Perkembangan nasionalisme di Barat hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan dan juga perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan.
a
Nyatakan **dua** revolusi yang tercetus di Barat.
2 marks
b
Jelaskan peristiwa yang berlaku sehingga tercetusnya nasionalisme di 1(a).
4 marks
c
Nasionalisme memberikan kesan yang mendalam dalam pembinaan negara.
Berikan pandangan anda.
4 marks
210 marks
> Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibubarkan pada tahun 1955 untuk membolehkan kerajaan mengadakan pilihan raya umum buat pertama kalinya bagi memilih ahli-ahli untuk mewakili rakyat di Majlis Perundangan Persekutuan.
> (Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahli_Majlis_Perundangan_Persekutuan_Tanah_Melayu)
a
Senaraikan peringkat pilihan raya yang pernah diadakan di Persekutuan Tanah Melayu sepanjang tahun 1951-1955.
2 marks
b
Bagaimanakah proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 diadakan di Persekutuan Tanah Melayu?
4 marks
c
Pada pandangan anda, mengapakah pilihan raya penting bagi menentukan kestabilan dan hala tuju sesebuah negara?
4 marks
310 marks
Perlembagaan Persekutuan adalah berasaskan nilai tradisi Kesultanan Melayu Melaka dan diikuti dengan prinsip Undang-undang Inggeris yang disesuaikan dengan nilai tempatan.
a
Berikan **dua** perkara yang terdapat dalam Undang-undang Inggeris.
2 marks
b
Jelaskan ciri-ciri moden yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
4 marks
c
Sebagai rakyat Malaysia, cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mempertahankan perlembagaan.
4 marks
410 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa 13 Mei 1969.
> Buat pertama kalinya selepas kemerdekaan dinikmati, konflik perkauman antara kaum Melayu dan bukan Melayu meletus sehingga ke tahap serang-menyerang dan bunuh-membunuh dan situasi ini amat membimbangkan negara-negara yang berjiran dengan Malaysia serta negara Britain selaku penjajah yang memberikan kemerdekaan kepada Malaysia.
> (Sumber: Nor Azlah Sham dan Rashidah. 2017. Tragedi 13 Mei 1969: Satu Laporan Bersumberkan Rekod Foreign and Commonwealth Office. Jurnal IJGC. Vol. 2(6), 139-154.)
a
Mengapakah rusuhan antara kaum berlaku pada 13 Mei 1969?
2 marks
b
Apakah peranan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan selepas Peristiwa 13 Mei 1969?
4 marks
c
Kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk mengekalkan perpaduan kaum.
Mengapakah usaha tersebut dilaksanakan?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Serangan tentera Jepun di Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941 manakala serangan terhadap Sarawak dan Sabah bermula pada 16 Disember 1941.
a
Mengapakah Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah menjadi sasaran tentera Jepun?
4 marks
b
Terangkan dasar pentadbiran Jepun di negara kita.
8 marks
c
Dasar pendudukan Jepun meninggalkan kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat.
Ulaskan pernyataan ini berdasarkan pengetahuan sejarah anda.
8 marks
620 marks
Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
a
Apakah faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
6 marks
b
Jelaskan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
c
> Bagi pihak orang Melayu perjanjian Persekutuan 1948 merupakan satu kemenangan besar kerana ia mengembalikan hak pertuanan Melayu; dalam erti kata Tanah Melayu merupakan negeri bertuah. Oleh itu, pihak British tidak boleh sewenang-wenangnya menentukan apa yang ia kehendaki dan apa yang perlu dibuang. Bagi persepsi Raja-Raja Melayu pula perjanjian tersebut telah mengembalikan kedaulatan baginda dan menjamin kedudukan orang Melayu.
> (Sumber: http://eprints.um.edu.my)
Bincangkan manfaat yang diperoleh daripada kejayaan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
8 marks
720 marks
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri yang dirujuk sebagai Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri serta Senarai Bersama.
Jelaskan pembahagian kuasa bidang berikut:
a(i)
Kerajaan Persekutuan
4 marks
a(ii)
Kerajaan Negeri
4 marks
a(iii)
Kerajaan Tempatan
4 marks
b
Petikan akhbar berikut berkaitan dengan situasi terkini di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
> **Tawau**: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menambah satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) di Lahad Datu, selain satu trup komando VAT69 dan Unit Tindakan Khas bagi Sandakan serta Semporna. Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman, berkata cadangan itu bertujuan memastikan tahap keselamatan di kawasan daratan serta perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE), sentiasa pada tahap tertinggi, seterusnya mengelakkan ia daripada diceroboh penjenayah rentas sempadan.
> (Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/817962/esscom-mahu-tambah-kekuatan-di-esszone-untuk-cegah-jenayah-dirantau. Dicapai pada 11 Ogos 2021)
Pada pandangan anda, wajarkah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meminta bantuan negara luar bagi menyelesaikan isu keselamatan di Sabah? Berikan hujah anda.
8 marks
820 marks
> "...Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai..."
> (Sumber: 08DASAR_PEMBANGUNAN_NASIONAL.pdf (pmo.gov.my))
a
Nyatakan objektif penubuhan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
4 marks
b
Huraikan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
8 marks
c
Poster berikut berkaitan dengan Kempen Cintai Alam Sekitar.
Dasar Pembangunan Nasional menekankan isu pembangunan mapan tanpa mengabaikan alam sekitar.
Bagaimanakah kita boleh memastikan pembangunan negara dapat dijalankan tanpa merosakkan alam sekitar?
8 marks
920 marks
Dasar luar negara merupakan tindakan pihak kerajaan dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain mengikut keperluan dan kepentingan negara sejak zaman kerajaan-kerajaan Melayu lagi.
a
Terangkan faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar negara.
4 marks
b
Jelaskan penglibatan Malaysia dalam Komanwel.
8 marks
c
Dasar luar Malaysia melalui Komanwel membawa kemakmuran kepada negara kita.
Bincangkan.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open