Perang Dunia Kedua (1939-1945) berlaku di dua medan pertempuran, iaitu di Eropah dan Asia Pasifik. Perang tersebut telah menyebabkan terbentuknya pakatan ketenteraan.
a
Senaraikan **dua** pakatan tersebut.
2 marks
b
Mengapakah peperangan tersebut berlaku?
4 marks
c
Beri cadangan anda supaya keamanan dunia dapat dikekalkan tanpa peperangan?
4 marks
210 marks
Upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara merupakan detik bersejarah yang dinantikan setelah melalui perjalanan yang panjang menuju kemerdekaan.
a
Nyatakan **dua** jawatankuasa yang terlibat dalam sambutan tersebut?
2 marks
b
Jelaskan persediaan yang telah dilakukan oleh jawatankuasa tersebut.
4 marks
c
Baca pernyataan berikut.
> Peristiwa kemerdekaan negara perlu dihayati oleh generasi masa kini supaya kedaulatan negara terus terpelihara dan dinikmati generasi akan datang.
> (Sumber: https://www.bharian.com.my/)
Mengapakah peristiwa yang berlaku pada 31 Ogos 1957 perlu dihayati?
4 marks
310 marks
Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan dokumen undang-undang bertulis yang menjadi teras dalam sistem pemerintahan negara.
a
Apakah asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan?
3 marks
b
Jelaskan ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan tersebut.
3 marks
c
Bersetujukah anda Perlembagaan Persekutuan boleh menjamin kesejahteraan hidup rakyat?
Beri penjelasan anda.
4 marks
410 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan bantuan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia di Palestin dan Syria.
> Objektif misi bantuan Syria Palestin;
>
> - Memberikan bantuan makanan kepada golongan pelarian Syria dan Palestin dengan meringankan beban mangsa perang.
> - Mengurangkan masalah kelaparan dalam kalangan pelarian Syria dan Palestin.
> - Mengenal pasti bentuk bantuan jangka masa panjang yang boleh diberikan kepada pelarian Syria dan Palestin.
>
> (Sumber ubah suai: https://donationmvm.org/)
a
Senaraikan **dua** NGO tersebut.
2 marks
b
Jelaskan bantuan yang diberi oleh NGO Malaysia di negara tersebut?
4 marks
c
Bagaimanakah isu kemanusiaan dan keamanan boleh diatasi oleh masyarakat antarabangsa?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Perjuangan nasionalisme digerakkan oleh golongan intelektual dengan menggunakan media massa bagi mencetuskan semangat kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua.
a
Maklumat berikut berkaitan golongan intelektual yang berjuang dalam membangkitkan nasionalisme di negara kita.
- Intelektual berpendidikan agama
Jelaskan perjuangan golongan intelektual tersebut.
4 marks
b
Bagaimanakah perjuangan melalui penulisan membantu perkembangan nasionalisme negara kita?
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Nasionalisme hari ini adalah gerakan mewujudkan masyarakat yang lebih terbuka untuk mengekalkan kedaulatan sebuah negara. Ia juga menjamin kemerdekaan warganegaranya dan membebaskan akal dan fikiran mereka. Dengan kata lain, nasionalisme itu adalah satu semangat kebangsaan yang kuat untuk mencintai negara sesuai dengan keperluan semasa.
>
> Oleh itu, budaya, agama, bahasa dan kepercayaan berbeza seharusnya boleh menimbulkan semangat nasionalisme. Melalui elemen-elemen tersebut juga, ia mampu mewujudkan semangat yang dapat melahirkan satu identiti baharu bagi sesebuah negara. Semangat nasionalisme juga dapat melahirkan perasaan bersatu padu antara rakyat.
>
> Secara keseluruhannya, nasionalisme boleh membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing yang memecahbelahkan rakyat. Namun begitu pengertian nasionalisme dalam konteks selepas merdeka lebih menjurus sebagai satu perjuangan bagi mempertahankan maruah dan meninggikan martabat serta kedaulatan negara.
>
> (Sumber ubah suai: https://www.sinarharian.com.my)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
620 marks
Sistem Ahli dilaksanakan di Tanah Melayu pada bulan April 1951 hingga Jun 1955.
a
Jelaskan latar belakang pembentukan Sistem Ahli.
6 marks
b
Terangkan manfaat pelaksanaan Sistem Ahli kepada penduduk tempatan.
6 marks
c
Petikan berikut berkaitan dengan pemimpin muda pada masa hadapan.
> Kehadiran pemimpin muda dalam politik, mengetuai kementerian atau kerajaan pasti akan memberi idea melakukan perubahan yang akan memberi manfaat kepada negara untuk jangka masa panjang. Pemimpin muda merupakan pelapis kepada kepemimpinan negara pada masa depan.
>
> (Sumber ubah suai: utusan.com.my)
Berdasarkan petikan tersebut, huraikan peranan pemimpin muda untuk membangunkan negara.
8 marks
720 marks
Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong adalah institusi yang mempunyai kuasa dan menduduki tempat teratas dalam perundangan, pentadbiran dan kehakiman negara.
a
Jelaskan peranan Majlis Raja-Raja mengikut Perlembagaan Persekutuan.
3 marks
Terangkan peranan Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan berdasarkan bidang kuasa berikut:
b(i)
Perundangan
3 marks
b(ii)
Eksekutif
3 marks
b(iii)
Kehakiman
3 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Majlis Raja-Raja mempunyai hubungan dengan Kesultanan Melayu bukan sahaja kerana raja-raja menjadi anggota majlis berkenaan, tetapi kerana majlis juga diberi tanggungjawab mengambil alih kuasa pengampunan di peringkat negeri.
>
> Majlis Raja-Raja juga berada dalam kedudukan menjadi jurubicara bagi institusi beraja dan pihak yang mempertahankan kepentingan dan kehormatan institusi berkenaan. Majlis Raja-Raja juga boleh berfungsi sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong. Nasihat yang boleh diberikan perlu dibataskan kepada soal-soal yang bersifat budi bicara, yang tidak terletak di bawah penguasaan kabinet.
>
> Hubungan Majlis Raja-Raja dengan institusi beraja wujud dalam pelbagai bentuk. Yang terpenting ialah kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja sebagai pihak berkuasa yang diberi kuasa mempertahankan segala keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja daripada dikurangi oleh Parlimen. Kuasa ini dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan sejak tahun 1957.
>
> (Sumber ubah suai: Abdul Aziz Bari, 2002, *Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia*, DBP, Kuala Lumpur)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesannya terhadap negara sekiranya sistem beraja terus dikekalkan.
8 marks
820 marks
Poster berikut berkaitan kempen bahasa kebangsaan.
(Sumber: https://dbp.gov.my/)
a
Jelaskan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
6 marks
b
Terangkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.
6 marks
c
Mengapakah kita perlu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
8 marks
920 marks
Matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk mengekalkan kedaulatan negara. Namun begitu pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Malaysia untuk mengukuhkan dasar luarnya.
a
Pada pendapat anda, apakah cabaran tersebut?
4 marks
Terangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan berikut:
b(i)
Pergerakan Negara-Negara Tanpa Pihak (NAM)
4 marks
b(ii)
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
4 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> KUALA LUMPUR - Malaysia menyokong pendirian secara bersama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berhubung perkembangan di Afghanistan seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC pada 22 Ogos lepas di Jeddah.
>
> Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, OIC telah menetapkan pendirian iaitu mengukuhkan komitmen dan sokongan terhadap Afghanistan seperti yang dinyatakan dalam resolusi-resolusi yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak OIC dan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar OIC.
>
> Beliau berkata, antaranya mengetengahkan harapan masyarakat antarabangsa bagi kepimpinan baharu di Afghanistan mempromosikan perdamaian nasional dan pematuhan undang-undang antarabangsa dan resolusi serta Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
>
> Kamarudin berkata, secara keseluruhannya, negara-negara anggota OIC bersetuju untuk memberi sokongan penuh terhadap penyelesaian di Afghanistan dalam mencapai perdamaian secara komprehensif dan berkekalan.
>
> "OIC juga sedang memberi tumpuan kepada penyaluran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Afghanistan; dan pada masa yang sama, melihat kepada isu kemanusiaan yang semakin meruncing, kerajaan bersetuju untuk menghulurkan bantuan kewangan sebanyak USD100,000 kepada Afghanistan.
>
> "Perkara ini telah dimaklumkan semasa Mesyuarat Peringkat Tinggi PBB yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PBB secara maya berhubung situasi kemanusiaan di Afghanistan pada 13 September 2021," katanya.
>
> (Sumber ubah suai: *Sinar Harian Online*, 06 Oktober 2021)
Huraikan maklumat dalam petikan dan beri komen anda mengenai isu yang disentuh dalam petikan.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open