Sistem pentadbiran dan kewujudan undang-undang yang unggul menjamin keutuhan pentadbiran bagi sesebuah negara. Kesultanan Melayu Melaka meletakkan syariah dan hukum adat sebagai asas pembentukan undang-undangnya.
a
Senaraikan dua undang-undang yang diguna pakai semasa Kesultanan Melayu Melaka pada masa itu.
2 marks
b
Jelaskan peranan Sultan dan pembesar dalam Hukum Kanun Melaka dan peranan Nakhoda dalam Undang-undang Laut Melaka.
4 marks
c
Teliti petikan berikut.
> "Rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon: jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri demikian lagi raja itu dengan segala rakyatnya"
>
> (Sumber: WG Shellabear, 1995 Sejarah Melayu)
Beri komen anda.
4 marks
210 marks
Kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Tanah Melayu atau dikenali sebagai Suruhanjaya Reid setelah mendapat perkenan Raja-raja Melayu pada 8 Mac 1956.
a
Senaraikan tiga terma yang menjadi rujukan suruhanjaya tersebut dalam menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
3 marks
b
Bagaimanakah suruhanjaya tersebut melaksanakan tugasnya?
3 marks
c
Suruhanjaya Perlembagaan menunjukkan pentingnya muafakat dalam memastikan negara stabil dari segi politik. Jelaskan kepentingan muafakat dalam kalangan pemimpin masa ini.
4 marks
310 marks
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dan peranan yang luas dalam pemerintahan negara dan meliputi beberapa bidang.
Rajah: **Yang di-Pertuan Agong** bercabang kepada tiga bidang:
- X
- Perundangan
- Y
a
Nyatakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong di:
X: …
Y: …
2 marks
b
Jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam bidang perundangan di peringkat Kerajaan Persekutuan.
4 marks
c
Bagaimanakah konsep pengasingan kuasa dapat mengukuhkan sistem pentadbiran negara kita?
4 marks
410 marks
Pernyataan berikut berkaitan dengan Akta Bahasa Kebangsaan.
> Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 yang juga dikenali sebagai Akta 32 telah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia.
a
Apakah usaha kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selain dalam bidang pendidikan?
3 marks
b
Jelaskan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan.
3 marks
c
Teliti pantun 'Bahasa Jiwa Bangsa' berikut.
> Ikat jerami muat ke kandar,
> Selepas makan mandi di telaga;
> Ucap difahami wasangka terhindar,
> Bahasa kebangsaan penyatu warga.
Jelaskan mesej yang terkandung dalam pantun tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Pernyataan berikut berkaitan dengan Perang Dunia Kedua.
> Perang Dunia Kedua (1939-1945) berlaku di dua medan pertempuran iaitu di Eropah dan Asia Pasifik.
a
Terangkan faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah?
6 marks
b
Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland pada September 1939.
Jelaskan perkembangan peristiwa tersebut.
6 marks
c
Baca petikan berikut.
> Save the Children dalam laporannya di therelief web, memberi amaran kanak-kanak Palestin dan Israel akan menanggung kesihatan mental selama bertahun-tahun yang akan datang.
>
> Sekurang-kurangnya 65 kanak-kanak Palestin di Gaza manakala hanya dua kanak-kanak Israel dilaporkan terbunuh antara 10 Mei, sehingga gencatan senjata tercapai. 51 buah sekolah di Gaza pula rosak akibat serangan dan tiga lagi dilaporkan rosak di Israel. Sekolah di kedua-dua wilayah ditutup kerana serangan udara oleh pasukan Israel dan juga roket yang ditembakkan dari Gaza. Ribuan kanak-kanak pula kehilangan tempat tinggal.
>
> Kanak-kanak yang hidup dalam ketakutan dengan keganasan yang berterusan boleh mengalami kegelisahan yang berterusan dalam tindak balas fisiologi terhadap tekanan yang boleh memberi kesan jangka panjang, kata Save the Children.
>
> (Sumber: https://www.ummahtoday.com.my/kanak-kanak-gaza-mewarisi-kesan-mental-berpanjangan/)
Apakah mesej yang disampaikan dalam petikan tersebut dan nyatakan tindakan negara kita dalam isu ini?
8 marks
620 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 hasil kejayaan perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union.
**Persekutuan Tanah Melayu 1948**
> Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948, selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani antara Raja-raja Melayu dengan Kerajaan British pada 21 Januari 1948. Persekutuan ini mengandungi sembilan (9) negeri Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan dua (2) negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Penubuhan Persekutuan ini adalah hasil daripada tentangan hebat orang Melayu terhadap pewujudan Malayan Union pada 1 April 1946 namun terpaksa dibubarkan pada 21 Januari 1948.
>
> (Sumber: http://eksplorasinegarawan.arkib.gov.my/)
a
Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibentuk?
6 marks
b
Jelaskan ciri-ciri yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
c
Petikan berikut berkaitan dengan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
> Apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 digubal bagi maksud pembentukan sebuah persekutuan, perkara yang menyentuh kepentingan orang Melayu sebagai bangsa asal terus diberi perhatian.
>
> Hal ini tidak pelik kerana melalui kuat kuasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Raja-Raja Melayu juga memperkenankan bangsa dan kaum asing diterima masuk sebagai warganegara.
>
> Lantaran itu, kedudukan istimewa orang Melayu diletak di bawah tanggungjawab khas Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan, yang juga berfungsi untuk memelihara kepentingan sah kaum lain.
>
> (Sumber: https://api.bharian.com.my/)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesannya kepada pembentukan negara bangsa Malaysia kini.
8 marks
720 marks
Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi dan panduan dalam sistem pemerintahan negara. Perlembagaan mempunyai dua ciri utama iaitu tradisional dan moden yang diperlukan bagi kestabilan serta kemajuan negara.
a
Terangkan ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan.
6 marks
b
Huraikan perkara yang dipinda dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963 dan 1965?
6 marks
c
Teliti gambar di bawah.
Gambar tersebut (Sumber: Berita RTM/Perlis FM, 26 Ogos 2020) menunjukkan mesej kepentingan menjiwai semangat perlembagaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Berikan hujah anda.
8 marks
820 marks
Peristiwa rusuhan antara kaum berlaku 13 Mei 1969, bermula beberapa hari setelah diadakan Pilihan Raya Umum Ketiga tertumpu di Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan sekitarnya.
a
Apakah faktor yang menyebabkan tercetusnya rusuhan tersebut?
4 marks
Jelaskan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani tragedi tersebut.
b(i)
Pengisytiharan darurat.
4 marks
b(ii)
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
4 marks
c
Teliti maklumat berikut.
> Pendekatan integrasi menjadi tunjang agenda perpaduan negara membolehkan masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup bersama-sama dalam suasana harmoni di samping mengekalkan identiti dan ciri bangsa masing-masing.
>
> Keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan masing-masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian.
>
> Hubungan baik dalam masyarakat berbilang bangsa tidak boleh dijadikan taruhan oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda peribadi atau kelompok tersendiri. Perlu ada belas kasihan kepada rakyat yang inginkan keamanan dan kestabilan negara agar berpeluang untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan selamat dan terjamin. Cukuplah kekacauan dan konflik di negara asing sebagai pengajaran kepada kita.
>
> (Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/komentar)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan mengekalkan keharmonian kaum di negara.
8 marks
920 marks
a
Jelaskan matlamat penggubalan dasar luar negara.
4 marks
Terangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan berikut dalam usaha mengekalkan keamanan dan kemajuan sejagat.
b(i)
ASEAN
4 marks
b(ii)
OIC
4 marks
c
Baca petikan berikut.
> Matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk mengekalkan kedaulatan negara. Namun begitu pelbagai cabaran terpaksa dihadapi Malaysia untuk mengukuhkan dasar luarnya.
>
> Perubahan yang berlaku dalam politik pada peringkat antarabangsa memberi kesan besar kepada Malaysia. Pada bulan Mei 1974, Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke China. Pemimpin China telah menyokong cadangan Malaysia mewujudkan kawasan Aman Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara. China juga memberi jaminan tidak akan mengganggu urusan dalam negara khususnya berhubung dengan kegiatan pengganas komunis. Akhirnya wujud hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Langkah Tun Abdul Razak ini diikuti oleh negara-negara ASEAN yang lain. Dasar luar Tun Abdul Razak berjaya membawa Malaysia ke arah sebuah negara yang bebas serta dapat memberi sumbangan kepada rantau Asia Tenggara.
>
> Perluasan pengaruh komunis di Indochina turut menyebabkan ketidakstabilan kepada rantau Asia Tenggara. Berlaku kebanjiran pendatang asing Kampuchea di Asia Tenggara. Pada era pentadbiran Tun Hussein Onn, terdapat lebih 50 000 orang pelarian Kampuchea di Malaysia. Bagi memastikan mereka benar-benar mendapat perlindungan, Tun Hussein Onn menempatkan mereka di Pulau Bidong, Terengganu. Malaysia telah menggerakkan usaha menyokong Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN di Bali, Indonesia bagi membincangkan pergolakan di Indochina.
>
> (Sumber: Diubah suai dari buku Siri Tokoh-Tokoh Sejarah, 2004)
Mengapakah pemimpin-pemimpin Malaysia tersebut komited dalam mendepani cabaran mengukuhkan dasar luar negara dan apakah iktibar yang boleh diperolehi?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open