Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan rakyat terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.
a
Huraikan gerakan nasionalisme antiraja di Barat.
2 marks
b
Jelaskan sebab-sebab penentangan rakyat Amerika terhadap penjajahan British.
4 marks
c
Idea nasionalisme di Barat telah mencetuskan kesedaran kepada rakyat untuk memperjuangkan kedaulatan negara. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut.
4 marks
210 marks
Pilihan raya merupakan asas berkerajaan sendiri dan memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil atau parti yang akan membentuk kerajaan.
a
Senaraikan **tiga** peringkat Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu.
3 marks
b
Jelaskan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
3 marks
c
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, jelaskan ciri-ciri pemimpin yang akan anda pilih untuk memimpin negara pada masa depan.
4 marks
310 marks
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesebuah negara.
a
Nyatakan undang-undang bertulis yang terdapat di negara kita sebelum kedatangan British.
3 marks
b
Jelaskan ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan.
3 marks
c
Pada pandangan anda, mengapakah perlembagaan penting kepada sesebuah negara?
4 marks
410 marks
Gambar berikut berkaitan dengan peristiwa rusuhan antara kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.
a
Mengapakah berlakunya peristiwa rusuhan kaum tersebut?
2 marks
b
Bagaimanakah peristiwa tersebut dapat diatasi?
4 marks
c
Perpaduan kunci kesejahteraan dan keharmonian negara.
Sejauh manakah usaha memperkukuh perpaduan kaum dapat dicapai?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
a
Huraikan faktor kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.
6 marks
b
Jelaskan Dasar Pendidikan yang dijalankan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
6 marks
c
Bagaimanakah negara dapat mengelakkan diri daripada dikuasai kuasa-kuasa besar?
Beri ulasan anda.
8 marks
620 marks
Sir Edward Gent berucap selepas Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 pada 21 Januari 1948.
a
Jelaskan faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
4 marks
b
Huraikan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
8 marks
c
Maklumat di bawah berkaitan dengan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
> Di bawah perjanjian itu, walaupun kebanyakan kuasa penting masih dipegang oleh kerajaan pusat, tetapi kedudukan kuasa penting sebagai pemerintah berdaulat di negeri masing-masing dikekalkan dan kedudukan istimewa orang Melayu terpelihara. Raja-raja kini bertindak melalui sebuah badan yang dikenali sebagai 'Majlis Raja-raja.'
>
> Selain itu, sebarang perubahan yang melibatkan undang-undang imigresen, skim gaji untuk pegawai-pegawai awam atau cadangan untuk menyusun semula jentera kerajaan mestilah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja untuk dibincangkan sebelum dilaksanakan. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu juga telah mengurangkan kebimbangan orang Melayu terhadap kerajaan British.
>
> Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu juga telah melahirkan keinginan kerajaan United Kingdom dan raja-raja Melayu ke arah pembentukan 'kerajaan sendiri' (self government). Selaras dengan itu, pilihan raya Persekutuan pertama diadakan pada tahun 1955 untuk memilih 52 orang anggota Majlis Undangan Persekutuan.
>
> (Sumber: Ruslan Zainudin 2003, Sejarah Malaysia, Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia.
8 marks
720 marks
Pentadbiran kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Jelaskan bidang kuasa berikut.
a(i)
Kerajaan Persekutuan
4 marks
a(ii)
Kerajaan Negeri
4 marks
a(iii)
Kerajaan Tempatan
4 marks
b
Baca maklumat yang terdapat dalam berita di bawah.
> **Kerjasama Persekutuan - Negeri pacu pemulihan ekonomi, kestabilan politik.**
>
> JOHOR BAHRU - Kejayaan pemulihan ekonomi negara, kestabilan politik dan kesejahteraan sosial yang sedang dikecapi ketika ini, adalah hasil kerjasama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang sentiasa berganding bahu menyalurkan keperluan Keluarga Malaysia.
>
> Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama erat itu adalah bagi memastikan tiada sesiapapun yang tertinggal, seterusnya menangani jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan.
>
> "Pandemik Covid-19 telah membawa impak yang besar ke atas kehidupan seharian Keluarga Malaysia dan kerajaan tidak pernah alpa dalam menyediakan bantuan daripada segi kewangan, sosial mahupun peluang pekerjaan," katanya.
>
> (Sumber: Berita Bernama 5 Mac 2022)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam berita tersebut dan kesan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
8 marks
820 marks
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru yang dirangka untuk tempoh masa 10 tahun iaitu 1991 – 2000. DPN merupakan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju berdasarkan Wawasan 2020.
a
Jelaskan objektif Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
4 marks
b
Terangkan strategi kerajaan mencapai matlamat DPN sehingga tahun 2000.
8 marks
c
Pada pendapat anda, adakah Dasar Pembangunan Nasional mencapai kejayaan? Berikan penjelasan anda.
8 marks
920 marks
Penggubalan dasar luar Malaysia dilaksanakan berpandukan perkembangan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat domestik dan antarabangsa.
a
Jelaskan matlamat penggubalan dasar luar Malaysia.
4 marks
b
Malaysia merupakan negara yang proaktif dalam Komanwel. Huraikan penyertaan Malaysia dalam Komanwel.
8 marks
c
Gambar menunjukkan kontinjen Malaysia melangkah megah semasa majlis perasmian Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan mewujudkan hubungan harmoni dengan negara luar?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open