Maklumat berikut berkaitan dengan Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan oleh Kesultanan Melayu Melaka.
a
Nyatakan X dan Y.
X: …
Y: …
2 marks
b
Jelaskan tentang pelaksanaan undang-undang tersebut.
4 marks
c
Mengapakah sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka menjadi rujukan penggubalan undang-undang kerajaan lain?
4 marks
210 marks
Malayan Union merupakan satu bentuk pentadbiran baharu di Tanah Melayu pada 1 April 1946.
a
Mengapakah sistem pentadbiran tersebut diperkenalkan?
3 marks
b
Jelaskan ciri-ciri perlembagaan Malayan Union 1946.
3 marks
c
Teliti sajak berikut:
> Di balik tabir Carcosa Seri Negara,
> MacMichael datang membawa muslihat,
> Membawa mandat penjajah durjana,
> Meragut kedaulatan, maruah berdaulat.
> Sultan dan Raja ditekan dipaksa,
> Tandatangan ditagih tanpa bicara,
> Konsep kesatuan helah rahsia,
> Merdeka tercicir di bumi pusaka.
>
> (Sumber: Arkib Negara Malaysia)
Ulaskan.
4 marks
310 marks
Kebebasan asasi merupakan hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
a
Apakah kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan?
2 marks
b
Jelaskan kebebasan asasi di 3(a).
4 marks
c
Teliti poster berikut.
Huraikan maklumat yang terkandung dalam poster tersebut.
4 marks
410 marks
Pendidikan merupakan saluran terbaik bagi merealisasikan matlamat membina perpaduan kaum dan integrasi nasional.
a
Nyatakan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.
2 marks
b
Huraikan kandungan yang terdapat dalam Laporan Rahman Talib.
4 marks
c
Teliti maklumat di bawah.
> Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 telah dilancarkan dengan rasminya pada 20 Januari 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pelaksanaan RPN menunjukkan pengiktirafan kerajaan bahawa Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan teras pembinaan jati diri nasional. Kedua-dua subjek ini dilihat sebagai instrumen strategik untuk menyatukan rakyat dalam masyarakat berbilang kaum. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya, pembinaan jati diri nasional merupakan keperluan strategik bagi menjamin keharmonian sosial dan kestabilan negara.
> (Sumber: Profesor Dr Rosni bin Samah (USIM))
Berikan ulasan anda.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Komunis melakukan pelbagai tindakan yang menggugat kestabilan politik dan keamanan masyarakat.
a
Huraikan tindakan komunis dalam menggugat keamanan dan kestabilan negara.
4 marks
b
Jelaskan usaha menangani komunis di negara kita.
8 marks
c
Teliti petikan di bawah.
> **KUALA LUMPUR:** Seorang pakar anti keganasan mendakwa, negara kini diancam kegiatan terancang kumpulan pro perjuangan subversif, yang secara halus cuba menghidupkan kembali ideologi komunis. Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Madya Dr Mizan Mohammad Aslam, berpendapat jika isu itu tidak ditangani segera, keselamatan negara berada pada tahap kritikal kerana ancaman komunis lebih bahaya daripada militan agama.
>
> Katanya, ideologi komunis yang mahukan kesamarataan hak, sekali gus menghapuskan keistimewaan bangsa asal di negara ini boleh menimbulkan rasa tidak tenteram dan huru-hara. Sejarah dan bukti menunjukkan tindakan komunis terhadap orang awam lebih kejam berbanding kumpulan subversif lain di dunia ini, terutamanya melalui lipatan sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.
>
> (Sumber: https://www.bharian.com.my)
Beri ulasan anda.
8 marks
620 marks
31 Ogos 1957 menjadi detik bersejarah negara apabila Persekutuan Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British.
a
Apakah maksud kemerdekaan?
4 marks
Jelaskan peranan jawatankuasa berikut dalam membuat persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara.
b(i)
Jawatankuasa Persediaan Fizikal
4 marks
b(ii)
Jawatankuasa Sambutan
4 marks
c
Baca maklumat berikut.
> Kemerdekaan yang kita nikmati sejak tahun 1957 bukan sekadar peringatan sejarah, tetapi semangat yang wajar dizahirkan oleh setiap rakyat Malaysia melalui tindakan nyata. Antara simbol yang paling mudah adalah melalui kibaran Jalur Gemilang. Namun, bendera yang berkibar megah itu tidak seharusnya dilihat hanya sebagai hiasan di tempat kerja, di sekolah, pada pakaian atau di mana-mana sahaja; sebaliknya ia mesti menjadi penyuluh kepada rasa cinta serta tanggungjawab terhadap tanah air.
>
> Dalam era pasca pandemik dan ketidaktentuan global, semangat kemerdekaan perlu diterjemahkan sebagai daya tahan sosial dan ekonomi yang berpaksikan nilai MADANI seperti ihsan, keadilan dan kemampanan. Pencapaian Malaysia dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025, yang melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 daripada 69 negara, membuktikan bahawa semangat kebangsaan dan reformasi pentadbiran mampu memberikan impak nyata terhadap daya saing negara.
>
> (Sumber diubah suai: https://berita.rtm.gov.my/fokus/perspektif/senarai-berita-fokus/perspektif/senarai-artikel/merdeka-menyatukan-warisan-harapan-dan-tanggungjawab/)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
720 marks
Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting untuk memastikan segala usaha pembangunan dapat memberikan manfaat demi kesejahteraan rakyat di seluruh negara.
Huraikan kerjasama dalam aspek berikut:
a(i)
Kerjasama Pembangunan Sosioekonomi
3 marks
a(ii)
Kerjasama Penyediaan Perumahan Rakyat
3 marks
b
Jelaskan faktor yang mengukuhkan Sistem Persekutuan.
6 marks
c
Teliti poster berikut.
Berikan ulasan anda.
8 marks
820 marks
Maklumat berikut berkaitan cabaran selepas pembentukan Malaysia.
- Cabaran pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah
- Pemisahan Singapura
a
Jelaskan cabaran pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah.
6 marks
b
Pemisahan Singapura daripada Malaysia tidak dapat dielakkan. Buktikan.
6 marks
c
Teliti poster berikut.
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
8 marks
920 marks
Malaysia memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dunia dengan mengamalkan ekonomi pasaran bebas.
Jelaskan peranan Malaysia dalam hubungan ekonomi antarabangsa berikut:
a(i)
Kerjasama Pembangunan Ekonomi Segi Tiga
4 marks
a(ii)
Sistem Kewangan Islam
4 marks
a(iii)
Menangani kemelesetan ekonomi.
4 marks
b
Baca petikan akhbar dengan teliti.
> Program kesukarelawanan belia merentas sempadan ASEAN terus menjadi simbol solidariti serantau yang menyatukan generasi muda dalam semangat kemanusiaan dan pembangunan sosial. Penyertaan aktif belia dalam usaha seperti ini merupakan asas penting dalam membina komuniti ASEAN yang lebih inklusif, progresif dan berorientasikan nilai-nilai bersama.
>
> Program seperti ASEAN Youth Volunteer Forum memberi peluang kepada belia untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan sosial serantau sambil memperoleh pengalaman lapangan yang bernilai.
>
> Dengan populasi belia serantau mencecah 220 juta orang, Hannah menekankan bahawa golongan ini menyimpan potensi luar biasa yang boleh digerakkan untuk menangani isu sosial serta menarik pelaburan ke rantau ini.
>
> (Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia)
Bagaimanakah penglibatan aktif generasi muda dalam misi sukarelawan dunia dapat mewujudkan keharmonian sejagat?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open