Kerajaan Alam Melayu mempunyai ciri negara bangsa yang diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka dan menjadi asas pembinaan negara.
a
Jelaskan ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu.
3 marks
b
- Hukum Kanun Melaka
- Undang-undang Laut Melaka
Apakah perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut?
3 marks
c
Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang penting kepada sesebuah negara pada hari ini?
4 marks
210 marks
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum pada tahun 1955.
a
Namakan **dua** menteri yang menganggotai kabinet tersebut.
2 marks
b
Jelaskan peranan kabinet pertama tahun 1955.
4 marks
c
Teliti petikan berikut.
> Kepimpinan berwibawa memainkan peranan penting dalam menjayakan pentadbiran dan mewujudkan kestabilan sesebuah negara.
> (Sumber diubah suai: https://brainly.in, 26 April 2023)
Ulaskan pernyataan tersebut.
4 marks
310 marks
Rancangan Pembangunan Lima Tahun untuk menangani isu pembangunan dan ekonomi negara selepas pembentukan Malaysia 1963.
a
Senaraikan **dua** isu dalam Rancangan Malaysia Pertama.
2 marks
b
Jelaskan langkah kerajaan untuk menangani isu di 3(a).
4 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025).
> RMK12 yang diberi tema "Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi" dengan tiga tumpuan, yakni memperkukuhkan kemampanan, membangunkan masyarakat sejahtera dan menuju negara berpendapatan tinggi.
> (Sumber: https://www.bernama.com, 11 Sept 2023)
Berikan ulasan anda tentang pernyataan tersebut.
4 marks
410 marks
Poster berikut berkaitan penindasan Israel terhadap Palestin.
a
Mengapakah situasi tersebut masih berlaku di dunia hari ini?
3 marks
b
Jelaskan peranan masyarakat dunia dalam menangani situasi di 4(a).
3 marks
c
Baca petikan berikut.
> Sejarah sudah menulis, operasi ketenteraan dan penyalahgunaan kekerasan bukan pendekatan penyelesaian sesuatu konflik kerana ia hanya akan membawa kepada krisis yang lebih besar.
> (Sumber: www.hmetro.Online, 5 Ogos 2024)
Ulaskan pernyataan tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Penjajahan Barat pada abad ke-19 telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
a
Jelaskan maksud nasionalisme.
4 marks
Jelaskan perkembangan nasionalisme di negara berikut:
b(i)
Filipina
4 marks
b(ii)
Thailand
4 marks
c
Baca petikan berikut.
> Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara jelas membuktikan peranan penting anak muda dalam mencapai perubahan sama ada dalam bentuk melawan penjajahan mahupun mengisi kemerdekaan seawal abad 20. Hal ini menunjukkan penglibatan anak muda dalam proses politik tidak asing lagi di Asia Tenggara. Ketika gerakan nasionalisme di Asia Tenggara sedang memuncak, anak muda terlibat dengan sangat aktif, malah mereka memegang banyak posisi politik yang penting.
>
> Hal ini memperlihatkan sumbangan besar anak muda bukan sahaja di Malaysia malah seluruh rantau ini dalam perjuangan kemerdekaan. Namun, anak muda kini sendiri tidak merasakan kemerdekaan sebagai perjuangan mereka, sebaliknya adalah usaha datuk dan nenek kita semata-mata. Lebih malang lagi, anak muda kita sering pula difitnah sebagai tidak patriotik dan tidak menghargai kemerdekaan ini. Tuduhan dan sangkaan ini tidak akan membantu untuk membina semangat pemuda kita kini.
> (Sumber ubah suai: https://www.astroawani.com, 28 Ogos 2019)
Huraikan mesej yang terkandung dan iktibar yang diperoleh daripada petikan tersebut.
8 marks
620 marks
a
Jelaskan latar belakang penubuhan Jawatankuasa Kerja Persekutuan Tanah Melayu 1948.
4 marks
b
Terangkan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 kepada pembinaan negara dan bangsa Malaysia hingga hari ini.
8 marks
c
Baca petikan berikut.
> Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House. Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan Sir Edward Gent sebagai wakil kerajaan British. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan pelaksanaan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah persekutuan buat pertama kalinya.
>
> PTM 1948 juga mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu. Syarat-syarat kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah Melayu juga diperketatkan melalui penguatkuasaan undang-undang dan naturalisasi secara memohon. Persekutuan Tanah Melayu melalui perlembagaannya menjamin hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak, kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing. PTM 1948 juga menjadi asas perlembagaan negara Malaysia.
> (Sumber diubah suai: www.beritaharian.Online, 21 Oktober 2017)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
720 marks
> Kejayaan pemulihan ekonomi negara, kestabilan politik dan kesejahteraan sosial yang sedang dikecapi ketika ini adalah hasil kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
> (Sumber: www.beritaharian.Online, 05 Mac 2022)
Jelaskan bentuk kerjasama dalam aspek berikut.
a(i)
Pembangunan tanah
3 marks
a(ii)
Pembangunan wilayah
3 marks
b
Penyediaan perumahan rakyat adalah langkah kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan sosial.
Berikan penjelasan anda.
6 marks
c
Teliti poster berikut.
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam poster dan kesan daripada hubungan kerjasama tersebut.
8 marks
820 marks
> Pembinaan negara Malaysia berasaskan perpaduan kaum yang menjadi agenda kerajaan dalam memperkasakan Bahasa Melayu dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebagai alat perpaduan.
> (Sumber ubah suai: www.bharian.Online, 28 Februari 2024)
a
Jelaskan cara untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan negara.
6 marks
b
Bagaimanakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan mampu memupuk perpaduan di negara kita?
6 marks
c
Infografik berikut berkaitan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah kerajaan memberi fokus terhadap isu dalam infografik tersebut?
8 marks
920 marks
a
Jelaskan hubungan luar Malaysia selepas mencapai kemerdekaan.
4 marks
b
Terangkan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjayakan dasar luar negara sehingga hari ini.
8 marks
c
Teliti maklumat dalam petikan berikut.
> Malaysia akan terus melaksanakan dasar luar yang bebas berasaskan nilai-nilai kesaksamaan. Teras utama dasar luar Malaysia adalah untuk melindungi kedaulatan negara serta untuk menyumbang secara bermakna ke arah masyarakat dunia yang adil.
>
> Keutamaan terus diberikan kepada ASEAN yang merupakan teras kepada dasar luar Malaysia. Penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015 telah mempertingkatkan pendekatan dan penglibatan Malaysia dalam hubungan kerjasama serantau.
>
> Dalam menghadapi persekitaran global yang kompleks serta hubungan antarabangsa yang semakin berkembang, pendirian Malaysia akan terus berpandukan prinsip-prinsip menghormati kemerdekaan dan sikap tidak mencampuri urusan negara lain serta penyelesaian masalah secara aman.
> (Sumber diubah suai: https://www.pmo.gov.my)
Beri komen anda terhadap maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open