan rakyat.
6 marks
Terangkan aspek keselamatan yang dilaksanakan melibatkan dua agensi berikut:
b(i)
*Rajang Area Security Command* (RASCOM)
3 marks
b(ii)
*Eastern Sabah Security Command* (ESSCOM)
3 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Kerajaan Negeri tidak pernah menolak cadangan projek daripada pihak Persekutuan selagi mana ianya tidak mendatangkan kemudaratan kepada Kerajaan Negeri mahupun rakyat, bahkan mengalu-alukan dan sentiasa memberi kerjasama terhadap mana-mana projek Persekutuan yang bakal memberi kesan positif kepada rakyat tidak kira untuk jangka masa pendek atau panjang.
>
> Kerajaan Negeri telah membuat ketetapan bahawa projek-projek pembangunan infrastruktur berskala besar seperti lebuhraya, LRT, MRT, Rel Berkelajuan Tinggi, Talian Voltan Tinggi, Janakuasa dan lain-lain projek berskala besar serta melibatkan implikasi kepada alam sekitar serta penduduk perlu melalui proses rundingan dengan Kerajaan Negeri.
>
> Ini bagi membolehkan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengambil maklum dan membantu mempermudahkan pelaksanaan projek pembangunan yang dirancang melalui ulasan-ulasan teknikal semasa sesi rundingan tersebut bagi mengelakkan kemungkinan pemajuan berkenaan terkeluar daripada perancangan dan seterusnya menyulitkan kerja-kerja penyelarasan pembangunan fizikal di tapak pembangunan.
>
> Selain sebagai medium kawalan, ketetapan ini juga adalah bagi menjamin kepentingan rakyat dalam pelbagai aspek termasuk dalam menikmati manfaat hasil daripada pembangunan yang dijalankan.
>
> (Sumber ubah suai: Mesyuarat Kedua Penggal Kelima DUN Selangor)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesannya terhadap negara jika dilaksanakan.
8 marks
820 marks
Penubuhan Malaysia telah melahirkan konsep negara Asia Tenggara yang lebih besar merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
(Sumber: mkn.gov.my/web)
a
Jelaskan faktor penubuhan di atas.
6 marks
b
Terangkan langkah penubuhan tersebut.
6 marks
c
Teliti poster berikut.
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
8 marks
920 marks
Malaysia adalah sebuah negara yang aktif di persada dunia dengan keanggotaan di dalam organisasi antarabangsa seperti Komanwel dan NAM.
(Sumber ubah suai: https://itaboleh.my)
a
Mengapakah Malaysia terlibat dalam pertubuhan tersebut?
6 marks
b
Terangkan manfaat yang diperolehi Malaysia melalui pertubuhan di atas.
6 marks
c
Baca maklumat berikut.
> Kepemimpinan merujuk kepada kemampuan mengambil peranan mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan. Seorang pemimpin perlu mempunyai personaliti yang mampu mempengaruhi orang lain serta bersedia ditegur atau dikritik oleh orang lain.
>
> Selain itu, pemimpin yang baik mempunyai daya fikiran jauh ke hadapan atau berwawasan. Mereka akan sentiasa dipandang oleh masyarakat sekeliling sebagai seorang yang mempunyai nilai dan diyakini.
>
> Pemimpin yang mempunyai wawasan jelas memiliki kemampuan berfikir dalam pelbagai pendekatan. Mereka memimpin orang lain dengan nilai kasih sayang, teladan serta mempunyai nilai integriti dalam diri. Mereka juga memiliki daya kekuatan hingga mampu menggerakkan orang lain serta mempunyai daya tahan fizikal dan mental.
>
> (Sumber ubah suai: bharian.com.my)
Jelaskan ciri-ciri kepimpinan yang wajar dimiliki sekiranya anda dilantik mengetuai pertubuhan dunia.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open