Berikut adalah waadat antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah.
> **Sang Sapurba**: *Barang siapa hamba Melayu derhaka mengabaikan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumah ke bawah kaki ke atas.*
>
> **Demang Lebar Daun**: Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya.
a
Apakah tujuan waadat tersebut?
2 marks
b
Bagaimanakah golongan rakyat menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah?
4 marks
c
Wajarkah waadat tersebut dipertahankan pada masa kini?
4 marks
210 marks
Selepas Perang Dunia Kedua British menjalankan dasar dekolonisasi di Tanah Melayu dengan memperkenalkan Sistem Ahli pada tahun 1951.
a
Jelaskan maksud Sistem Ahli.
2 marks
b
Senaraikan ciri-ciri Sistem Ahli di Tanah Melayu.
4 marks
c
Teliti gambar anggota Sistem Ahli berikut.
(Sumber: buku teks m.s. 178)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam gambar tersebut dan kepentingan pembentukan Sistem Ahli ke arah kemerdekaan negara.
4 marks
310 marks
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa atau peranan yang luas dalam pemerintahan negara.
Jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kuasa yang berikut:
a(i)
Kuasa Eksekutif
2 marks
a(ii)
Kuasa Perundangan
2 marks
a(iii)
Kuasa Kehakiman
2 marks
b
Sistem Raja Berperlembagaan masih relevan pada masa kini. Berikan komen anda.
4 marks
410 marks
Rukun Negara dibentuk ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku di negara kita.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan Rukun Negara?
2 marks
Rukun Negara dibentuk untuk mencapai beberapa matlamat. Terangkan matlamat Rukun Negara berikut:
b(i)
Masyarakat Demokratik
2 marks
b(ii)
Masyarakat Adil
2 marks
c
Baca maklumat dalam petikan di bawah.
> Kelab Rukun Negara menjadi peneraju perpaduan di sekolah-sekolah, kita akan luaskan penubuhannya. Makluman akan diberikan dari semasa ke semasa. Kelab ini bertujuan memastikan program perpaduan berjalan selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perpaduan Negara.
>
> (Sumber: *Astro Awani*, 15 Ogos 2023)
Pada pendapat anda, wajarkah penubuhan kelab Rukun Negara?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Perang Dunia Kedua (1939-1945) berlaku di dua medan pertempuran iaitu di Eropah dan Asia.
Jelaskan kemunculan ideologi baharu yang membawa kepada tercetusnya Perang Dunia Kedua.
a(i)
Ideologi Fasisme
3 marks
a(ii)
Ideologi Nazisme
3 marks
b
Huraikan peristiwa Perang Dunia Kedua di Eropah.
6 marks
c
Baca petikan berikut.
> Buku "Nuclear Weapons: The State Of Play" menyatakan bahawa risiko perang nuklear semakin meningkat di sebalik jumlah senjata nuklear yang lebih kecil berbanding sewaktu perang dunia. Ini memandangkan lebih banyak negara yang semakin tidak stabil di samping jumlah kumpulan pengganas yang semakin meningkat. Di samping itu, Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff berkata, amat menyedihkan bahawa usaha pelucutan senjata yang menjadi keutamaan tertinggi masyarakat antarabangsa masih jauh dari sasarannya. Kurang kesungguhan politik akan terus menjejaskan usaha mencapai permuafakatan di samping menjadikan usaha pelbagai jenis jentera ke arah pelucutan kurang berhasil.
>
> (Sumber: https://www.bernama.com.my)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan berikan komen anda.
8 marks
620 marks
Pilihan raya merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan Kerajaan Tempatan.
a
Jelaskan proses pilihan raya umum pertama 1955 di Tanah Melayu.
6 marks
b
Terangkan peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu.
6 marks
c
Pembentukan Kabinet pertama membuktikan pentadbiran negara daripada pelbagai kaum boleh diterima dan berjaya membawa kemakmuran kepada negara kita.
Jelaskan.
8 marks
720 marks
Peristiwa rusuhan kaum berlaku pada 13 Mei 1969 bermula beberapa hari setelah diadakan Pilihan Raya Umum Ketiga. Keputusan pilihan raya menyebabkan berlakunya ketegangan antara penyokong parti politik memprovokasikan keadaan.
a
Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya rusuhan kaum di negara kita.
6 marks
b
Pengisytiharan perintah darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 1969 ke seluruh negara adalah antara usaha mengelakkan kekacauan dan menghentikan rusuhan serta menghalang daripada merebak ke bandar-bandar lain.
Terangkan.
6 marks
c
Baca maklumat pada petikan berikut.
> KUALA LUMPUR - Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni.
>
> Pengajaran daripada peristiwa 50 tahun lepas itu penting bukan untuk rakyat sahaja dari segi kerukunan, namun bagi meningkatkan kemajuan negara. Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa.
>
> Kejadian itu turut menuntut keperluan menghormati kontrak sosial (kini Perlembagaan Persekutuan) tentang agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa kaum Melayu dan kelompok asal Sabah dan Sarawak, serta kedaulatan raja Melayu.
>
> Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat untuk memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik. Keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini boleh kembali terjejas dengan perkembangan etnopopulisme, iaitu fahaman yang mengarah kepada pembahagian masyarakat kepada dua kelompok berdasarkan kaum dan agama, yang berpotensi bersengketa antara satu sama lain.
>
> Semua pihak perlu memberi perhatian utama kepada soal perpaduan kaum yang harus dipertingkatkan di Semenanjung Malaysia dan integrasi wilayah yang lebih baik antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas dan segera terhadap pihak yang membangkitkan sentimen perkauman dan menghina agama.
>
> (Sumber ubah suai: https://www.sinarharian.com.my/)
Beri ulasan anda.
8 marks
820 marks
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat pada 17 Jun 1991. DPN merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirangka untuk tempoh 10 tahun (1991-2000) melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2).
a
Apakah matlamat dan objektif Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?
4 marks
b
Huraikan strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
8 marks
c
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah berjaya membawa kemajuan terhadap negara sehingga kini.
Buktikan.
8 marks
920 marks
Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas selari dengan perkembangan yang berlaku dalam ekonomi antarabangsa.
a
Terangkan bagaimana Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi yang bermula dengan kejatuhan nilai ringgit pada tahun 1997.
6 marks
b
Malaysia memainkan peranan besar dalam hubungan ekonomi antarabangsa.
Jelaskan.
6 marks
c
Baca maklumat berikut.
> **KUALA LUMPUR: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) hari ini mengesahkan komitmen untuk mempergiat kerjasama bagi mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala, serta di peringkat pelbagai hala dan serantau, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).**
>
> **Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata komitmen itu dizahirkan semasa pertemuan di antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan rakan sejawatannya dari AS, Duta Katherine Tai, selaku Wakil Perdagangan AS di Menara Miti Kuala Lumpur. Kementerian itu berkata sebagai juara dalam sistem perdagangan pelbagai hala, Malaysia dan AS berkongsi rekod prestasi yang kukuh bagi hasil progresif dalam pelbagai forum antarabangsa.**
>
> **Menyedari keperluan untuk mengukuhkan integrasi ekonomi serantau, Tengku Zafrul memuji peranan AS dalam merintis Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik bagi Kemakmuran (IPEF), sebuah pakatan perdagangan serantau dengan 14 ahli yang membincangkan kemudahan perdagangan; ketahanan rantaian bekalan; tenaga bersih, penyahkarbonan dan perubahan iklim; serta cukai dan rasuah.**
>
> **"Tai berkongsi bahawa AS membayangkan keputusan oleh IPEF adalah pragmatik dan berpandangan ke hadapan kerana ia bukanlah perjanjian perdagangan konvensional. "Sambil mengulangi kenyataan Tai, Tengku Zafrul menambah adalah penting bagi IPEF untuk menggariskan hasil yang ketara ke arah mencapai objektif perdagangan dan pelaburan bersama di rantau Indo-Pasifik," kata kementerian itu.**
>
> **Menurut Miti, Tengku Zafrul dan Tai bersetuju bahawa pematuhan terhadap prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam perniagaan adalah cara utama untuk ke hadapan.**
>
> (Sumber: Bernama, 16 Februari 2023)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan berikan komen anda.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open