Sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada dua iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.
a
Nyatakan **dua** golongan diperintah.
2 marks
b
Jelaskan peranan sultan dalam memastikan keunggulan pentadbiran empayar Kesultanan Melayu Melaka.
4 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon: jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri demikian lagi raja itu dengan segala rakyatnya.
> (Sumber: W.G. Shellabear, 1995. Sejarah Melayu. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.)
Jelaskan hubung kait pemerintah dan rakyat berdasarkan maklumat tersebut.
4 marks
210 marks
Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menyerahkan Sabah kepada Kerajaan British pada 26 Jun 1946.
a
Jelaskan faktor penyerahan tersebut.
3 marks
b
Mengapakah penyerahan tersebut tidak mendapat tentangan daripada penduduk tempatan?
3 marks
c
Baca pernyataan berikut.
> "Janganlah ada dalam kalangan kita yang bersikap mementingkan diri sendiri sehingga kedaulatan negara kita terancam."
> (Sumber: www.sinarharian.com.my, 12 Ogos 2021)
Apakah kepentingan mempertahankan kedaulatan negara kita?
4 marks
310 marks
Kebebasan asasi merupakan hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang. Asas kebebasan asasi menjadi tunjang kepada amalan demokrasi termaktub dalam bahagian II, Perlembagaan Persekutuan.
a
Nyatakan **dua** bentuk kebebasan asasi di negara kita.
2 marks
b
Jelaskan kedua-dua bentuk kebebasan asasi dalam 3(a).
4 marks
c
Baca pernyataan berikut.
> Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, khusus untuk membendung kegiatan penyaluran maklumat di alam maya, banyak undang-undang lain yang berkaitan bagi menyekat gejala tidak sihat yang boleh mencetuskan pelbagai gejala buruk. Ini termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988 dan Akta Hak Cipta 1987 dan sebagainya yang mempunyai fungsinya tersendiri.
> (Sumber: https://www.bharian.com.my/ 25 Mac 2016)
Ulaskan pernyataan tersebut.
4 marks
410 marks
Rukun Negara dibentuk ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969 sebagai usaha kerajaan menyatukan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan Rukun Negara?
2 marks
b
Terangkan **dua** prinsip Rukun Negara.
4 marks
c
Bagaimanakah anda mengamalkan prinsip Rukun Negara yang dijelaskan di 4(b) dalam kehidupan seharian?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Darurat selama 12 tahun menyebabkan kesengsaraan dan kesulitan kepada penduduk tempatan.
a
Mengapakah British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu?
6 marks
b
Terangkan kesan zaman darurat.
6 marks
c
Baca maklumat berikut.
> Sesungguhnya darurat dan keganasan komunis bukan sahaja mendatangkan kesusahan dan penderitaan kepada penduduk malah menjejaskan perkembangan ekonomi dan sosial serta meningkatkan lagi bebanan perbelanjaan kerajaan. Beribu-ribu penduduk yang tidak berdosa terpaksa meninggalkan kampung halaman berpindah ke kawasan yang disediakan oleh kerajaan. Peperangan selama 12 tahun telah menyebabkan beribu-ribu terkorban termasuklah perajurit-perajurit negara yang gugur dalam mempertahankan tanah air daripada pencabulan dan pencerobohan musuh.
> (Sumber diubahsuai: www.arkib.gov.my)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
620 marks
Kerajaan British telah mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 8 Mac 1956 setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu.
a
Jelaskan peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
4 marks
b
Dalam usaha membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, satu perjanjian telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957 yang dinamakan sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Huraikan inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan tersebut.
> Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara (Perkara 4(1)) dan merupakan sebuah dokumen destini yang mengambil kira kehendak tempatan. Suruhanjaya Reid yang dibentuk pada 21 Mac 1956 ditubuhkan bertujuan untuk merangka Perlembagaan Persekutuan sebagai persediaan negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sebanyak 118 persidangan telah diadakan dan 131 memorandum diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat dan organisasi untuk dikaji dari bulan Jun hingga Oktober 1956. Perkara-perkara penting yang dibincangkan oleh suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Lord William Reid (Hakim Mahkamah Rayuan England) seperti pembentukan sebuah kerajaan pusat, kedudukan istimewa Raja-raja Melayu, pengekalan hak-hak istimewa orang Melayu dan pelantikan seorang Ketua Negara berperlembagaan. Hasilnya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang mula terpakai pada 31 Ogos 1957 sehingga hari ini merupakan satu dokumen yang dapat diterima oleh semua pihak daripada pelbagai latar kaum, bangsa dan agama. Ia merupakan sebuah kontrak sosial yang dipersetujui oleh tiga etnik besar iaitu Melayu, Cina dan India yang membentuk Parti Perikatan pada masa itu.
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan sekiranya tiada pemuafakatan dalam negara kita.
8 marks
720 marks
Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting untuk memastikan segala usaha pembangunan dapat memberikan manfaat demi kesejahteraan rakyat di seluruh negara.
Jelaskan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam aspek berikut:
a(i)
Pembangunan Tanah
4 marks
a(ii)
Pembangunan Wilayah
4 marks
a(iii)
Pembangunan Koridor Wilayah
4 marks
b
Rajah berikut berkaitan komponen asas kemampuan kewangan perumahan mengikut UN-HABITAT.
Huraikan maklumat yang terkandung dalam rajah tersebut dan usaha pihak kerajaan untuk memastikan rakyat dapat memiliki rumah sendiri.
8 marks
820 marks
Usul pembentukan Malaysia dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961 dan mendapat sokongan majoriti ahli dewan.
Bagaimanakah langkah berikut dapat menjayakan pembentukan Malaysia?
a(i)
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia
4 marks
a(ii)
Suruhanjaya Cobbold
4 marks
a(iii)
Jawatankuasa Antara Kerajaan
4 marks
b
Baca petikan berikut.
> Penubuhan Malaysia, secara amnya, telah terbentuk satu negara yang besar dan disegani oleh kawan dan lawan. Dengan penggabungan ini, lahirlah sebuah negara pelbagai bangsa dengan nama Malaysia yang gah dan masyhur dengan ekonomi yang kukuh dan politik yang sukar ditandingi. Apabila menjadi sebuah negara yang besar, mantap dari segi sosiopolitik maka sudah tentu ia menjadi perhatian seluruh dunia. Dalam hal ini, keselamatan negara perlu sentiasa dipantau dari semasa ke semasa. Jadikan peristiwa di Lahad Datu sebagai peringatan buat rakyat Malaysia semua agar sentiasa bersatu padu dan berdiri teguh di belakang pemimpin bagi bersama-sama menjaga keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta ini.
> (Sumber: https://news.umpsa.edu.my/experts/manfaat-penubuhan-malaysia-16-september-1963)
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan iktibar yang boleh diambil.
8 marks
920 marks
Wawasan Malaysia menuju masa hadapan yang lebih cemerlang dalam pelbagai bidang.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan wawasan masa hadapan?
4 marks
b
Terangkan usaha negara bagi mencapai wawasan masa hadapan tersebut.
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Wawasan 2020 bermatlamat Malaysia mampu menjadi negara bersatu dengan masyarakat yang yakin, ada nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur serta mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi.
> (Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/561781/wawasan-2020-tersasar-ganti-wawasan-2025)
Berikan ulasan anda berdasarkan petikan tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open