Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat.
a
Namakan **dua** undang-undang yang diperkenalkan dalam Kesultanan Melayu Melaka.
2 marks
b
Jelaskan hukuman terhadap perbuatan jenayah dalam undang-undang di 1 (a).
4 marks
c
Undang-undang menjamin kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara.
Beri ulasan anda berdasarkan pernyataan di atas.
4 marks
210 marks
Komunisme ialah satu fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara. Percubaan menyebarkan fahaman komunis di negara kita bermula sejak awal abad ke-20.
a
Nyatakan cara kemasukan fahaman komunis di negara kita.
2 marks
b
Jelaskan tindakan komunis yang mengancam keselamatan negara.
4 marks
c
Pelaksanaan undang-undang darurat di Tanah Melayu telah memberi kesan terhadap hubungan antara kaum.
Jelaskan.
4 marks
310 marks
Kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan meliputi perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Senarai Persekutuan.
a
Berikan kandungan yang terdapat dalam Senarai Persekutuan.
2 marks
b
Jelaskan fungsi Kerajaan Tempatan.
4 marks
c
Sistem Persekutuan berjaya mewujudkan pentadbiran yang kukuh dan stabil di negara kita.
Bincangkan.
4 marks
410 marks
Malaysia menghadapi pelbagai cabaran selepas pembentukannya.
a
Nyatakan **dua** cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam bidang pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah.
2 marks
b
Jelaskan cabaran yang dinyatakan di **4(a)**.
4 marks
c
> "Sebuah negara akan menikmati kemerdekaannya jika mempunyai kestabilan ekonomi dan kesejahteraan serta berkongsi kemakmuran dengan sebahagian besar rakyatnya."
>
> (YB Abdul Taib Mahmud, Menteri Komunikasi dan Kerja Raya, dlm The Sarawak Gazette, 31 Ogos 1963)
Ulaskan pernyataan di atas.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Idea nasionalisme di Barat dikaitkan dengan perjuangan untuk memperolehi kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing. Selain itu, ia juga hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.
a
Jelaskan maksud nasionalisme.
4 marks
Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme berikut:
b(i)
Revolusi Amerika (1776)
4 marks
b(ii)
Revolusi Perancis (1789)
4 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Nasionalisme hari ini adalah gerakan mewujudkan masyarakat yang lebih terbuka untuk mengekalkan kedaulatan sesebuah negara. Ia juga menjamin kemerdekaan warganegaranya dan membebaskan akal dan fikiran mereka. Dengan kata lain, nasionalisme itu adalah satu semangat kebangsaan yang kuat untuk mencintai negara sesuai dengan keperluan semasa. Oleh itu, budaya, agama, bahasa dan kepercayaan berbeza seharusnya boleh menimbulkan semangat nasionalisme. Melalui elemen-elemen tersebut juga, ia mampu mewujudkan semangat yang dapat melahirkan satu identiti baharu bagi sesebuah negara. Semangat nasionalisme juga dapat melahirkan perasaan bersatu padu antara rakyat.
>
> Secara keseluruhannya, nasionalisme boleh membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing yang memecahbelahkan rakyat. Namun begitu pengertian nasionalisme dalam konteks selepas merdeka lebih menjurus sebagai satu perjuangan bagi mempertahankan maruah dan meninggikan martabat serta kedaulatan negara.
>
> (Sumber ubah suai: http://www.sinarharian.com.my)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
620 marks
Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
a
Jelaskan sebab-sebab pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
4 marks
b
Bagaimanakah pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948 dijalankan?
8 marks
c
Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu dan kerjasama kaum.
Ulaskan.
8 marks
720 marks
Perlembagaan Persekutuan (Bahagian IV) Persekutuan. Bab 1 Kedudukan Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.
a
Terangkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan peruntukan perlembagaan tersebut.
4 marks
b
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa yang luas dalam sistem pemerintahan di negara.
Rajah: **YDPA** → Kuasa Eksekutif | Kuasa Perundangan | Kuasa Kehakiman
Jelaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
8 marks
c
Petikan berita berikut berkaitan institusi Raja Berperlembagaan di negara kita.
> "Dalam politik Malaysia yang semakin kompleks, peranan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja semakin relevan dan signifikan."
Beri ulasan anda.
8 marks
820 marks
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berdasarkan Wawasan 2020.
a
Jelaskan latar belakang pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
4 marks
b
Bagaimanakah kerajaan menyusun strategi untuk mencapai matlamat di 8(a)?
8 marks
c
Pada pendapat anda, adakah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang dilaksanakan oleh kerajaan mencapai matlamatnya?
8 marks
920 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan dasar negara kita.
> Malaysia akan terus melaksanakan dasar luar yang bebas, berprinsip dan pragmatik serta berasaskan nilai-nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan dan kesaksamaan. Teras utama dasar luar Malaysia adalah untuk melindungi kedaulatan dan kepentingan negara serta untuk menyumbang secara bermakna ke arah masyarakat dunia yang adil dan saksama melalui perhubungan diplomasi yang efektif.
>
> (Sumber: http://www.pmo.gov.my)
a
Jelaskan faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia.
6 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan pelibatan Malaysia dalam Komanwel.
- Rancangan Colombo
- Kerjasama ekonomi
Jelaskan manfaat yang diperolehi Malaysia daripada kerjasama di atas.
6 marks
c
> Malaysia perlu memanfaatkan hubungan baik dengan negara luar dan tidak menjadi 'katak di bawah tempurung' serta enggan bekerjasama dengan negara lain.
>
> (Sumber: http://www.astroawani.com)
Berikan pandangan anda terhadap pernyataan tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open