arrow_back

Sabah Trial 2022 Sejarah Kertas 1

1
Apakah tugas utama Bendahara dalam Kesultanan Melayu Melaka?
2
Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada dua, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Siapakah yang tergolong sebagai golongan pemerintah? I Ulama II Tentera III Peniaga IV Pembesar
3
Nasionalisme membawa maksud perasaan cinta akan negara. Apakah yang ingin dicapai melalui gerakan nasionalisme? I Membina negara bangsa II Melahirkan identiti sendiri III Memperbaik sistem ekonomi IV Menghalang pemberontakan
4
Revolusi Amerika berakhir pada tahun 1783 apabila British mengakui kemerdekaan Amerika. Apakah corak pemerintahan yang diperkenalkan oleh Amerika?
5
Perang Dunia Pertama telah berlaku pada tahun 1914 hingga 1918. Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?
6
Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919. Mengapakah Jerman tidak berpuas hati terhadap perjanjian tersebut?
7
Pembentukan Malayan Union memerlukan persetujuan Raja-Raja Melayu. Siapakan pegawai British yang telah dilantik untuk menjayakan misi tersebut?
8
Pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Penyerahan ini mendapat tentangan hebat daripada masyarakat tempatan. Apakah bentuk penentangan yang dilancarkan oleh golongan tersebut? I Membunuh semua Pegawai British yang bertugas II Menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri British III Peletakkan jawatan secara beramai-ramai oleh kakitangan kerajaan IV Mengggunakan akhbar Utusan Melayu untuk menyebarkan tentangan
9
Siapakah yang menjadi wakil Raja-Raja Melayu dalam penubuhan Jawatankuasa Kerja pada tahun 1946?
10
Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah membentuk sebuah Majlis Raja-Raja. Apakah kuasa majlis tersebut?
11
Mengapakah kemasukan pengaruh komunis tidak diterima oleh masyarakat Melayu di Tanah Melayu?
12
British melancarkan Perang Saraf bagi menangani ancaman komunis di Tanah Melayu. Bagaimanakah langkah tersebut dilaksanakan? I Menawarkan hadiah wang tunai II Melonggarkan syarat kerakyatan III Melaksanakan perintah berkurung IV Memberikan tawaran pengampunan
13
Mengapakah Dato' Onn Jaafar berpendapat penubuhan agensi berikut adalah wajar? Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan pada tahun 1950 untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu
14
Bagaimanakah Sistem Ahli dapat memperkukuh perpaduan rakyat?
15
Apakah syarat untuk menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955? I Berumur 21 tahun ke atas II Fasih berbahasa Inggeris III Berkhidmat dalam perkhidmatan awam IV Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
16
Pernyataan berikut berkaitan dengan pilihan raya peringkat negeri. Tahun 1954 Keputusan: Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 kerusi daripada 228 kerusi yang dipertandingkan. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada kemenangan tersebut?
17
Apakah kepentingan Suruhanjaya Reid dalam penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka? I Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain II Menerima pandangan daripada penduduk III Menentukan tarikh sebenar kemerdekaan IV Melantik jawatan penting
18
Rajah berikut merupakan antara pihak yang terlibat dalam memberi cadangan memorandum perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Apakah X?
19
Apakah takrif kemerdekaan menurut Kamus Dewan?
20
Apakah nilai yang boleh diambil daripada Jawatankuasa Sambutan dalam pemasyhuran kemerdekaan negara?
21
Penyataan berikut merupakan antara tafsiran berkaitan kedaulatan. > "Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat" > Political Awakening. Petaling Jaya: Pelanduk Publication Sdn. Bhd Siapakah tokoh yang telah membuat tafsiran tersebut?
22
Setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri tertentu bagi menentukan kedaulatannya. Malaysia juga mempunyai ciri yang menjadi identitinya. Apakah ciri negara yang berdaulat?
23
Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi dan panduan dalam sistem pemerintahan serta mempunyai dua ciri utama iaitu tradisional dan moden bagi kestabilan serta kemajuan negara. Apakah ciri moden dalam perlembagaan Persekutuan?
24
Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 melibatkan tiga perkara iaitu struktur Mahkamah Atasan, pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo dan jawatan Yang di-Pertua Negeri. Siapakah yang melantik Yang di-Pertua Negeri?
25
Undang-undang berikut diwujudkan selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. - Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang - Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Apakah kepentingan pengenalan undang-undang tersebut?
26
Pernyataan berikut berkaitan sistem pentadbiran di negara kita. > Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan sejak merdeka terbukti berkesan mewujudkan kestabilan dan kemakmuran kepada negara Bagaimanakah sistem tersebut mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara? I Rakyat berkuasa membentuk kerajaan II Kebebasan mutlak dijamin perlembagaan III Dominasi satu parti menguasai pentadbiran IV Kuasa raja mengimbangi amalan demokrasi
27
Jadual berikut berkaitan perkembangan sistem pentadbiran Persekutuan di negara kita. Tahun 1896: Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu Tahun 1927: Penstrukturan Majlis Perundanga Persekutuan Tahun 1946: Penubuhan Malayan Union Apakah kepentingan pembentukan sistem tersebut?
28
Bagaimanakah agensi persekutuan berikut melaksanakan kerjasama pembangunan sosioekonomi? - Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) - Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) - Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
29
Idea pembentukan Malaysia dikemukakan pada akhir abad ke-19 yang melibatkan pihak British dan penduduk tempatan. Apakah tujuan Sir Malcolm MacDonald dan Sir Gerald Templer mencadangkan penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara? I Dekolonisasi II Keselamatan III Potensi ekonomi IV Memajukan negara
30
Perjanjian Julai 1963 juga dikenali sebagai Perjanjian Malaysia. Apakah inti pati Perjanjian Malaysia? I Tarikh pembentukan Malaysia adalah pada 16 September 1963 II Kerusi Parlimen diberikan kepada Singapura, Sarawak dan Sabah III Sarawak, Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu akan menjadi ahli dalam Persekutuan Malaysia IV Penduduk Bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak mendapat pengiktirafan sama seperti orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
31
Apakah faktor pemisahan Singapura dari Malaysia?
32
Apakah usaha yang diambil untuk mengatasi masalah yang timbul akibat peristiwa 13 Mei 1969? I Perang Saraf II Operasi Ketenteraan III Pengisytiharan perintah darurat IV Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
33
Pasangan manakah yang betul tentang konsep integrasi nasional dan perpaduan kaum
34
Senarai berikut berkaitan usaha mewujudkan identiti negara. - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Bagaimanakah agensi di atas mencapai matlamat tersebut?
35
Antara berikut yang manakah insentif yang diberikan kepada Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPR)? I Latihan pengurusan harta II Pinjaman tanpa faedah III Pemberian subsidi IV Kemudahan modal
36
Apakah manfaat Rancangan Colombo kepada negara anggota Komanwel?
37
Maklumat berikut merujuk kepada projek perindustrian berteknologi tinggi di negara kita. Lokasi Raub, Pahang: Projek Stesen Jana Kuasa Lokasi Perak, Pulau Pinang: Projek Besi Keluli Lokasi Limbungan, Pasir Gudang, Johor: Projek Membaiki Kapal Apakah agensi yang mengendalikan projek perindustrian tersebut?
38
Deklarasi Kuala Lumpur diisytiharkan dalam Sidang Kemuncak NAM kali ke-13 pada tahun 2003 di Malaysia. Apakah isu yang dibangkitkan dalam deklarasi tersebut? I Isu Palestin II Isu pelarian III Isu Alam Sekitar IV Serangan Amerika terhadap Iraq
39
Mengapakah Malaysia menjadi lokasi transit bagi pemerdagangan orang ke negara lain?
40
Siapakah warganegara Malaysia yang layak menerima anugerah berikut?
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。