Rajah berikut menunjukkan hieraki masyarakat zaman Kesultanan Melayu Melaka yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah.
a
Senaraikan golongan tersebut.
2 marks
b
Bagaimanakah rakyat berperanan menunjukkan kesetiaan kepada golongan pemerintah?
4 marks
c
> "Rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya. Jika tiada akar nescaya pohon tidak akan dapat berdiri."
Ulaskan pernyataan di atas.
4 marks
210 marks
Penyebaran ideologi komunisme sebelum Perang Dunia Kedua telah menyebabkan berlakunya huru-hara di negara kita.
a
Jelaskan cara kemasukan pengaruh komunis di negara kita.
2 marks
b
Jelaskan tindakan komunis yang menggugat keamanan dan kestabilan negara kita.
4 marks
c
Malaysia hari ini berhadapan dengan pelbagai ancaman baharu yang menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.
Ulaskan.
4 marks
310 marks
Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri telah memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat.
a
Nyatakan dua bentuk kerjasama tersebut.
2 marks
b
Jelaskan kedua-dua bentuk kerjasama di 3(a).
4 marks
c
Sistem Persekutuan berjaya mewujudkan pentadbiran kukuh dan stabil di negara kita.
Jelaskan.
4 marks
410 marks
Sistem pendidikan di negara kita telah berkembang dengan mengambil kira keperluan ke arah membentuk identiti kebangsaan.
(Sumber ubahsuai: https://www.pmo.gov.my)
a
Nyatakan **tiga** matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.
2 marks
b
Bagaimanakah sistem pendidikan negara kita dapat memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
4 marks
c
Poster berikut berkaitan dengan Dasar Pendidikan Digital.
Berikan ulasan anda.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan secara rasmi oleh British pada 1 Februari 1948 selepas mendapat persetujuan Raja-raja Melayu.
a
Mengapakah British menubuhkan persekutuan tersebut?
6 marks
b
Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
c
Teliti maklumat dalam petikan berikut.
> Apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 digubal bagi maksud pembentukan sebuah persekutuan, perkara yang menyentuh kepentingan orang Melayu sebagai bangsa asal terus diberi perhatian. Hal ini tidak pelik kerana melalui kuat kuasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Raja-Raja Melayu juga memperkenankan bangsa dan kaum asing diterima masuk sebagai warganegara.
>
> Lantaran itu, kedudukan istimewa orang Melayu diletak di bawah tanggungjawab khas Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan, yang juga berfungsi untuk memelihara kepentingan sah kaum lain. Realiti yang ada pada hari ini menunjukkan ekonomi dan kekayaan Malaysia masih dikuasai kaum bukan Melayu dan bukan anak-anak negeri.
>
> Kedudukan itu bukti kukuh bahawa Perkara 153 bukanlah satu dasar yang menghalang kaum bukan Melayu dan anak negeri untuk meraih kekayaan, jauh sekali bersifat diskriminasi yang bercanggah dengan prinsip keadilan.
> (Sumber ubah suai: https://www.bharian.com.my)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan di atas.
8 marks
620 marks
Pilihan raya merupakan satu proses memilih wakil rakyat untuk membentuk kerajaan sama ada pada peringkat persekutuan atau negeri.
a
Jelaskan perkembangan pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu.
4 marks
b
Jelaskan proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
8 marks
c
Poster berikut berkaitan dengan kempen pilihan raya di Malaysia.
Terangkan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
8 marks
720 marks
a
Terangkan latar belakang sejarah Perlembagaan Persekutuan.
4 marks
b
Penggubalan Perlembagaan Persekutuan menjadi lebih kukuh selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
- PTM 1948
- PTM 1957
Huraikan berkaitan penggubalan tersebut.
8 marks
c
Perlembagaan yang kukuh memberikan pelbagai manfaat kepada pemimpin dan rakyat.
Berikan hujah anda.
8 marks
820 marks
Selepas pembentukan Malaysia, negara kita menghadapi pelbagai cabaran.
a
Jelaskan cabaran dalaman yang dihadapi selepas pembentukan Malaysia.
4 marks
b
Mengapakah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 dan langkah kerajaan untuk mengatasinya.
8 marks
c
Baca petikan berikut.
> Satu daripada unsur bagi memupuk perpaduan dan membina negara lain ialah integrasi antara wilayah. Usaha kerajaan bagi meningkatkan perpaduan dalam kalangan negeri-negeri telah memberi tumpuan, antara lain, kepada integrasi di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Sistem pelajaran di Sabah dan Sarawak telah disatukan secara beransur-ansur ke dalam sistem pelajaran kebangsaan, terutamanya dalam bidang latihan perguruan serta penggunaan satu kurikulum yang seragam di sekolah-sekolah. Perhubungan antara negeri juga telah diperkukukan menerusi pengangkutan udara dan laut, perkhidmatan telekomunikasi dan perkhidmatan pos yang lebih baik. Usaha-usaha memperbaiki dan memperkukuhkan sistem pengangkutan dan perhubungan merupakan langkah penting untuk meningkatkan perdagangan di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Di samping itu, rangkaian radio dan televisyen di Sabah dan Sarawak telah disatukan dengan rangkaian radio dan televisyen nasional.
> (Sumber: http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RM5.pdf)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan terhadap negara sekiranya usaha kerajaan ini tidak mencapai matlamat yang dihasratkan.
8 marks
920 marks
Dasar luar Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan dan kepentingan negara.
a
Jelaskan matlamat dasar luar Malaysia.
4 marks
b
Mengapakah penggubalan dasar luar negara perlu dilaksanakan?
8 marks
c
Infografik berikut berkaitan dengan kepentingan dasar luar Malaysia.
Ulaskan maklumat yang terdapat dalam infografik di atas.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open