Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang lengkap dan teratur. Sistem pentadbiran yang tersusun ini dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan.
a
Nyatakan dua peringkat sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
2 marks
b
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
Jelaskan undang-undang tersebut.
4 marks
c
Berikut adalah prinsip Rukun Negara yang keempat.
- Kedaulatan Undang-undang
Mengapakah prinsip tersebut dijadikan sebagai prinsip Rukun Negara?
4 marks
210 marks
Komunisme yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels telah cuba disebarkan di negara kita bermula sejak tahun 1920-an.
a
Nyatakan cara kemasukan pengaruh komunis ke negara kita.
3 marks
b
Gambar menunjukkan keganasan yang dilakukan oleh komunis di Tanah Melayu.
Mengapakah komunis bertindak demikian?
3 marks
c
Menurut pengetahuan sejarah anda, apakah kesan sekiranya keganasan komunis tersebut gagal ditangani?
4 marks
310 marks
Pentadbiran kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
Senaraikan perkara yang terdapat dalam senarai berikut:
a(i)
Senarai Persekutuan
2 marks
a(ii)
Senarai Negeri
2 marks
b
Jelaskan peranan Kerajaan Tempatan.
2 marks
c
Pembahagian kuasa dalam sistem Persekutuan menggambarkan kepentingan mewujudkan pentadbiran yang sistematik. Buktikan.
4 marks
410 marks
Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran selepas pembentukannya.
a
Apakah cabaran dalaman yang dihadapi selepas pembentukan Malaysia?
2 marks
b
Nyatakan usaha kerajaan bagi mengatasi cabaran pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah.
4 marks
c
Pernyataan berikut merujuk kepada perkembangan ekonomi negara pada tahun 2020.
> KUALA LUMPUR - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan penyusutan 3.4 peratus pada suku keempat 2020 dalam keadaan peningkatan ketara kes jangkitan Covid-19 sekali gus menjadikan prestasi keseluruhan tahun kepada -5.6 peratus berikutan perintah sekatan dan penutupan sempadan di peringkat global.
>
> Sektor pembuatan merupakan penyumbang utama ekonomi pada suku keempat 2020 apabila mencatatkan pertumbuhan positif manakala perkhidmatan, perladangan dan perlombongan masing-masing mengalami penguncupan.
>
> Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kali terakhir KDNK tahunan negara mencatatkan kemerosotan adalah pada 2009 dengan -1.5 peratus dan prestasi tahunan 2020 merupakan penyusutan kedua terbesar selepas 1998 pada -7.4 peratus akibat Krisis Kewangan Asia.
>
> Bercakap pada sidang media pengumuman prestasi KDNK suku keempat 2020 pada Khamis, beliau berkata pertumbuhan lebih perlahan pada suku berkenaan disebabkan terutamanya oleh sekatan pergerakan yang lebih ketat selain gangguan bekalan komoditi.
> (Sumber: https://www.utusan.com.my)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan di atas. Bagaimanakah anda dapat membantu Kerajaan untuk memajukan ekonomi negara?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Perkembangan idea nasionalisme di Barat telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Asia dan Asia Tenggara termasuklah di negara kita.
a
Jelaskan maksud nasionalisme.
3 marks
Jelaskan faktor tercetusnya gerakan nasionalisme berikut:
b(i)
Revolusi Keagungan (1688)
3 marks
b(ii)
Revolusi Amerika (1776)
3 marks
b(iii)
Revolusi Perancis (1789)
3 marks
c
Gambar di bawah menunjukkan tokoh semasa perkembangan nasionalisme di Barat.
Berdasarkan gambar tokoh di atas, apakah persamaan mereka dalam perkembangan idea nasionalisme di Barat dan iktibar yang diperoleh daripada peristiwa revolusi yang berlaku di Barat?
8 marks
620 marks
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 selepas mendapat persetujuan Raja-raja Melayu.
a
Apakah faktor yang mendorong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu tersebut?
4 marks
b
Huraikan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak yang memainkan sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum) sehingga melanggar undang-undang dan mencabar perlembagaan.
>
> Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu mengatasi kepentingan mana-mana pihak dan melibatkan soal keselamatan negara.
>
> "Ini mengatasi kepentingan kerana orang-orang tertentu merasakan kedudukan mereka terlalu tinggi dan hebat, tidak mungkin terdakwa atau tercabar."
>
> "Negara tidak boleh begitu. Kita tidak boleh pandang dan pilih kedudukan, pangkat, keturunan atau kekayaan."
> (Sumber: https://www.sinarharian.com.my, 11 Julai 2023)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan terhadap negara sekiranya masalah tersebut tidak diatasi.
8 marks
720 marks
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.
a
Jelaskan cara pemilihan Yang di-Pertuan Agong.
4 marks
b
Terangkan bidang kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong.
8 marks
c
Teliti petikan berikut.
> Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Institusi Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Raja-raja Melayu adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
> (Sumber diubah suai daripada: https://www.parlimen.gov.my/)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan ulaskan kepentingan pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di negara kita.
8 marks
820 marks
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan mulai tahun 1991.
a
Nyatakan objektif pelaksanaan DPN.
4 marks
Jelaskan strategi DPN melalui bidang:
b(i)
Ekonomi
4 marks
b(ii)
Sosial
4 marks
c
Strategi berikut terkandung dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
> Strategi DPN: Kemudahan Fizikal dan Alam Sekitar
> (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, halaman 175)
Cadangkan langkah-langkah untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar di negara kita.
8 marks
920 marks
Dasar Luar Negara merupakan tindakan pihak Kerajaan dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain.
a
Apakah faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar negara kita?
4 marks
b
Jelaskan manfaat Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel.
8 marks
c
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam poster dan huraikan perasaan anda ketika Malaysia menjadi tuan rumah bagi Sukan Komanwel.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open