arrow_back

Pahang Trial 2022 Sejarah Kertas 1 · MPSM

1
Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka berjaya meluaskan pengaruh merangkumi keseluruhan Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera?
2
Siapakah pemerintah yang memperkenankan Undang-Undang Laut Melaka?
3
John Locke telah menghasilkan karya berikut. Two Treaties of Government Karya tersebut menyentuh tentang
4
Apakah sumbangan tokoh nasionalis berikut terhadap Vietnam?
5
Dalam Perang Dunia Kedua, mengapakah Jerman melancarkan serangan Blitzkrieg?
6
Apakah matlamat Jepun melaksanakan Rancangan Pengeluaran 5 Tahun? - Mengawal selia pelupusan - Membangunkan industri tempatan - Mengoptimumkan penggunaan peralatan - Membuat penyelidikan kegunaan bahan
7
Petikan akhbar berikut menunjukkan bentuk penentangan Raja-raja Melayu terhadap British. Mengapakah Raja Perempuan Perak terlibat dalam peristiwa tersebut?
8
SBUB menyerahkan Sabah kepada British pada 15 Julai 1946. Mengapakah SBUB bertindak sedemikian? - Memenuhi kepentingan British - Mengatasi masalah kewangan - Memajukan penduduk tempatan - Menghadapi masalah pewarisan
9
Jawatankuasa Kerja dibentuk untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah cadangan yang disediakan oleh Jawatankuasa tersebut? - Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu - Memulihkan kedudukan Raja-raja Melayu - Menyatukan Tanah Melayu dengan Singapura - Membentuk sebuah kerajaan pusat yang kuat
10
Siapakah yang mengetuai pentadbiran Kerajaan Persekutuan 1948?
11
Pasukan keselamatan berikut ditubuhkan untuk membanteras kegiatan komunis. Apakah peranan pasukan tersebut?
12
Melalui Rancangan Briggs, mengapakah penduduk di pinggir hutan dipindahkan ke petempatan baharu yang digelar sebagai "Kampung Baru"?
13
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dianggotai oleh tokoh berikut. Apakah peranan mereka dalam Jawatankuasa tersebut? - Membincangkan kemerdekaan negara - Mendapat latihan menerajui pentadbiran - Mengkaji hubungan kaum secara mendalam - Mewujudkan keadaan harmoni antara kaum
14
Rajah berikut menunjukkan perkembangan sistem pendidikan di negara kita sebelum merdeka. Apakah kepentingan sistem pendidikan tersebut terhadap bangsa dan negara?
15
Pada tahun 1954, Parti Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 kerusi dalam pilihan raya peringkat negeri. Apakah faktor yang membawa kemenangan tersebut?
16
Berikut adalah peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk selepas Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. - Mengurangkan kuasa pentadbiran British - Memelihara hubungan harmoni antara kaum - Membincangkan isu perhubungan luar negeri - Membatalkan Kuasa Veto Pesuruhjaya Tinggi
17
Tokoh berikut adalah wakil Parti Perikatan yang menyertai rundingan kemerdekaan di London. - Tunku Abdul Rahman - Dr. Ismail Abdul Rahman - H.S Lee - X Siapakah X?
18
Dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, mengapakah rakyat keturunan Melayu diberi kedudukan istimewa?
19
Siapakah tokoh yang memberikan takrif kemerdekaan berikut. > ...kebebasan bukan satu pertempuran untuk melawan satu warna kulit, tetapi satu petempuran terhadap sebuah sistem yang menindas....
20
Mengapakah PBB melibatkan negara kita dalam pasukan pengaman di Congo bagi menyelesaikan konflik antarabangsa?
21
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan kedaulatan tradisional? - Diperkukuh kesetiaan rakyat - Persamaan rumpun bangsa - Prinsip keadilan ditegakkan - Pemerintah berkuasa mutlak
22
Sebagai rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat, bagaimanakah perpaduan kaum dapat dikekalkan?
23
Rajah berikut berkaitan dengan pengenalan perundangan barat di Tanah Melayu. Apakah kepentingan sistem perundangan tersebut?
24
Tunku Abdul Rahman telah membawa usul pindaan perlembagaan di Parlimen pada 7 Ogos 1965. Mengapakah beliau melakukan tindakan tersebut?
25
Negeri yang manakah menjadi ahli persidangan berikut. - Perak - Pahang - Kelantan - Terengganu
26
Bagaimanakah badan kehakiman dapat melaksanakan peranannya sebagai institusi keadilan?
27
Maklumat berikut berkaitan dengan bidang kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan. - Pertahanan - Pelajaran - Kewangan - X Apakah X?
28
Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. - Program Perumahan Rakyat (PPR) - Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Apakah matlamat penyediaan perumahan tersebut?
29
Rasional pembentukan Malaysia adalah untuk - Mengawal kuasa politik - Menjamin keselamatan negara - Mempercepatkan kemerdekaan - Mengukuhkan hubungan diplomatik
30
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1962. Apakah tujuan JAK ditubuhkan?
31
Bagaimanakah langkah menangani peristiwa berikut? Tindakan Council Negri terhadap Stephen Kalong Ningkan mengancam keselamatan dan keamanan di Sarawak.
32
Maklumat berikut berkaitan dengan Operasi Hammer di Sarawak. - Dijalankan di Bahagian Pertama - Bertujuan memenangi hati rakyat Apakah matlamat operasi tersebut?
33
Apakah penambahbaikan Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui Kajian Aminuddin Baki? - Kursus kemahiran diperkenalkan - Sistem persekolahan aneka jurusan - Penekanan mata pelajaran Sejarah - Mata pelajaran Tatarakyat diwajibkan
34
Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971. Apakah matlamat dasar tersebut?
35
Maklumat berikut berkaitan dengan matlamat Rukun Negara. Melahirkan masyarakat yang progresif Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dilaksanakan?
36
Apakah peranan agensi berikut? Urban Development Authority (UDA)
37
Sejak abad ke-15, Kesultanan Melayu Melaka telah menjalin hubungan baik dengan pelbagai kerajaan di rantau dan di luar Alam Melayu. Apakah bentuk hubungan tersebut? - Bilateral - Multilateral - Diplomatik - Perdagangan
38
Apakah manfaat terhadap negara apabila terlibat dengan United Nations of Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) di bawah PBB?
39
Peta berikut berkaitan dengan isu tuntutan sempadan antarabangsa. Mengapakah Malaysia menuntut kawasan tersebut? - Kepentingan perdagangan - Kemudahan perhubungan - Keperluan bahan mentah - Kedudukan strategik
40
Bencana tsunami menyebabkan kemusnahan yang teruk di Acheh pada tahun 2004. Apakah sumbangan Malaysian Medical Relief Society (MERCY Malaysia) kepada negara tersebut?
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.