Kesultanan Melayu Melaka memiliki sistem perundangan yang mantap dalam menjamin kemakmuran dan kesejahteraan empayarnya.
Undang-Undang:
- Hukum Kanun Melaka
- Undang-Undang Laut Melaka
a
Senaraikan 2 perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut.
2 marks
b
Jelaskan perkara di 1(a).
4 marks
c
Berikut adalah prinsip Rukun Negara yang keempat.
- Kedaulatan undang-undang
Mengapakah prinsip tersebut dijadikan sebagai prinsip Rukun Negara?
4 marks
210 marks
Pernyataan berikut berkaitan dengan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu.
> Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.
a
Senaraikan anggota Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu.
2 marks
b
Jelaskan peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu.
4 marks
c
Baca petikan berikut.
> Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu memperlihatkan barisan pemimpin yang berwibawa. Mereka berusaha membangunkan negara menerusi jawatan yang diamanahkan, di samping bekerjasama dan berkongsi kuasa antara satu sama lain.
> (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, hlmn 207)
Berdasarkan petikan tersebut, jelaskan harapan anda kepada pemimpin negara bagi memastikan kecemerlangan negara dapat diteruskan.
4 marks
310 marks
Berikut merupakan cabaran yang dihadapi oleh negara selepas pembentukan Malaysia.
a
Mengapakah berlakunya pemisahan Singapura?
3 marks
b
Peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 merupakan titik hitam kepada negara. Sejauh manakah raja berperanan dalam menangani peristiwa ini?
3 marks
c
Tragedi 13 Mei mengajar kita erti perpaduan.
Berikan komen anda.
4 marks
410 marks
Petikan berikut merujuk kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB).
> Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dengan memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum untuk menikmati kemakmuran negara dengan lebih adil dan saksama.
> (Petikan ucapan Tun Abdul Razak Hussein ketika pelancaran DEB)
a
Nyatakan dua strategi bagi mencapai matlamat dasar tersebut.
2 marks
Bagaimanakah usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat?
b(i)
Bandar
2 marks
b(ii)
Luar Bandar
2 marks
c
Sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara.
Berikan pandangan anda.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Rajah berikut berkaitan dengan perkembangan politik di negara kita sebelum merdeka.
**MALAYAN UNION 1946** → **PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948**
a
Jelaskan faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
b
Terangkan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
c
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas kukuh kepada sistem pentadbiran Malaysia pada hari ini.
Buktikan.
8 marks
620 marks
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah menerima memorandum bertulis dari Raja-Raja Melayu, parti politik, badan awam dan orang perseorangan.
a
Bincangkan memorandum yang diterima daripada parti politik dan pihak awam kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan.
6 marks
Terangkan reaksi terhadap draf perlembagaan oleh pihak berikut:
b(i)
Orang Melayu
3 marks
b(ii)
Orang bukan Melayu
3 marks
c
Berikut adalah gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
> Meminta cadangan daripada semua penduduk yang berminat secara bertulis atau lisan. Suruhanjaya ini menerima memorandum bertulis daripada pelbagai pihak untuk diteliti.
>
> **Gerak Kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.**
>
> Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Persekutuan, menghadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri. Mereka juga bermesyuarat dan melawat negeri Melayu serta Negeri-negeri Selat.
>
> Mengadakan persidangan untuk membincangkan pelbagai isu. Sebanyak 118 perjumpaan diadakan dari bulan Jun hingga bulan Oktober 1956.
>
> Mengkaji dan membuat laporan serta cadangan membentuk perlembagaan bagi sebuah negara merdeka.
Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan di atas dan iktibar yang boleh diambil.
8 marks
720 marks
Kedaulatan negara kita telah mendapat pengiktirafan daripada kuasa luar sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga berlakunya pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dan kedaulatan ini diperkukuhkan lagi sebagai sebuah negara dan bangsa.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kedaulatan?
4 marks
b
Jelaskan kepentingan kedaulatan terhadap negara kita.
8 marks
c
Teliti poster berikut.
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster.
8 marks
820 marks
Majlis Raja-raja Melayu berkuasa dalam memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
a
Apakah fungsi Majlis Raja-Raja selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 1957?
4 marks
b
Terangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
8 marks
c
Institusi Yang di-Pertuan Agong perlu dikekalkan.
Bincangkan.
8 marks
920 marks
Penggubalan dasar luar merupakan satu proses yang dinamik dan penuh dengan cabaran kesan daripada perubahan geopolitik di dunia.
a
Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam mengukuhkan dasar luar negara.
4 marks
Terangkan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan berikut dalam usaha mengekalkan keamanan dan kemajuan sejagat.
b(i)
ASEAN
4 marks
b(ii)
OIC
4 marks
c
Gambar berikut menggambarkan situasi yang berlaku di Asia Barat.
Mengapakah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dikatakan gagal mengawal konflik tersebut?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open