Nasionalisme adalah satu doktrin yang muncul di Eropah pada awal abad ke-19.
(Sumber: Elie Kedourie, *Nationalism*, Praeger Universiti Series, 1962)
a
Jelaskan maksud nasionalisme.
2 marks
b
Jelaskan peristiwa tercetusnya Revolusi Keagungan dan Revolusi Amerika di Barat.
4 marks
c
"Nasionalisme Teras Perpaduan" merupakan salah satu tema sempena Hari Kebangsaan di negara kita.
Bagaimanakah semangat nasionalisme mampu dipupuk dalam diri setiap rakyat bagi mengekalkan perpaduan kaum?
4 marks
210 marks
Rajah berikut berkaitan dengan perkembangan pilihan raya di Persekutuan Tanah Melayu.
**Pilihan raya X** → **Pilihan raya Y** → **Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955**
a
Nyatakan pilihan raya berikut:
X: …
Y: …
2 marks
b
Jelaskan proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
4 marks
c
Rajah berikut menunjukkan rakyat Malaysia berumur 18 tahun layak untuk mengundi dalam pilihan raya.
Pada pandangan anda, wajarkah rakyat berumur 18 tahun diberi hak untuk mengundi dalam pilihan raya malah bertanding menjadi pemimpin negara?
4 marks
310 marks
Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
(Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia))
a
Nyatakan maksud perlembagaan.
2 marks
b
Jelaskan ciri tradisional yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan di negara kita.
4 marks
c
Sejak merdeka, Perlembagaan Malaysia telah membawa impak kepada negara sama ada dalam aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Apakah yang akan berlaku sekiranya negara kita tiada perlembagaan?
4 marks
410 marks
Peristiwa rusuhan antara kaum berlaku pada 13 Mei 1969, bermula beberapa hari setelah diadakan Pilihan Raya Umum Ketiga.
a
Nyatakan sebab berlakunya rusuhan kaum tersebut.
2 marks
b
Bagaimanakah kerajaan mengatasi sebab di 4(a)?
4 marks
c
Peristiwa rusuhan antara kaum ini memberi iktibar kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia pada hari ini. Beri ulasan anda.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Kedatangan Jepun ke negara kita bermula di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 di Kota Bharu, Kelantan.
a
Jelaskan faktor kedatangan Jepun di negara kita.
4 marks
b
Huraikan dasar pendudukan Jepun di negara kita.
8 marks
c
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, anda perlu memainkan peranan untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh. Berikan cadangan anda.
8 marks
620 marks
Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian PTM 1948.
a
Jelaskan faktor yang mendorong penubuhan tersebut.
6 marks
b
Huraikan ciri-ciri PTM 1948.
6 marks
c
Petikan berkaitan tentang PTM 1948.
> …Malaysia pada hari ini bukan sebuah persekutuan yang bermula daripada kekosongan. Pada peringkat awal, ia adalah persekutuan Sembilan Kerajaan Melayu berdaulat dengan dua Negeri Selat pada 21 Januari 1948, diikat melalui Perjanjian Persekutuan.
>
> (Sumber: http://bharian.com.my/)
Bincangkan manfaat yang diperoleh daripada kejayaan pembentukan Persekutuan tersebut.
8 marks
720 marks
Pentadbiran kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
Terangkan bidang kuasa berikut:
a(i)
Kuasa Kerajaan Persekutuan.
4 marks
a(ii)
Kuasa Kerajaan Negeri.
4 marks
a(iii)
Peranan Kerajaan Tempatan.
4 marks
b
Rajah berikut merupakan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pembangunan sosioekonomi negara.
Berdasarkan rajah di atas, mengapakah kerjasama kedua-dua kerajaan ini penting dalam memastikan kesejahteraan sosial dapat dicapai?
8 marks
820 marks
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Julai 1991.
Jelaskan berkaitan DPN berikut:
a(i)
Matlamat
2 marks
a(ii)
Objektif
2 marks
b
Terangkan strategi yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat di (a)(i).
8 marks
c
Pada masa kini, ekonomi dunia berdepan dengan cabaran yang sangat hebat. Sebagai pemimpin, bagaimanakah anda membawa Malaysia mengharungi cabaran tersebut?
8 marks
920 marks
Penggubalan dasar luar Malaysia dilaksanakan berpandukan perkembangan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat domestik dan antarabangsa.
a
Jelaskan faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar negara kita.
4 marks
b
Terangkan sumbangan Malaysia dalam membawa keamanan dan kesejahteraan serantau melalui Komanwel.
8 marks
c
Rajah di bawah merupakan kejayaan besar bagi Malaysia kerana menjadi penganjur dalam sukan yang berprestij bertaraf dunia ini.
Malaysia menerima pelbagai impak yang baik dalam penganjuran tersebut. Berikan hujah anda.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open