Kesultanan Melayu Melaka mempunyai undang-undang yang berasaskan peraturan adat dan hukum syariah. Undang-undang tersebut diperkenalkan untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Kesultanan Melayu Melaka.
a
Namakan dua undang-undang yang diperkenalkan dalam Kesultanan Melayu Melaka.
2 marks
b
Terangkan hukuman bagi perbuatan jenayah berdasarkan daripada undang-undang di **1**(a).
4 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan prinsip keempat Rukun Negara.
- **KEDAULATAN UNDANG-UNDANG**
Mengapakah pengamalan prinsip tersebut penting kepada rakyat dan negara?
4 marks
210 marks
Petikan di bawah berkaitan tentang Persekutuan Tanah Melayu 1948.
> … *Malaysia pada hari ini bukan sebuah persekutuan yang bermula daripada kekosongan. Pada peringkat awal, ia adalah pemersekutuan sembilan Kerajaan Melayu berdaulat dengan dua Negeri Selat pada 21 Januari 1948, diikat melalui Perjanjian Persekutuan*
> (Sumber: Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Berita Harian (Sabtu, 27 Oktober 2017))
a
Apakah faktor yang membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
2 marks
b
Jelaskan ciri-ciri pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948.
4 marks
c
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah membawa pelbagai implikasi (*kesan*) yang baik sehingga ke hari ini. Buktikan.
4 marks
310 marks
Demokrasi Berparlimen diterima sebagai sistem pentadbiran Malaysia yang membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara.
a
Senaraikan dua ciri demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
2 marks
b
Mengapakah konsep pengasingan kuasa penting?
4 marks
c
Teliti maklumat berikut.
> **Malaysia mempunyai bentuk pemerintahan yang unik dengan ciri tersendiri. Kombinasi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen membentuk pentadbiran yang sistematik dan unggul.**
Berdasarkan maklumat di atas jelaskan keunikan amalan Demokrasi Berparlimen di negara kita dan kesannya.
4 marks
410 marks
> Buat pertama kalinya selepas kemerdekaan dinikmati, konflik perkauman antara kaum Melayu dan bukan Melayu meletus sehingga ke tahap serang-menyerang dan bunuh-membunuh dan situasi ini amat membimbangkan negara-negara yang berjiran dengan Malaysia serta negara Britain selaku penjajah yang memberikan kemerdekaan kepada Malaysia.
> (Sumber: Nor Azlah Sham dan Rashidah. 2017. *Tragedi 13 Mei 1969: Satu Laporan Bersumberkan Rekod Foreign and Commonwealth Office. Jurnal IJGC. Vol. 2(6), 139-154.*)
a
Mengapakah konflik perkauman berlaku pada 13 Mei 1969?
3 marks
b
Bagaimanakah pemerintah Malaysia mengatasi konflik di (a)?
3 marks
c
Mengapakah konflik perkauman boleh menjejaskan pembangunan sesebuah negara?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Perang Pasifik berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. Peperangan ini berpunca daripada tindakan Jepun yang menjalankan imperialisme di rantau Asia Pasifik.
a
Mengapakah Jepun melaksanakan dasar perluasan kuasa?
6 marks
b
Sekatan ekonomi terhadap Jepun menyebabkan tentera mereka menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.
Jelaskan.
6 marks
c
Maklumat dalam Gambar 1 ialah biodata seorang tokoh pejuang negara yang menentang serangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
**Gambar 1: TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN NEGARA**
- Nama penuh beliau ialah Adnan bin Saidi
- Merupakan seorang pahlawan dari Rejimen Askar Melayu yang menentang Tentera Imperial Jepun
- Seorang pegawai yang bijak, tajam pemikiran, lasak dan berwibawa
- Atas faktor tersebut beliau dipilih untuk mempertahankan kubu di Bukit Candu
- Dianggap sebagai wira negara oleh rakyat Singapura dan Malaysia kerana keberanian beliau melawan serangan Tentera Darat Jepun
Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan ciri-ciri patriotik yang dimiliki oleh tokoh tersebut dan mengapakah sifat patriotik sangat penting dalam diri rakyat Malaysia?
8 marks
620 marks
Pilihan Raya Umum Pertama diadakan pada tahun 1955 bagi tujuan merintis jalan ke arah mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
a
Jelaskan rundingan yang telah diadakan sebelum Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 berlangsung.
4 marks
b
Huraikan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
8 marks
c
Baca petikan berikut.
> KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap belia lebih celik dan cakna tentang sistem demokrasi berparlimen serta peranan sebagai pengundi muda dengan pelaksanaan Undi18, seterusnya meningkatkan jati diri menjadi warganegara bertanggungjawab menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
>
> Beliau berkata, golongan belia memainkan peranan lebih besar dalam pembentukan negara bangsa terutamanya dalam memilih pemimpin negara selaras dengan pelaksanaan Pindaan Undang-undang Perlembagaan Persekutuan.
>
> (Sumber: https://www.sinarharian.com.my/)
Jelaskan maklumat dalam petikan di atas dan berikan cadangan untuk menggalakkan belia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
8 marks
720 marks
Perlembagaan negara mempunyai dua ciri utama iaitu tradisional dan moden yang diperlukan bagi kestabilan dan kemakmuran negara.
a
Jelaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Persekutuan.
4 marks
Terangkan dua ciri perlembagaan tersebut:
b(i)
Ciri Tradisional
4 marks
b(ii)
Ciri Moden
4 marks
c
Baca maklumat berikut.
> Apabila Malaysia dibentuk pada tahun 1963, pindaan perlembagaan dilakukan bagi menyesuaikannya dengan Sarawak dan Sabah. Pindaan perlembagaan yang dilakukan pada tahun 1965 menyaksikan pemisahan Singapura daripada Malaysia. Perlembagaan Malaysia terus mengalami pindaan sehingga ke hari ini.
Berdasarkan maklumat di atas, kemukakan sebab berlakunya pindaan perlembagaan 1963 dan 1965 dan mengapakah pindaan perlembagaan perlu dilakukan sehingga ke hari ini?
8 marks
820 marks
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang dilancarkan pada 17 Jun 1991 merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada tahun 1990.
a
Jelaskan matlamat dan objektif Dasar Pembangunan Nasional dibentuk.
4 marks
b
Huraikan strategi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mencapai matlamat DPN.
8 marks
c
Teliti gambar-gambar berikut.
Berdasarkan gambar-gambar tersebut, huraikan kejayaan pelaksanaan DEB dan DPN yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia sehingga hari ini?
8 marks
920 marks
Logo berikut berkaitan dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu kemanusiaan dan keamanan dunia.
a
Apakah isu kemanusiaan dan keamanan dunia yang diperjuangkan oleh pertubuhan tersebut?
4 marks
b
Jelaskan keprihatinan rakyat Malaysia memperjuangkan isu di **9**(a) melalui pertubuhan di atas.
8 marks
c
Petikan berikut berkaitan dengan sumbangan NGO Malaysia dalam bidang kemanusiaan.
> Penubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) khususnya dalam bidang bantuan kemanusiaan di negara kita kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dan ianya merancakkan lagi industri organisasi yang tidak berlandaskan keuntungan. Umum mengetahui bahawa objektif utama sesebuah bantuan kemanusiaan adalah untuk menyelamatkan nyawa, meringankan penderitaan dan juga menjaga maruah manusia.
>
> Ianya juga tertakluk kepada sekurang-kurangnya empat prinsip utama (*core humanitarian principles*) yang menggarisi setiap pergerakannya iaitu kemanusiaan, keadilan, tidak berpihak kepada mana-mana (neutral) dan bebas.
>
> Justeru, penerimaan dan sokongan padu masyarakat Malaysia terutamanya dalam memastikan usaha-usaha untuk menyelamatkan manusia, mengurangkan penderitaan dan juga menjaga maruah manusia yang digerakkan oleh NGO-NGO baharu dan lama adalah sangat penting.
>
> (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada http://www.astroawani.com)
Penglibatan dalam isu kemanusiaan dan keamanan dunia melalui organisasi tersebut menyerlahkan nilai murni rakyat Malaysia di mata dunia.
Beri ulasan anda.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open