Nasionalisme di Asia Tenggara berakar umbi daripada gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat seperti yang berlaku di Filipina.
a
Namakan kuasa barat yang menjajah Filipina.
2 marks
b
Bagaimanakah gerakan nasionalisme berlaku di Filipina?
4 marks
c
> Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsa.
> (Sumber: Hans Kohn, 1961, The Idea of Nationalism, New York: Macmillan Pub. Co)
Mengapakah semangat setia kepada negara dan bangsa dianggap penting?
4 marks
210 marks
Komunisme ialah suatu fahaman politik yang disebarkan di negara kita oleh Parti Komunis Malaya (PKM) sejak tahun 1930-an.
a
Nyatakan dua buah negara yang terlibat dengan penyebaran fahaman komunis pada era 1920-an di Tanah Melayu.
2 marks
b
Jelaskan tentang penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM).
4 marks
c
Petikan akhbar berikut berkaitan dengan ancaman komunis di negara kita.
> KUALA LUMPUR - Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu sedar bahawa ancaman komunis merupakan perkara yang sangat serius. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan untuk memastikan ideologi komunisme tidak berkembang di negara ini.
> (Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/63316/berita/nasional/ancaman-komunis)
Mengapakah ideologi komunis perlu dihalang daripada berkembang di negara kita?
4 marks
310 marks
Setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri-ciri tertentu bagi menentukan kedaulatannya.
a
Terangkan ciri-ciri negara berdaulat dari aspek pemerintahan.
2 marks
b
Senaraikan kepentingan mewujudkan sebuah negara yang berdaulat.
4 marks
c
Sebagai generasi muda, anda bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara. Berikan pandangan anda.
4 marks
410 marks
Pembentukan Rukun Negara merupakan kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969.
a
Apakah matlamat Rukun Negara?
2 marks
b
Mengapakah kepercayaan kepada Tuhan menjadi prinsip pertama Rukun Negara?
4 marks
c
Prinsip kelima Rukun Negara menuntut semua rakyat Malaysia bersopan dan bertatasusila. Huraikan.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 adalah lambang kejayaan perjuangan orang Melayu mempertahankan maruah bangsa dan negara.
a
Apakah faktor Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya dibentuk?
6 marks
b
Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
c
> Persekutuan Tanah Melayu 1948 menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. Di samping, membuka ruang kepada orang bukan Melayu menjadi warganegara.
> (Sumber: Buku teks Sejarah KSSM Tingkatan 4)
Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 penting dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia?
8 marks
620 marks
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan diadakan pada tahun 1955.
a
Jelaskan maksud pilihan raya.
4 marks
b
Baca maklumat di bawah dengan teliti.
**KEWAJIPAN UNTUK MENGUNDI**
- Hak rakyat dalam sistem demokrasi
- Bebas memilih kerajaan yang memerintah
- Keadilan dan hak rakyat terjamin
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, mengapakah anda perlu mengundi dalam pilihan raya?
8 marks
c
Teliti poster di bawah:
Berdasarkan maklumat di atas, mengapakah pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun di negara ini adalah wajar dilaksanakan?
8 marks
720 marks
Pernyataan berikut berkaitan Perkara 32 dalam Perlembagaan Persekutuan.
> **PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN**
> **Bahagian IV — PERSEKUTUAN**
> Bab 1 - Ketua Utama Negara
>
> Perkara 32: Ketua Utama Negara bagi Persekutuan dan isterinya
>
> (1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
a
Jelaskan kedudukan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan peruntukan perlembagaan tersebut.
4 marks
b
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa yang luas meliputi kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman.
Jelaskan kuasa tersebut.
8 marks
c
Pernyataan berikut adalah prinsip kedua Rukun Negara.
> **Kesetiaan kepada Raja dan Negara**
Sebagai warganegara patriotik, bagaimanakah anda mengaplikasikan prinsip tersebut dalam kehidupan seharian?
8 marks
820 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan satu peristiwa penting dalam perjalanan sejarah negara.
| Tarikh | Peristiwa |
| --- | --- |
| 9 Julai 1963 | Perjanjian Malaysia ditandatangani oleh Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura |
a
Jelaskan kandungan perjanjian yang dimeterai.
6 marks
b
Perjanjian tersebut memberikan impak yang besar terhadap pembentukan negara Malaysia yang berdaulat.
Bincangkan kepentingan perjanjian tersebut.
6 marks
c
Gambar berkaitan peristiwa sambutan Hari Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia, jelaskan perasaan anda setiap kali negara menyambut Hari Malaysia pada tanggal 16 September.
8 marks
920 marks
Dasar luar Malaysia bersifat dinamik dan berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik global yang sentiasa berubah.
a
Jelaskan matlamat penggubalan dasar luar Malaysia.
4 marks
b
Terangkan faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia.
8 marks
c
Pernyataan berikut berkaitan kerjasama Malaysia dengan negara luar.
**KERJASAMA MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR**
- Mewujudkan kestabilan serantau
- Menjamin perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di pentas dunia
Hubungan luar yang luas telah memberikan banyak manfaat kepada masyarakat dan negara Malaysia.
Berikan penjelasan anda.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open