Maklumat berikut berkaitan fasal Hukum Kanun Melaka.
> **Fasal 4: Jenayah hukum Hudud**
>
> "Adapun jikalau ia mencuri maka tertangkap lalu dibunuhnya maka kenalah denda dia setengah harganya. Adapun pada hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh melainkan dipotong tangannya."
>
> (Sumber: http://journalarticle.ukm.my)
a
Terangkan maksud fasal tersebut.
3 marks
b
Mengapakah Hukum Kanun Melaka diperkenalkan?
3 marks
c
Bagaimanakah undang-undang dapat menjamin kesejahteraan sesebuah negara?
4 marks
210 marks
Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union 1946 namun ditolak oleh golongan AMCJA-PUTERA.
a
Senaraikan dua ciri perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
2 marks
b
Mengapakah golongan AMCJA-PUTERA menolak rangka perlembagaan tersebut?
4 marks
c
Dewan Perniagaan Cina Malaysia mendakwa bahawa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu adalah suatu polisi British melaksanakan "Malaya untuk orang Melayu".
Sebagai rakyat yang patriotik, beri hujah anda bagi menyangkal dakwaan ini.
4 marks
310 marks
Gambar berikut menunjukkan ciri-ciri demokrasi yang terdapat dalam pentadbiran negara kita.
a
Nyatakan dua kepentingan pilihan raya dalam negara demokrasi.
2 marks
Jelaskan fungsi badan pemerintahan berikut:
b(i)
Badan Perundangan
2 marks
b(ii)
Badan Eksekutif (Jemaah Menteri)
2 marks
c
Mengapakah sistem pemerintahan beraja dan amalan demokrasi perlu dipertahankan di negara kita?
4 marks
410 marks
Kegiatan Komunis menjadi ancaman keselamatan negara sejak sebelum merdeka sehingga negara merdeka.
a
Apakah bentuk ancaman yang dilancarkan oleh pihak Komunis kepada keselamatan di Sarawak?
2 marks
b
Jelaskan usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi mengatasi ancaman komunis di Sarawak.
4 marks
c
> Kejayaan dasar luar Malaysia dapat diukur dengan wujudnya hubungan berbaik-baik antara negara serta kerjasama yang erat dalam bidang ekonomi, politik, pertahanan serta kebudayaan pada peringkat antarabangsa.
> (Sumber: http://bernama.com)
Pada pandangan anda, bagaimanakah hubungan baik dengan negara luar dapat diperkukuh?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Dasar pemerintahan Jepun semasa menduduki Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah membawa kepada perkembangan nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.
Huraikan dari aspek berikut:
a(i)
Perkembangan Semangat Antipenjajah
4 marks
a(ii)
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan dalam kalangan Orang Melayu
4 marks
a(iii)
Kesedaran politik di Sarawak dan Sabah
4 marks
b
> Dalam era globalisasi konsep sempadan dan keselamatan negara bangsa adalah antara fokus utama yang menjadi agenda setiap unit politik untuk mempertahankannya. Keutuhan sempadan dan keselamatan dalam era globalisasi bukan hanya boleh digantung harap kepada kekuatan ketenteraan semata-mata kerana ketenteraan hanya bertindak sebagai penampan sempadan dan keselamatan secara fizikal sahaja. Dengan konsep sempadan dan keselamatan yang semakin luas maknanya dalam era globalisasi, maka kesedaran nasional atau nasionalisme Malaysia dilihat memainkan peranan yang sangat signifikan dalam menjamin keutuhan Malaysia sebagai unit politik, khususnya bagi masyarakat atau komuniti yang mendiami kawasan garis sempadan.
> (Sumber: Journal of Public Security and Safety, https://www.moha.gov.my/)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan dan kesan sekiranya sempadan negara mudah dicerobohi.
8 marks
620 marks
Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955, mengalami perubahan dalam keanggotaan dan peranan Majlis.
a
Nyatakan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
4 marks
b
Jelaskan kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955 terhadap pentadbiran negara.
8 marks
c
Apakah harapan anda terhadap ahli Majlis Perundangan Persekutuan yang dilantik pada masa tersebut?
8 marks
720 marks
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesebuah negara.
a
Jelaskan asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan.
4 marks
b
Terangkan ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan.
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka membentangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkenaan isu kewarganegaraan anak kepada wanita rakyat Malaysia dan pasangan warga asing yang lahir di luar negara dalam sidang Dewan Rakyat, September ini. Perdana Menteri,
>
> Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu terlebih dahulu akan dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung dalam minggu ini.
>
> Katanya, beberapa isu kritikal menyumbang kepada cabaran dihadapi oleh orang tanpa kerakyatan di Malaysia bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu Malaysia.
>
> Langkah itu bagi membolehkan kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita warga Malaysia di luar negara mendapat hak kerakyatan negara ini, sama seperti anak kepada bapa warga Malaysia yang lahir di luar negara.
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesannya terhadap negara sekiranya daya usaha kerajaan tidak berjaya.
8 marks
820 marks
Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
a
Terangkan latar belakang Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
4 marks
b
Huraikan strategi-strategi pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional.
8 marks
c
Jelaskan pencapaian Dasar Pembangunan Nasional dan kesannya kepada rakyat Malaysia.
8 marks
920 marks
a
Apakah isu kemanusiaan dan keamanan dunia yang diperjuangkan oleh pertubuhan tersebut?
4 marks
b
Huraikan keprihatinan rakyat Malaysia memperjuangkan isu di 9(a) melalui pertubuhan di atas.
8 marks
c
> Kebelakangan ini berlaku kenaikan harga barangan secara drastik sehingga mencapai tahap merisaukan rakyat.
> (Sumber: Utusan/Afiq Razali, 9 Ogos 2023)
> PETALING JAYA: Harga barangan pengguna dijangka meningkat sehingga 20 peratus menjelang Oktober tahun ini dengan didorong dua faktor utama iaitu inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia.
>
> Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Nivas Ragavan berkata, pihaknya mengesan peningkatan 20 peratus kos pengeluaran dan operasi dalam kalangan ahli KLSICCI sejak Januari lalu.
>
> Katanya, peningkatan kos itu ekoran kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sehingga mendorong berlaku inflasi import pada kadar tinggi.
>
> "Sejak Januari sehingga Julai tahun ini, kejatuhan ringgit bermula pada kadar RM4.20 berbanding dolar AS dan sekarang RM4.60 berbanding dolar. Peningkatan sebanyak 10 peratus berlaku terhadap kemerosotan ringgit berbanding dolar AS.
>
> "Sudah pasti ia meningkatkan kos pengeluaran. Sepanjang rantaian bekalan sudah menyaksikan peningkatan kos dan akhirnya, kesan ini akan mengakibatkan produk pengguna di rantaian terakhir bekalan turut meningkat. Maka, pengguna akan menghadapi kesan inflasi import apabila harga barangan naik," katanya di sini, semalam.
>
> Untuk rekod, Oxford Reference mentakrifkan inflasi import sebagai inflasi akibat kenaikan harga import. Menurut laman web itu, kenaikan harga produk akhir yang diimport secara langsung mempengaruhi sebarang ukuran inflasi berasaskan perbelanjaan.
> (Sumber: Utusan/Afiq Razali, 9 Ogos 2023)
Bincangkan kesan kenaikan harga barangan terhadap rakyat dan negara.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open