Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem perundangan yang berasaskan syariah dan hukum adat, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
Terangkan tentang perkara berikut:
a(i)
Peranan sultan dan pembesar dalam Hukum Kanun Melaka.
2 marks
a(ii)
Peranan nakhoda dalam Undang-undang Laut Melaka.
2 marks
b
Jelaskan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman bunuh mengikut undang-undang di Melaka.
2 marks
c
Mengapakah rakyat perlu mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan di negara kita?
4 marks
210 marks
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955 memainkan peranan penting dalam proses mencapai kemerdekaan.
a
Namakan tokoh tempatan yang menganggotai kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.
2 marks
b
Jelaskan peranan kabinet pertama dalam usaha mencapai kemerdekaan.
4 marks
c
Jelaskan kepentingan kabinet pertama kepada pembinaan sebuah negara bangsa yang berdaulat.
4 marks
310 marks
Amalan pilihan raya dan jaminan kebebasan asasi merupakan antara ciri Demokrasi Berparlimen.
a
Nyatakan amalan pilihan raya di negara kita.
2 marks
b
Jelaskan bentuk kebebasan asasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
4 marks
c
Teliti tajuk akhbar di bawah.
> **Kebebasan hak asasi manusia perlu ada batasan**
>
> *Elak sebar maklumat palsu, sentuh sensitiviti kaum, agama*
>
> (Sumber: https://www.bharian.com.my/kolumnis, 25 Mac 2016)
Mengapakah kebebasan asasi perlu dikawal oleh Perlembagaan Persekutuan?
4 marks
410 marks
Rukun Negara ialah ideologi negara dan menjadi falsafah hidup rakyat Malaysia.
a
Nyatakan prinsip Rukun Negara.
2 marks
b
Jelaskan matlamat pembentukan Rukun Negara.
4 marks
c
Baca maklumat di bawah.
> Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan kukuh dalam kalangan rakyat dan menjadi identiti rakyat Malaysia
>
> (Sumber: https://www.bharian.com.my, 9 Januari 2021)
Berikan ulasan anda.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948.
a
Mengapakah persekutuan tersebut ditubuhkan?
6 marks
b
Jelaskan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
c
Baca petikan berikut.
> Malaysia pada hari ini bukan sebuah persekutuan yang bermula daripada kekosongan. Pada peringkat awal, ia adalah pemersekutuan sembilan Kerajaan Melayu berdaulat dengan dua Negeri Selat pada 21 Januari 1948, diikat melalui Perjanjian Persekutuan.
>
> Kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah Tanah Melayu, Islam sebagai undang-undang watan (law of the land), hak orang Melayu sebagai bangsa asal Tanah Melayu, bahasa Melayu yang sekian lama bertaraf Nusantara dan amalan adat Melayu adalah unsur watan atau warisan, berakar umbi dan adalah jati diri Tanah Melayu sejak Kesultanan Melayu Melaka. Semua unsur watan di atas dijelaskan Perjanjian Negeri 1948, seterusnya dipelihara dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 sebagai jati diri bangsa.
>
> Selain daripada peruntukan Perlembagaan yang merakamkan unsur watan dalam bentuk perlembagaan bertulis bersifat moden, peruntukan lain adalah persetujuan Raja-Raja Melayu selepas menerima kehendak British untuk memperkenalkan sistem demokrasi berparlimen, serta rundingan dengan Perikatan yang mewakili rakyat dan pandangan pelbagai pihak. Perlu dinyatakan, kepentingan sah kaum lain sebagai warganegara juga diakui selepas ia dirundingkan atas perkenan Raja-Raja Melayu. Atas premis di atas maka rakyat British diterima menjadi warga Persekutuan Tanah Melayu.
>
> (https://www.bharian.com.my/kolumnis, 21 Oktober 2017)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut serta kebaikan sistem Persekutuan yang diamalkan di negara kita.
8 marks
620 marks
Kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid pada 8 Mac 1956 setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu.
a
Terangkan Terma Rujukan yang digunakan oleh suruhanjaya tersebut dalam melaksanakan peranannya.
6 marks
b
Jelaskan intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
6 marks
c
Teliti petikan berikut.
> Terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dalam implementasinya mencerminkan kepelbagaian dan kepentingan kaum di negara ini. Antara peruntukan yang menggambarkan kepelbagaian kaum ialah Perkara 8.
>
> Perlembagaan Persekutuan iaitu semua individu adalah sama dari segi layanan dan tindakan undang-undang dan ia menjurus kepada kepelbagaian hak serta kaum. Tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Orang Ulu atau Dayak, semuanya sama dari segi tindakan undang-undang di bawah Perkara 8.
>
> Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan turut memperuntukkan tentang hak-hak istimewa orang Melayu dan kepentingan penduduk Orang Asli mana-mana negeri, Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah komuniti lain. Justeru, tidak tepat sekiranya terdapat mana-mana pihak menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kepentingan untuk kepelbagaian kaum.
>
> (Sumber diubah suai: https://www.bernama.com, 6 Julai 2023)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
720 marks
Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri penting bagi memastikan segala usaha pembangunan bermanfaat untuk kesejahteraan rakyat.
Jelaskan kerjasama dari aspek berikut:
a(i)
Pembangunan sosioekonomi.
6 marks
a(ii)
Penyediaan perumahan rakyat.
6 marks
b
Teliti lirik lagu berikut.
> **Hijau**
>
> *Bumi yang tiada rimba*
> *Seumpama hamba*
> *Dia dicemar manusia*
> *Yang jahil ketawa*
>
> *Bumi yang tiada udara*
> *Bagai tiada nyawa*
> *Pasti hilang suatu hari*
> *Tanpa disadari*
>
> (Pencipta: Zainalabidin, 1991)
Huraikan mesej yang terkandung dalam lagu tersebut dan cadangkan langkah-langkah untuk memelihara alam sekitar.
8 marks
820 marks
Peristiwa rusuhan kaum berlaku pada 13 Mei 1969, yang bermula beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum Ketiga diadakan.
a
Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya rusuhan kaum di negara kita.
4 marks
b
Bagaimanakah kerajaan bertindak mengawal rusuhan tersebut?
8 marks
c
Gambar berikut berkaitan dengan peristiwa 13 Mei 1969.
Berdasarkan gambar tersebut, berikan mesej anda kepada generasi muda kini agar masyarakat kekal harmoni.
8 marks
920 marks
Malaysia menganggotai pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti Non-Aligned Movement (NAM) atau Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak dan Organisation of Islamic Cooperation (OIC) atau Pertubuhan Kerjasama Islam.
a
Apakah peranan Malaysia dalam NAM?
6 marks
b
Jelaskan pelibatan Malaysia dalam OIC.
6 marks
c
Pelibatan Malaysia di peringkat serantau membolehkan negara kita menjadi anggota ASEAN yang memberikan manfaat dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam infografik di atas dan bagaimana penubuhan ASEAN telah membantu negara-negara anggotanya menghadapi cabaran globalisasi?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open