Maklumat berikut berkaitan dengan ciri negara bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.
> Dalam zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka telah lahir dua buah undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat untuk mengendalikan masyarakat yang semakin bersifat majmuk.
> (Sumber: http://www.jmm.gov.my)
a
Senaraikan nama undang-undang tersebut.
2 marks
b
Berpandukan 1(a), jelaskan perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut.
4 marks
c
Jelaskan kepentingan sistem perundangan di negara kita.
4 marks
210 marks
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
a
Nyatakan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
2 marks
b
Sistem pentadbiran telah mengalami perubahan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Jelaskan ciri bagi aspek pentadbiran.
4 marks
c
Pada pandangan anda, mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 perlu dihayati oleh generasi muda pada hari ini?
4 marks
310 marks
Rajah berikut merupakan ciri-ciri Demokrasi Berparlimen.
a
**Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen:**
- Pengasingan Kuasa
- X
- Y
Apakah X dan Y?
2 marks
b
Huraikan ciri-ciri Demokrasi Berparlimen yang terdapat di 3(a).
4 marks
c
Amalan Demokrasi Berparlimen di Malaysia mempunyai keunikan yang tersendiri. Buktikan.
4 marks
410 marks
Logo berikut berkaitan sambutan 50 tahun Rukun Negara diperkenalkan.
a
Mengapakah prinsip "Kepercayaan kepada Tuhan" diberi keutamaan dalam rukun tersebut?
2 marks
b
Jelaskan matlamat pembentukan Rukun Negara.
4 marks
c
Pengamalan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian mampu menjadikan anda sebagai warganegara yang patriotik. Beri alasan anda.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Konflik dunia yang merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua tercetus akibat perkembangan imperialisme dan nasionalisme dalam persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi.
a
Terangkan latar belakang Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik.
4 marks
b
> Pembaharuan Meiji telah membawa pemodenan sehingga Jepun muncul sebagai negara industri dan memiliki kuasa ketenteraan yang setaraf dengan kuasa Barat.
Huraikan dasar peluasan Jepun di Asia.
8 marks
c
Pada pandangan anda, bagaimanakah kita dapat mengelakkan peristiwa seperti pendudukan Jepun daripada berulang?
8 marks
620 marks
> Selepas Perang Dunia Kedua, British menjalankan dasar dekolonisasi iaitu menyediakan langkah berkerajaan sendiri secara beransur-ansur kepada tanah jajahannya. Kekurangan pegawai tempatan dalam perkhidmatan kerajaan menyebabkan Dato' Onn Jaafar meminta agar tindakan diambil untuk menambahkan peluang pentadbiran kepada wakil tempatan dalam usaha menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan. Cadangan beliau selari dengan dasar British membawa kepada Sistem Ahli.
a
Jelaskan kepentingan Sistem Ahli sebagai usaha ke arah kemerdekaan negara.
4 marks
b
Terangkan ciri-ciri Sistem Ahli.
8 marks
c
Sekiranya anda merupakan salah seorang ahli dalam Sistem Ahli pada ketika itu, apakah cadangan anda untuk memantapkan sistem pentadbiran negara? Berikan pendapat anda.
8 marks
720 marks
a
Berdasarkan peta di atas, apakah yang anda faham tentang konsep kedaulatan?
4 marks
b
Jelaskan ciri-ciri negara yang berdaulat.
8 marks
c
Setiap warganegara Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan perairan negara. Bincangkan.
8 marks
820 marks
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirangka untuk tempoh 10 tahun.
a
Apakah yang anda faham tentang Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?
4 marks
b
Pelaksanaan asas DPN adalah meneruskan strategi asas DEB, iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Bagaimanakah kerajaan menjayakan kedua-dua strategi tersebut?
8 marks
c
Telitikan poster di bawah.
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut dan berikan cadangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dan pesat.
8 marks
920 marks
Isu alam sekitar penting dan perlu ditangani oleh Malaysia serta negara di Asia Tenggara.
a
Gambar di bawah menunjukkan contoh isu alam sekitar yang berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2014.
Berdasarkan gambar, apakah isu alam sekitar yang dihadapi Malaysia?
4 marks
b
Jelaskan langkah yang diambil oleh Malaysia bersama-sama negara ASEAN pada ketika itu.
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Usaha Mengekalkan Kelestarian Global Menyertai Sidang Kemuncak Bumi dan Protokol Kyoto 1997 Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi menjadikan Antartika sebagai warisan sejagat. Cabaran utama pengurusan alam sekitar ketika ini ialah mempersiapkan untuk menghadapi ekosistem yang tidak seimbang menerusi ketidaktentuan cuaca kesan pemanasan bumi. Kita perlu lebih proaktif dalam konteks serantau dan global bagi mengurangkan kesan pemanasan bumi. Kita perlu menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur fizikal yang mengambil kira aspek perubahan iklim, misalnya mempersiapkan kemudahan penebatan banjir dan pesisir pantai di seluruh negara perlu dipantau secara berterusan untuk mengesan tanda-tanda hakisan pantai. Tindakan susulan perlu disegerakan termasuklah penanaman hutan bakau. Menyediakan garis panduan dan latihan untuk menghadapi pelbagai kemungkinan termasuk gempa bumi, banjir besar, tsunami dan kemarau panjang. Menyediakan direktori dan mengumpul seluruh kepakaran tempatan untuk berganding bahu mengurangkan ketidaktentuan cuaca. Kerajaan juga perlu menyediakan biaya khas untuk menangani bencana dan menjalankan kajian strategik terhadap fenomena perubahan cuaca yang melibatkan aspek bekalan air, kesihatan awam, risiko alam sekitar dan pelepasan gas karbon dalam pelbagai sektor.
> (Sumber ubahsuai: Zaini Ujang 2008, Dasar Alam Sekitar Malaysia - Tinjauan Kritis, Seminar Akademi Sains Islam Malaysia)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan terhadap negara sekiranya isu ini tidak diatasi.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open