Imperialisme Barat yang bermula sejak abad ke-16 telah mencetuskan gerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara.
a
Jelaskan maksud nasionalisme.
3 marks
b
Bagaimanakah kegagalan Gerakan Propaganda di Filipina mencetuskan idea nasionalisme yang lebih radikal?
3 marks
c
Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda memupuk semangat nasionalisme pada masa kini?
4 marks
210 marks
Selepas Perang Dunia Kedua, Sarawak diserahkan kepada British. Penyerahan Sarawak ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan.
a
Mengapakah Sarawak diserahkan kepada British?
3 marks
b
Jelaskan sebab rakyat Sarawak menentang penyerahan tersebut.
3 marks
c
Sebagai generasi hari ini, apakah yang akan anda lakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang penjajahan bentuk baharu pada masa hadapan?
4 marks
310 marks
Sejak merdeka, Sistem Persekutuan dapat berfungsi dengan baik di negara kita. Prinsip Persekutuan menyumbang kepada kestabilan hubungan antara negeri. Kerjasama antara dua pihak dapat memberikan manfaat kepada kesejahteraan negara.
a
Berikan dua faktor yang mengukuhkan sistem persekutuan di negara kita.
2 marks
b
Jelaskan faktor dalam perkara **3(a)** tersebut.
4 marks
c
Rakyat dan pemimpin pada semua peringkat perlu menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan sistem Persekutuan membawa kemakmuran kepada negara.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan memahami tanggungjawab rakyat dan pemimpin tersebut dalam membangunkan negara?
4 marks
410 marks
Salah satu cabaran dalaman selepas pembentukan Malaysia ialah ancaman komunis di Sarawak.
a
Apakah bentuk ancaman komunis tersebut?
2 marks
b
Bagaimanakah kerajaan menangani ancaman komunis di Sarawak?
4 marks
c
Gambar di bawah menunjukkan serangan komunis terhadap Tugu Negara.
Apakah perasaan anda ketika itu dan bagaimana anda bekerjasama dengan kerajaan untuk membanteras ancaman tersebut?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union 1946.
a
Jelaskan latar belakang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
4 marks
b
Terangkan kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia.
8 marks
c
Baca dan teliti maklumat dalam petikan di bawah.
> Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan pada 1 April 1946 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948, meskipun telah melahirkan sebuah negara bangsa baru, namun dari segi perundangan dan struktur pemerintahannya memperlihatkan pertentangan yang ketara. Perlembagaan Malayan Union, memindahkan segala kekuasaan Raja-raja Melayu kepada Raja Britain sekaligus telah melenyapkan kedaulatan para baginda. Manakala dalam Perlembagaan Persekutuan 1948, kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan. Walau bagaimanapun, dalam Perlembagaan Persekutuan 1948, para baginda perlu menyerahkan sebahagian daripada kekuasaan baginda bagi membolehkan kerajaan pusat yang dibentuk dapat berfungsi dalam sistem pemerintahan persekutuan. Perlembagaan Malayan Union juga dilihat memperuntukkan pelaksanaan pemerintahan bersifat kesatuan. Kerajaan pusatnya diketuai oleh seorang Gabenor yang diperuntukkan kuasa yang begitu luas. Kerajaan negeri sungguhpun dikekalkan namun tidak ditetapkan sebarang bidang kuasa kecuali jika diturunkan oleh kerajaan pusat. Perlembagaan Persekutuan 1948 pula meletakkan Negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka di bawah sistem persekutuan yang menggariskan pemisahan kuasa yang jelas antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
>
> (Sumber: Dr. Ahmad Kamal, Malayan Union dan Persekutuan 1948, UM Research Repository)
Jelaskan maklumat yang terdapat dalam petikan dan sejauh manakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 menjadi asas kepada sistem pemerintahan berparlimen di Malaysia hari ini?
8 marks
620 marks
Pada 8 Mac 1956, setelah mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu, kerajaan British telah mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid.
a
Huraikan tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
6 marks
b
Jelaskan langkah-langkah penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
6 marks
c
Baca dan teliti maklumat dalam petikan di bawah.
> Mutakhir ini, isu berkaitan kontrak sosial terus diungkit dan menjadi polemik dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Siri polemik itu jika tidak ditangani mampu mengundang ketegangan kaum dan menggugat keselamatan negara. Sumber daripada Majlis Profesor Negara menyatakan konsep kontrak sosial itu merujuk kepada persetujuan bersama yang tercapai dalam kalangan pemimpin Melayu, Cina dan India pada tahun 1956. Persetujuan dan kesepakatan itu berlaku ketika Suruhanjaya Reid sedang mengumpulkan pandangan pelbagai pihak yang tinggal di negeri-negeri Tanah Melayu untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan bagi mencapai kemerdekaan pada 1957. Perlembagaan negara kita unik kerana terhasil melalui perjuangan orang Melayu menolak Malayan Union dan rakyat menuntut kemerdekaan. Kontrak sosial bukan sekadar sebuah dokumen mengenai peraturan dan cara pengendalian sesebuah negara. Namun yang lebih penting lagi ia asas kontrak sosial antara pelbagai komponen yang saling berkaitan.
>
> (Sumber ubahsuai: http://www.sinarharian.com.my/article/52989/KOLUMNIS)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan dan langkah bagi memastikan rakyat mematuhi kontrak sosial tersebut.
8 marks
720 marks
Dasar Pendidikan Kebangsaan dirangka sebelum negara mencapai kemerdekaan. Pelbagai isu mengenai pendidikan negara diberikan perhatian termasuk usaha memartabatkan bahasa pengantar yang sama untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
a
Nyatakan kandungan utama yang ditekankan dalam Akta Pendidikan 1996.
4 marks
b
Jelaskan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
8 marks
c
Penggunaan bahasa kebangsaan dapat memupuk perpaduan kaum.
Berikan komen anda.
8 marks
820 marks
Perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi, sosial dan politik telah memberikan cabaran dan mengubah landskap dasar luar Malaysia sejak mencapai kemerdekaan sehingga kini.
a
Huraikan cabaran-cabaran untuk mengukuhkan dasar luar negara kita sejak mencapai kemerdekaan.
6 marks
b
Jelaskan bentuk cabaran dalam mengukuhkan dasar luar yang bakal dihadapi oleh negara kita pada masa akan datang.
6 marks
c
Teliti gambar berikut.
Berikan ulasan anda.
8 marks
920 marks
Rajah berikut berkaitan isu kemanusiaan dan keamanan yang diperjuangkan oleh rakyat Malaysia.
- Isu Palestin
- Isu Syria
- Tsunami di Aceh dan Sri Lanka
Nyatakan isu berikut:
a(i)
Isu Palestin
2 marks
a(ii)
Isu Syria
2 marks
a(iii)
Tsunami di Aceh dan Sri Lanka
2 marks
b
Bagaimanakah rakyat Malaysia membantu menangani isu di **9(a)**?
6 marks
c
Apakah iktibar yang dapat diambil daripada isu kemanusiaan dan keamanan tersebut?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open