arrow_back

Peperiksaan Sekolah 2022 Sejarah Kertas 1 · SMK Putrajaya Presint 18(1)

1
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem kewangan Kesultanan Melayu Melaka. ### Sumber Pendapatan - Perdagangan - Cukai - Ufti Siapakah yang bertanggungjawab untuk menguruskan sumber pendapatan tersebut?
2
Tulah dipercayai kecelakaan yang boleh menimpa seseorang rakyat. Mengapakah seseorang itu boleh ditimpa tulah?
3
Senarai berikut merupakan tokoh Gerakan nasionalisme di negara kita pada awal abad ke-20. - Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin - Haji Abbas Mohd Taha - Syed Sheikh al-Hadi Apakah yang boleh dikaitkan dengan tokoh-tokoh tersebut?
4
Maklumat berikut menunjukkan tuntutan yang diminta oleh Kesatuan Melayu Singapura. ### Persatuan: Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ### Tuntutan: Kebajikan dan pendidikan orang Melayu Apakah tindakan British untuk memenuhi tuntutan tersebut?
5
Perang Dunia Pertama telah tercetus di Eropah pada tahun 1914 hingga tahun 1918. Mengapakah perang tersebut berlaku?
6
Bagi menangani kemelesetan ekonomi di Tanah Melayu, Jepun telah memperkenalkan I Jawatankuasa Penyelidikan Bahan II Rancangan Pengeluaran Lima Tahun III Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda IV Rancangan Kemakmuran Bersama Asia Timur
7
Jepun menyerang Tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua. Apakah tindakan kuasa Barat untuk menghalang kemaraan Jepun?
8
Gambar berikut menunjukkan Charles Vyner Brooke yang menyerahkan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946. Apakah faktor penyerahan tersebut? I. Kekangan kewangan II. Kukuhkan pertahanan III. Menggalakkan pelaburan IV. Masalah pewarisan takhta
9
Mengapakah orang Melayu lebih menerima Persekutuan Tanah Melayu 1948 berbanding Malayan Union 1946.
10
Bagaimanakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya dibentuk?
11
Maklumat berikut merujuk kepada tindakan komunis di Tanah Melayu. - Menyerang pasukan keselamatan - Mensasarkan balai polis Apakah tujuan komunis bertindak demikian? I Mencetuskan hura-hara II Mempertahankan ideologi III Melindungi penduduk tempatan IV Melumpuhkan ekonomi
12
Gambar berikut merujuk kepada pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh British. Apakah tugas pasukan tersebut?
13
Mengapakah Parti United Malays National Organization (UMNO) menentang penubuhan Malayan Union?
14
Mengapakah Sistem ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?
15
Laporan pendidikan berikut diterbitkan pada tahun 1951. ### Laporan Fern-Wu Apakah tujuan penerbitan laporan di atas? I. Mengkaji pendidikan Cina II. Mencadangkan penambaikan sekolah Cina III. Menggubal kurikulum yang seragam IV. Memansuhkan sekolah vernakular
16
Pernyataan berikut adalah syarat menjadi pengundi berdaftar dalam pilihanraya 1955. - Warganegara Persekutuan Tanah Melayu - Berumur 21 tahun ke atas - X Apakah syarat bagi X?
17
Maklumat berikut merujuk kepada rundingan antara wakil Tanah Melayu dengan British. ### Rundingan London Dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd Berlangsung daripada 12 Januari hingga 8 Februari 1956 Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut?
18
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957. Apakah kesan perjanjian tersebut?
19
Rajah berikut berkaitan takrif merdeka mengikut Kamus Dewan. Apakah X?
20
Mengapakah lambang-lambang berikut di bentuk sebelum pengisytiharan kemerdekaan negara?
21
Maklumat berikut menerangkan ciri negara yang berdaulat. - Mempunyai pemerintahan - Mempunyai sempadan - Mempunyai perundangan - Mempunyai rakyat Apakah kepentingan ciri tersebut terhadap negara kita?
22
Bagaimanakah rakyat boleh membantu negara dalam mewujudkan kemakmuran ekonomi? I. Memperuntukkan dana pelaburan II. Memberi kesetiaan III. Menyokong usaha kerajaan IV. Menghalang kemasukan buruh asing
23
Apakah peranan Yang di- Pertuan Agong sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia?
24
Apakah tujuan pindaan perlembagaan yang telah diusulkan di parlimen Malaysia pada tahun 1965?
25
Bangunan berikut berkaitan institusi pemerintahan di negara kita. Apakah peranan institusi tersebut?
26
Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang ahli Jemaah Menteri yang tidak bersetuju dasar kerajaan?
27
Rajah berikut berkaitan dengan kuasa kerajaan negeri. Apakah X?
28
Apakah matlamat pembinaan rumah yang dibuat di bawah projek berikut? ### Program Perumahan Rakyat (PPR) ### Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KPKT)
29
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) dibentuk pada tahun 1961. Apakah matlamat pembentukan jawatankuasa tersebut?
30
Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia pada 20 Januari 1963 Mengapakah tindakan tersebut diambil?
31
Apakah peristiwa yang boleh dikaitkan dengan dua orang tokoh berikut?
32
Jabatan Penerangan berusaha menyekat berita palsu selepas peristiwa rusuhan kaum. Apakah usaha tersebut?
33
Akta Bahasa Kebangsaan telah digubal di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia? Bagaimanakah Bahasa Melayu diperkasa dalam sistem pendidikan?
34
Gambar berikut menunjukkan logo Dasar 1 Murid 1 Sukan. Mengapakah dasar tersebut diperkenalkan?
35
Majlis Perundingan Negara (MAPEN) telah ditubuhkan pada Januari 1970. Apakah kesan daripada pembentukan badan tersebut?
36
Apakah matlamat penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
37
Rajah berkaitan dengan bentuk hubungan luar negara selepas mencapai kemerdekaan. ### Tunku Abdul Rahman: Anti komunis ### Tun Abdul Razak Hussein: X Apakah X?
38
Mengapakah Malaysia menentang pelaksanaan dasar Aparteid di Afrika Selatan?
39
Gambar berikut merujuk Kepulauan Spratly. Apakah isu antarangsa yang berkaitan dengan kepulauan tersebut?
40
Antara berikut agensi manakah menguruskan mengenai hak asasi dan pelarian? I WHO II UNESCO III SUHAKAM IV UNHCR
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.