Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat.
**Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka:**
- Hukum Kanun Melaka
- Undang-undang Laut Melaka
Nyatakan perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut.
a(i)
Hukum Kanun Melaka
2 marks
a(ii)
Undang-undang Laut Melaka
2 marks
b
Bagaimanakah undang-undang tersebut berjaya mewujudkan kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?
2 marks
c
> Dalam Hukum Kanun Melaka, terdapat beberapa perkataan yang hanya boleh digunakan oleh raja, iaitu titah, murka, kurnia dan anugerah. Rakyat tidak dibenarkan mempersendakan dan menuturkan perkataan tersebut.
> (Sumber diubahsuai: Buku teks Tingkatan 4, 2019)
Ulaskan pernyataan tersebut.
4 marks
210 marks
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) telah ditubuhkan pada tahun 1949 oleh pentadbir British di bawah Sir Malcolm MacDonald untuk mengeratkan hubungan kerjasama dan persefahaman antara masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu.
a
Apakah matlamat pembentukan CLC?
2 marks
b
Jelaskan peranan yang dimainkan oleh jawatankuasa tersebut dalam menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum.
4 marks
c
Baca maklumat berikut.
> Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC) 1949 membabitkan pelbagai etnik berusaha menyelesaikan setengah masalah Perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan berlainan daripada pelbagai etnik. Melalui CLC, pemimpin pelbagai etnik berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan dicari jalan penyelesaiannya.
>
> Selain berusaha merapatkan hubungan dan kerjasama antara etnik, CLC sendiri dianggap sebagai platform bagi wakil setiap etnik menyuarakan kepentingan politik masing-masing.
> (Sumber: https://www.bharian.com.my)
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kesan pembentukan jawatankuasa tersebut.
4 marks
310 marks
Kebebasan asasi merupakan salah satu ciri amalan demokrasi yang dinikmati oleh setiap warganegara Malaysia berdasarkan Perlembagaan Persekutuan seperti rajah berikut.
**Kebebasan Asasi Mengikut Perlembagaan Persekutuan:**
- X
- Hak Berkenaan Pendidikan
- Kebebasan Beragama
- Y
a
Apakah X dan Y?
2 marks
b
Jelaskan ciri-ciri kebebasan asasi seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
4 marks
c
Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah anda mengamalkan kebebasan asasi supaya negara kekal aman dan makmur?
4 marks
410 marks
Rajah berikut berkaitan langkah kerajaan untuk membina kesejahteraan negara.
**Perpaduan:**
- Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
a
Nyatakan dua prinsip utama dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
2 marks
b
Bagaimanakah usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan?
4 marks
c
Teliti petikan berikut.
> Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan bangsa yang mempunyai pelbagai adat dan budaya. Jabatan Menteri sebulat suara bersetuju bahawa semua perayaan berasaskan kebudayaan harus diraikan oleh semua lapisan masyarakat. Rakyat Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya, perlu meraikan bagi memupuk kebersamaan dan perpaduan yang erat di negara kita. Perbezaan agama, budaya dan adat resam setiap kaum dirai bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan negara.
> (Sumber diubahsuai: www.awani.com)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Perkembangan nasionalisme di negara kita turut disemarakkan melalui penulisan oleh golongan guru, penulis dan wartawan yang menghasilkan karya seperti akhbar, majalah, novel, cerpen dan puisi.
a
Jelaskan isu yang diketengahkan oleh akhbar pada ketika itu.
4 marks
b
Bagaimanakah golongan intelektual di negara kita menyumbang kepada perkembangan nasionalisme pada abad ke-20?
8 marks
c
Teliti maklumat dalam poster berikut.
Berikan ulasan anda.
8 marks
620 marks
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 5 Ogos 1957 merupakan asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang merdeka.
a
Terangkan inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
6 marks
b
Jelaskan kepentingan perjanjian tersebut.
6 marks
c
Teliti infografik berikut.
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan dan mengapakah perkara tersebut termaktub dalam perlembagaan negara kita?
8 marks
720 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
- **Pembangunan sosioekonomi**
- **Penyediaan perumahan rakyat**
a
Bagaimanakah kerjasama pembangunan sosioekonomi dilaksanakan antara kedua-dua kerajaan tersebut selepas merdeka?
6 marks
b
Terangkan kerjasama dalam pembangunan penyediaan perumahan rakyat oleh kerajaan.
6 marks
c
Baca dan fahami petikan berikut.
> Antara perkara yang tersenarai di bawah Senarai Persekutuan ialah hubungan luar seperti perjanjian antarabangsa, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah termasuk bidang kuasa dan kuasa mahkamah (kecuali Mahkamah Syariah negeri), rahsia rasmi, undang-undang Islam dan peribadi yang lain bagi tujuan undang-undang Persekutuan dan kewarganegaraan Malaysia.
>
> Ia juga termasuk perkara seperti kewangan, perdagangan dan perindustrian termasuk import dan eksport, perkapalan termasuk pelabuhan, perhubungan dan pengangkutan, pendidikan, perubatan dan kesihatan, kebajikan orang asli, pelancongan, buruh dan keselamatan sosial.
>
> Bagi Senarai Negeri pula, ia termasuk undang-undang Islam dan undang-undang peribadi dan keluarga bagi individu yang menganut agama Islam, mewujudkan Mahkamah Syariah, tanah, pertanian dan hutan, kerajaan tempatan, pihak berkuasa tempatan, pemilihan kerajaan tempatan, pasar dan pelesenan teater, pawagam dan tempat-tempat hiburan awam, kerja raya negeri dan air (kecuali pembekalan dan perkhidmatan air) serta cuti negeri.
> (Sumber: Diubahsuai daripada sinarharian.com.my)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan di atas dan kelebihan pembahagian kuasa dalam pentadbiran negara.
8 marks
820 marks
Pada akhir abad ke-19, idea pembentukan Malaysia telah dikemukakan oleh pihak British dan penduduk tempatan.
Huraikan langkah-langkah pembentukan Malaysia berikut:
a(i)
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JKSM)
4 marks
a(ii)
Suruhanjaya Cobbold
4 marks
a(iii)
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
4 marks
b
Baca dan fahami maklumat dalam petikan berikut.
> Malaysia hari ini, antara negara bebas daripada pengaruh dan anasir asing. Ini manfaat paling berharga dinikmati generasi baharu Malaysia kerana dapat hidup aman dan damai. Berbeza kehidupan nenek moyang yang sentiasa hidup ketakutan, kerisauan, kebuluran dan menjadi mangsa kekejaman komunis.
>
> Ekoran ini juga wujud satu negara bangsa yang besar merangkumi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ia mengimbangi nisbah penduduk terdiri pelbagai agama, budaya dan bangsa. Percantuman Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sesungguhnya menyatupadukan seluruh bangsa dan kaum sehingga terbentuknya suatu budaya sangat unik di bawah satu payung.
>
> Malaysia antara negara yang sangat kaya dengan keunikan budaya, adat resam, kepercayaan dan gaya hidup. Lihatlah kesannya sekarang, dengan pelancong daripada dalam dan luar negara tertarik melihat sendiri gaya hidup masyarakat yang mempunyai budaya unik ini.
> (Sumber: Diubahsuai daripada bharian.com.my)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan iktibar yang boleh diambil.
8 marks
920 marks
Dasar luar Malaysia terus diperkukuh selepas kemerdekaan. Hal ini bagi mencorakkan dan menggubal dasar yang mampu memberikan faedah kepada kedaulatan negara.
a
Jelaskan cabaran bagi mengukuhkan dasar luar.
4 marks
Terangkan peranan Malaysia dalam pertubuhan berikut:
b(i)
Komanwel
4 marks
b(ii)
OIC
4 marks
c
> **PUTRAJAYA:** Asas-asas utama dasar luar Malaysia seperti dasar berkecuali dan kerjasama dengan negara-negara lain akan terus dikekalkan, beberapa aspek akan menjadi keutamaan termasuk hubungan dengan negara-negara tertentu yang memerlukan tinjauan semula.
>
> Sebagai contoh, hubungan dengan ASEAN, satu daripada dasar luar yang sangat penting untuk diberikan keutamaan, hubungan dengan negara-negara kuasa besar, Asia Barat dan sebagainya.
> (Senator Datuk Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Luar. Sumber: https://www.astroawani.com)
Bincangkan maklumat yang terdapat dalam petikan dan kesan pengamalan dasar tersebut kepada negara.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open