Pemerintah dan rakyat merupakan dua kelompok penting dalam membangunkan sesebuah tamadun. Keakraban antara dua kelompok ini diperlihatkan dengan ungkapan "raja dan rakyat berpisah tiada". Hubung kait pemerintah dan rakyat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka selaras dengan konsep waadat (perjanjian).
a
Nyatakan golongan pemerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
2 marks
Jelaskan peranan golongan berikut pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
b(i)
Peranan sultan
2 marks
b(ii)
Peranan rakyat
2 marks
c
Mengapakah hubungan baik antara pemerintah dan rakyat dalam sesebuah negara perlu dipertahankan?
4 marks
210 marks
Pengisytiharan darurat untuk membanteras ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) dari Jun 1948 sehingga Julai 1960 telah memberi kesan yang besar kepada penduduk Tanah Melayu pada masa itu.
Jelaskan kesan tersebut daripada aspek berikut:
a(i)
Politik
3 marks
a(ii)
Sosioekonomi
3 marks
b
> Pada 2 Disember 1989, perjanjian damai ditandatangani oleh Malaysia dengan PKM dan PKM bersetuju meletak dan menyerahkan senjata sepenuhnya serta menamatkan ancaman mereka di Tanah Melayu.
> (Sumber: www.arkib.gov.my)
Pada pendapat anda, mengapakah PKM mengambil tindakan tersebut?
4 marks
310 marks
Rajah berkaitan dengan takrifan kedaulatan.
- **Takrif kedaulatan** (di tengah rajah), dihubungkan kepada:
- Bahasa Yunani
- Bahasa Melayu
- Bahasa Arab
- Bahasa Inggeris
a
Nyatakan takrif kedaulatan.
2 marks
b
Apakah kepentingan menjaga kedaulatan negara?
4 marks
c
Setiap negara dunia hari ini mengamalkan pelbagai jenis kedaulatan.
Cadangkan langkah-langkah untuk mempertahankan kedaulatan negara.
4 marks
410 marks
Rajah berkaitan dengan langkah kerajaan membina kesejahteraan negara.
- **Perpaduan** → Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- **Perpaduan** → Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
a
Nyatakan **dua** prinsip utama dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
2 marks
b
Bagaimanakah usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan?
4 marks
c
Mengapakah kedua-dua dasar tersebut patut diamalkan di negara kita?
Gunakan pengetahuan sejarah dan pengetahuan am anda.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
> Penetapan visi dan misi serta aturgerak yang praktikal dengan penerapan semangat juang yang tinggi dan bermotivasi merupakan faktor utama kemenangan negara Jepun dalam kempen Perang Dunia Kedua. Slogan Asia untuk Asia telah memulakan perang dengan sasaran pertama adalah serangan dilaksanakan ke atas China dan Korea yang kemudiannya diikuti oleh peperangan menakluki wilayah Manchuria dan seterusnya Kepulauan Pasifik dan Tanah Melayu semenjak awal 1930an.
> (Sumber: http://conference.kuis.edu.my/pasak3/images/eprosiding1/PASAK3_1208.pdf)
a
Mengapakah Jepun menjalankan imperialisme di rantau Asia Pasifik dalam kempen Perang Dunia Kedua?
4 marks
b
Bagaimanakah penentangan rakyat terhadap pendudukan Jepun di negara kita?
8 marks
c
Baca petikan berikut.
> Perlumbaan pembikinan senjata nuklear melibatkan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis, China, Korea Utara, Israel, Iran Pakistan dan India. Lebih mendukacitakan apabila ada antara negara tersebut sengaja melanggar resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam mengawal aktiviti tersebut.
>
> Menurut laporan *Agence France-Presse* (AFP), kuasa nuklear dunia terutama China telah meningkatkan perbelanjaan bagi pembelian senjata untuk negaranya dalam tiga tahun berturut-turut sehingga tahun 2022, iaitu ketika geopolitik semakin memuncak. Sembilan buah negara bersenjata nuklear dunia secara bersama-sama membelanjakan A.S.\$82.9 bilion (RM383.12 bilion) bagi tujuan pengeluaran senjata mereka pada tahun 2022. Separuh daripada perbelanjaan itu dilakukan oleh Amerika Syarikat.
>
> Sementara itu, laporan Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) pula menunjukkan jumlah kepala peledak nuklear yang dimiliki oleh Britain, China, Perancis, India, Israel, Korea Utara, Pakistan, Rusia dan Amerika Syarikat berkurangan kepada 12,512 peledak pada awal tahun ini berbanding 12,710 peledak pada awal tahun 2022. Walaupun sebahagian daripadanya termasuk kepala peledak lama yang dijadualkan untuk dileraikan, namun 9,576 berada dalam "stok tentera dengan potensi untuk digunakan" iaitu lebih 86 berbanding dengan tahun sebelumnya dan angka ini telah mula meningkat.
> (Sumber: Dewan Masyarakat, Julai 2023)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan ramalkan masa depan dunia.
8 marks
620 marks
Kemerdekaan sememangnya dinantikan oleh seluruh rakyat di negara kita. Bagi memastikan detik ini bermakna kepada rakyat dan negara, maka beberapa persediaan diatur pada peringkat Persekutuan dan negeri.
a
Jelaskan persediaan yang dilakukan untuk menjayakan upacara pemasyhuran kemerdekaan negara.
6 marks
b
Terangkan kesan kemerdekaan pada peringkat awal di negara kita.
6 marks
c
Teliti poster berikut.
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
8 marks
720 marks
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Persekutuan.
a
Apakah yang anda faham tentang sistem Persekutuan?
4 marks
b
Galurkan sejarah pembentukan sistem Persekutuan di Malaysia antara 1896 hingga tahun 1963.
8 marks
c
> Kemantapan dan kestabilan sesebuah negara adalah tertakluk pada cara bagaimana pihak yang berkuasa melaksanakan dan mengendalikan pentadbiran negara. Pentadbiran yang cekap akan melahirkan sebuah negara yang sistematik dan maju. Dalam aspek ini, kepimpinan kualiti sangat penting dalam melaksana dan menguruskan pentadbiran negara.
> (Sumber: http://journalarticle.ukm.my/4732/1/V18_1.pdf)
Jelaskan maklumat dalam petikan tersebut dan apakah pentadbiran negara yang anda impikan.
8 marks
820 marks
Selepas pembentukan Malaysia, negara kita menghadapi pelbagai cabaran.
Jelaskan cabaran berikut:
a(i)
Isu pembangunan ekonomi
3 marks
a(ii)
Tragedi hubungan antara kaum
3 marks
b
Bagaimanakah kerajaan mengatasi cabaran di 8(a)?
6 marks
c
> "Cabaran dan ancaman paling dekat, yang sangat kritikal, yang boleh meruntuhkan negara dengan pantas adalah ledakan lava kemarahan sesama rakyat berpunca daripada perselisihan kaum dan agama".
> (Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/56511/berita/nasional/)
Huraikan kesan terhadap negara sekiranya ancaman tersebut berlaku.
8 marks
920 marks
Malaysia adalah sebuah negara yang aktif di persada dunia dengan keanggotaan di dalam organisasi serantau dan antarabangsa seperti Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Jelaskan sumbangan Malaysia dalam organisasi berikut:
a(i)
ASEAN
4 marks
a(ii)
NAM
4 marks
a(iii)
OIC
4 marks
b
> Malaysia perlu memanfaatkan hubungan baik dengan negara luar, dan tidak menjadi 'katak di bawah tempurung' serta enggan bekerjasama dengan negara lain.
> (Sumber: https://www.astroawani.com)
Berikan pandangan anda terhadap pernyataan tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open